Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Manfaat Polifenol untuk Kesihatan Menyeluruh

Dalam dunia ni ada tumbuhan atau sebatian yang berguna iaitu polifenol yang menjadi rawatan untuk merencatkan sel kanser jika diamalkan. Ia tinggi dalam sesetengah tumbuhan. Kuasa Allah yang menciptakan.

Kajian sains menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol dari tumbuh-tumbuhan, bagi jangka masa yang panjang akan memberikan kesihatan badan yang menyeluruh. Ia boleh mengurangkan risiko kanser, penyakit yang berkaitan dengan jantung, penyakit kencing manis, osteoporosis serta penyakit saraf degeneratif.

Antara sumber makanan yang tinggi dengan polifenol

8 Manfaat Polifenol Untuk Kesihatan Menyeluruh

1. Dapat Kulit yang Sihat

Polifenol akan melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas. Polifenol juga meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan. Pengambilan polifenol dalam diet seharian yang konsisten akan meberikan kesan kulit yang sihat dan cantik serta melambatkan penuaan yang biasanya mudah terserlah di wajah.

2. Peredaran darah yang sihat

Polifenol mengurangkan keradangan kronik yang menjadi punca utama penyakit jantung. Ia juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

3. Tahap gula dalam darah yang sihat

Polifenol menurunkan tahap gula darah waktu puasa (fasting blood sugar), meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin. Ini membantu badan untuk berfungsi dengan baik serta menghalang kerosakan sel badan akibat kandungan gula yang tinggi.

4. Menyokong proses buang toksin yang bekesan

Polifenol meningkatkan kesihatan organ untuk detox dalam badan iaitu hati. Ia membantu mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan serta mengurangkan kematian sel hati.

Pengambilan polifenol juga memberi kesan serupa dengan waktu berpuasa di mana sel-sel badan mengalami proses buang toksin serta merehatkan sistem badan. Proses pembuangan toksin membantu proses penurunan berat badan.

Polifenol beri kesihatan pada organ hati

5. Fungsi Otak Yang Sihat

Polifenol juga tinggi dalam buah anggur. Kajian mendapati pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu boleh meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental yang ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten juga akan meningkatkan pengaliran darah ke otak, meningkatkan ingatan serta daya tumpuan.

6. Meningkatkan tenaga dan kekuatan otak

Polifenol mempercepatkan penghasilan mitokondria, iaitu penjana utama tenaga dalam badan. Pengambilan polifenol serta senaman setiap hari akan meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot di kalangan individu yang lebih berusia.

Jutaan sel dalam badan memerlukan tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria untuk berfungsi dengan baik

7. Mengurangkan risiko penyakit kanser

Penyakit kanser menjadi mimpi ngeri buat kita semua memandangkan ia boleh terjadi secara tiba-tiba. Ia disebabkan oleh sel-sel dalam badan yang tidak normal kemudiannya merosakkan sel sihat yang lain.

Walaupun seakan-akan tidak dapat dielakkan, kajian ini mendapati pengambilan polifenol dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko untuk penyakit kanser serta menggalakkan pertumbuhan sel yang lebih sihat.

8. Memelihara dan menyokong kesihatan sendi

Polifenol boleh mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.

Komponen sendi yang sihat

Begitu banyak kelebihan polifenol untuk kesihatan. Namun bukan senang untuk memastikan ia diambil dalam diet seharian.

Sumber Polifenol

Nak dapatkan manfaat polifenol yang terlampau banyak ni, semestinya perlu amalkan makanan yang tinggi dengan sumber polifenol. Polifenol ada dalam sesetengah tumbuhan dan makanan seperti:

  1. Buah anggur
  2. Buah beri
  3. Pisang
  4. Epal
  5. Coklat

Ia paling tinggi dalam red wine yang dihasilkan dari anggur hitam.

Manfaat polifenol untuk kesihatan

Anggur Muscadine, sumber Polifenol untuk Rawatan Sel Kanser

Rupanya anggur muscadine sangat lah wanted untuk kesihatan. Tapi kalau nak beli dan makan setiap hari, koyak juga poket. Harga dia pun setaraf kualiti. Nak dapat 100 gram pun harga lebih dari RM100.

Ini adalah kajian yang menunjukkan ekstrak anggur muscadine mampu menghalang kanser payudara (triple negative breast cancer TNBC) yang aktif, cepat merebak dan boleh menyerang wanita di usia muda.

Kajian ke atas tikus yang sudah disuntik dengan kanser payudara (TNBC) yang aktif

Hasil kajian mendapati polifenol menjadi rawatan kanser di mana sel kanser pada tikus yang disuntik dengan ekstrak anggur muscadine direncatkan dan saiz sel kanser juga berkurang.

Hasil kajian ini mendapati ekstrak anggur muscadine ke atas pesakit kanser payudara ialah selamat serta berjaya direncatkan. Ia boleh dijadikan sebagai alternatif untuk rawatan pesakit kanser payudara.

Polifenol dalam Vivix dan Res-V Shaklee

Dalam Shaklee, ada 2 vitamin yang mempunyai kandungan polifenol dari resveratrol yang tidak ada pada suplement lain di dunia. Hanya ada pada Shaklee kerana ia sudah dipatenkan. Sumber polifenol utama yang ada dalam Vivix Shaklee berasal daripada anggur muscadine. Buah yang dikenali sebagai raja kepada segala superfruit.

Tetapi dalam Vivix Shaklee boleh dapat ekstrak yang sangat tinggi kepekatan anggur muscadine dengan harga yang lebih jimat.

Anggur muscadine sebagai raja segala superfruit

Istimewa sebab pengekstrakan polifenol dari anggur muscadine juga sudah dipatenkan oleh Shaklee. Untuk dapatkan sumber polifenol yang cukup setiap hari, dapatkan dari Vivix dan Res-V Shaklee. Hanya yang terbaik untuk kesihatan berterusan.

Tinggi dengan sumber polifenol

Cara mudah untuk  dapatkan polifenol ialah dengan mengambil 2 biji Res-V dan 1 sudu vivix dari Shaklee setiap hari yang akan membantu memenuhi keperluan polifenol harian yang juga baik untuk kesihatan wanita.

Sumber rujukan:

  1. https://www.researchgate.net/publication/306552431_Natural_Polyphenols_for_Prevention_and_Treatment_of_Cancer
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22070679/
  3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19898857/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5055983/
  5. https://www.hindawi.com/journals/omcl/2017/8526438/
  6. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22832078/
  7. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2518374/
  8. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16710860/

Hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk order dan sebarang pertanyaan.