Perut rasa kembung, sendawa tak berhenti, dada rasa ketat, pening melayang atau rasa seperti ada angin naik ke kepala?
Ramai orang mengalami simptom ini tetapi tidak tahu bahawa ia mungkin berkait dengan angin dalam badan.
Ada yang sudah cuba macam-macam ubat, pergi klinik berkali-kali, buat pemeriksaan tetapi keputusan semuanya normal. Akhirnya ramai hanya menahan simptom setiap hari dan bergantung dengan ubat pedih perut.

Hakikatnya, masalah angin dalam badan boleh berlaku apabila sistem penghadaman terganggu, makanan lambat dihadam atau gas terkumpul terlalu banyak dalam perut dan usus.
Berita baiknya, ada beberapa cara semula jadi yang boleh membantu mengurangkan masalah ini.
Saya akan kongsikan cara buang angin dalam badan secara semula jadi dan kenapa sesetengah orang mengalami simptom yang berpanjangan.
Apa Maksud Angin Dalam Badan?
Angin dalam badan merujuk kepada gas yang terbentuk dalam sistem penghadaman.
Gas ini biasanya terbentuk melalui:
- udara yang masuk semasa makan atau minum
- proses penghadaman makanan oleh bakteria dalam usus
- makanan yang lambat dihadam
Gas dalam jumlah kecil sebenarnya normal.
Namun apabila terlalu banyak gas terbentuk atau terkumpul terlalu lama dalam perut, ia boleh menyebabkan pelbagai simptom seperti:
- perut kembung
- sendawa berlebihan
- pedih ulu hati
- angin naik ke dada
- pening melayang
- cepat penat
Sebab itu penting untuk memahami cara mengurangkan pembentukan gas dari puncanya.
1. Makan Dengan Perlahan
Ini antara langkah paling penting tetapi sering diabaikan.
Apabila makan terlalu cepat, lebih banyak udara akan masuk ke dalam perut. Udara ini akan menjadi gas dan menyebabkan perut kembung.
Selain itu, makanan yang tidak dikunyah dengan baik lebih sukar dihadam.
Akibatnya:
- perut terasa berat
- lebih banyak fermentasi berlaku
- gas terbentuk dengan lebih mudah
Cuba biasakan:
✔️ kunyah lebih lama
✔️ makan dalam keadaan tenang
✔️ elakkan makan tergesa-gesa
2. Elakkan Makan Terlalu Banyak Sekaligus
Ramai orang makan terlalu banyak dalam satu masa, terutama apabila terlalu lapar.
Apabila perut terlalu penuh:
- tekanan dalam abdomen meningkat
- gas lebih mudah terkumpul
- asid lebih mudah naik ke atas
Ini boleh menyebabkan:
✔️ pedih ulu hati
✔️ reflux
✔️ angin naik ke dada
Cuba makan dalam portion kecil tetapi lebih kerap.
Ini biasanya lebih mesra untuk sistem penghadaman.
3. Kenal Pasti Makanan Yang Mencetuskan Angin
Setiap orang mempunyai toleransi makanan yang berbeza.
Ada makanan yang mungkin tidak memberi masalah kepada orang lain tetapi menyebabkan perut seseorang menjadi sangat sensitif. Bukan sekadar gluten, banyak lagi makanan sihat yang akan mencetuskan angin.
Memahami reaksi tubuh terhadap makanan sangat penting untuk mengawal angin dalam badan.
4. Elakkan Terus Baring Selepas Makan
Ini kesilapan yang sangat biasa. Apabila terus baring selepas makan, graviti tidak membantu proses penghadaman.
Akibatnya:
- asid mudah naik ke esofagus
- gas lebih mudah bergerak ke atas
- pedih ulu hati menjadi lebih teruk
Sebaiknya tunggu sekurang-kurangnya 1–2 jam sebelum tidur atau berbaring.
Ini sangat membantu terutama untuk mereka yang ada masalah GERD.
5. Kurangkan Tekanan (Stress)
Ramai tidak sedar bahawa stress boleh mengganggu sistem penghadaman.
Apabila badan berada dalam keadaan tertekan:
- sistem penghadaman menjadi perlahan
- perut lebih sensitif
- gas lebih mudah terbentuk
Sebab itu ramai yang mengalami:
✔️ perut meragam bila stress
✔️ sendawa lebih banyak
✔️ reflux bertambah teruk
Kesihatan usus dan emosi sebenarnya sangat berkait rapat.
6. Bergerak Selepas Makan
Berjalan perlahan selepas makan boleh membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik.
Pergerakan ringan membantu:
- makanan bergerak dengan lebih lancar
- gas tidak mudah terkumpul
- perut terasa lebih ringan
Tidak perlu bersenam berat. Cukup berjalan santai sekitar 10–15 minit.
7. Jaga Waktu Makan Malam
Makan terlalu lewat malam boleh membuatkan sistem penghadaman bekerja lebih berat ketika badan sepatutnya berehat.
Ini boleh menyebabkan:
- reflux waktu malam
- batuk akibat GERD
- sendawa ketika tidur
Jika boleh, cuba makan malam lebih awal.
8. Fahami Sistem Penghadaman Sendiri
Ramai orang cuba pelbagai cara tetapi tidak memahami punca sebenar masalah mereka.
Hakikatnya, simptom seperti:
- pening melayang
- jantung berdebar
- dada rasa ketat
- batuk berpanjangan
kadang-kadang boleh berkait dengan masalah penghadaman dan angin dalam badan.
Apabila sistem penghadaman lebih stabil, simptom lain juga biasanya akan menjadi lebih baik.
9. Gunakan Pendekatan Diet Yang Betul
Salah satu perkara paling penting ialah memahami cara makan yang sesuai untuk perut sensitif.
Ramai wanita mula merasa lebih selesa selepas memahami konsep diet angin.
Pendekatan ini memberi fokus kepada:
✔️ makanan yang mudah dihadam
✔️ kombinasi makanan yang tidak menghasilkan gas berlebihan
✔️ cara makan yang membantu stabilkan perut
Ramai yang mengalami:
- GERD
- perut kembung
- pedih ulu hati
- angin naik ke dada
mula merasa perubahan apabila menjaga sistem penghadaman dengan lebih baik.
Bila Perlu Ambil Serius Masalah Angin Dalam Badan?
Jika simptom berlaku terlalu kerap sehingga mengganggu kehidupan harian, jangan abaikan. Dan usahakanlah untuk cari cara buang angin dalam badan sebelum ia ‘memakan’ diri.
Keadaan yang menggangu seperti:
- overthinking
- ketakutan melampau
- sentiasa fikir mati
Kadang-kadang masalah bermula dari sekadar “angin biasa”, tetapi boleh membawa kepada kemerosotan kesihatan mental yang ketara.
Diet Angin: Belajar Fahami Punca, Bukan Sekadar Tahan Simptom
Ramai orang hanya fokus pada ubat untuk mengurangkan simptom.
Tetapi jika punca sebenar tidak difahami, simptom boleh datang semula.
Dalam kelas diet angin, saya kongsikan lebih mendalam tentang:
- bagaimana angin terbentuk dalam badan
- cara mengenal pasti makanan pencetus
- cara makan yang lebih mesra perut
- pendekatan semula jadi untuk stabilkan sistem penghadaman
Ramai yang mula sedar apabila perut dijaga dengan lebih baik, badan juga terasa lebih ringan dan selesa.
Jika kalian ingin memahami lebih lanjut tentang pendekatan ini, boleh hubungi Nina Salleh untuk kelas pemakanan dan guide yang lebih intensif.
Nina Salleh | Kesihatan wanita