“Kenapa ya angin dalam badan ni tak baik-baik?”
Ramai orang tanya soalan ini.
Ada yang mengadu mereka dah pun kurangkan makanan pedas. Dah cuba makan lebih sihat. Malah ada yang sudah berkali-kali pergi klinik sebab perut kembung, sendawa tak berhenti, dada rasa tak selesa atau pening melayang.
Tetapi simptom masih datang balik. Kadang rasa baik beberapa hari, lepas tu datang semula.
Kalau kalian pun pernah rasa macam ni, jangan risau sebab kalian tak keseorangan.

Hakikatnya, masalah angin dalam badan kadang-kadang bukan sekadar sebab “tersalah makan”. Ada beberapa punca lain yang ramai tak sedar.
1. Cara Makan Yang Masih Mengganggu Perut
Ramai fokus pada apa yang dimakan, tetapi terlupa pada cara makan.
Antara kesilapan biasa yang dibuat:
- makan terlalu cepat
- makan terlalu banyak sekaligus
- makan lewat malam
- terus baring selepas makan
Tabiat ini boleh menyebabkan lebih banyak udara masuk ke dalam perut dan menghasilkan gas.
Apabila gas terkumpul terlalu banyak, simptom seperti:
✔️ perut kembung
✔️ sendawa berlebihan
✔️ rasa angin naik ke dada
✔️ pedih ulu hati
boleh berlaku dengan lebih kerap.
Kadang-kadang bukan makanan yang salah, tetapi cara makan yang membuatkan perut semakin sensitif.
2. Perut Masih Dalam Keadaan Sensitif atau Radang
Ada orang yang mengalami masalah gastrik, reflux atau GERD.
Apabila lapisan perut masih sensitif, simptom boleh mudah berulang walaupun sudah menjaga makan.
Sebab itu ada yang mengadu:
“Saya makan sikit je dah tak selesa.”
Atau:
“Asyik sendawa lepas makan.”
Kadang-kadang sistem penghadaman masih belum pulih sepenuhnya.
3. Sistem Penghadaman Terlalu Perlahan
Bila makanan lambat dihadam, lebih banyak fermentasi berlaku dalam usus.
Proses ini boleh menghasilkan lebih banyak gas.
Gas yang terkumpul inilah yang menyebabkan:
- perut terasa penuh
- cepat kenyang
- kembung
- rasa berat di dada
Ramai tidak sedar bahawa sistem penghadaman yang perlahan boleh menjadi punca utama simptom berulang.
4. Masih Ada “Trigger Food” Yang Tidak Disedari
Kadang-kadang kita rasa sudah menjaga makan, tetapi sebenarnya masih ada makanan tertentu yang membuatkan simptom bertambah teruk.
Setiap orang berbeza. Ada orang sensitif dengan makanan tertentu walaupun orang lain okay sahaja.
Sebab itu memahami reaksi tubuh terhadap makanan sangat penting.
5. Stress dan Emosi Juga Main Peranan
Ramai tak sedar bahawa usus dan emosi sangat berkait rapat.
Pernah tak perasan apa yang berlaku bila stress:
- perut makin meragam
- reflux bertambah
- angin rasa lebih banyak
- sendawa makin teruk
Apabila badan berada dalam keadaan stress, sistem penghadaman juga boleh terganggu.
6. Fokus Hilangkan Simptom, Bukan Punca
Ini antara perkara paling biasa berlaku. Bila simptom datang, kita cuba cari sesuatu untuk legakan cepat.
Tapi kadang-kadang kita tidak sempat memahami:
“Kenapa simptom ni datang berulang?”
Kalau punca sebenar tidak dikenal pasti, simptom mungkin datang semula walaupun sudah rasa lega sekejap.
Jadi, Macam Mana Nak Kurangkan Masalah Angin Dalam Badan?
Ramai mula rasa lebih lega apabila mereka mula:
✔️ memahami trigger food
✔️ menjaga cara makan
✔️ menstabilkan sistem penghadaman
✔️ memahami punca sebenar simptom
Masalah seperti:
- perut kembung
- pedih ulu hati
- sendawa tak berhenti
- batuk berkait GERD
- pening melayang
kadang-kadang sebenarnya saling berkait dengan sistem penghadaman.
Sebab itu saya buat Kelas Diet Angin, untuk bantu faham bagaimana menjaga pemakanan dan sistem penghadaman dengan lebih betul.
Bukan sekadar tahan simptom, tetapi cuba faham puncanya sekali.
Kalau selalu struggle dengan masalah ini, mungkin sudah tiba masa untuk kenal pasti apa sebenarnya yang tubuh sedang cuba beritahu. Untuk bantuan pemakanan dan nak mulakan dengan vitamin rawat perut, hubungi Nina Salleh.
Nina Salleh | Rawat Perut dengan Pemakanan