Setiap tahun, antara perkara yang paling dinantikan oleh kami sebagai pengedar dan pembina bisnes ialah peluang menyertai Shaklee incentive trip, percutiaan tajaan penuh buat mereka yang berjaya mencapai sasaran tertentu.

Tahun ini, destinasi yang dipilih ialah Kunming, China, sebuah bandar yang terkenal dengan cuacanya yang nyaman dan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.
Bagi saya, peluang seperti ini bukan sekadar bercuti. Ia adalah satu bentuk penghargaan atas usaha yang dilakukan sepanjang tahun, di samping peluang untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan seperjuangan dalam keluarga besar Shaklee Malaysia.
Dan tahun ini, saya hadiahkan Kunming buat suami. Ini trip solo beliau yang ke-4 bersama Shaklee. Sebelum ni ke Bali, Korea dan Royal Carribean Cruise Anthem of the Seas ke Phuket, Penang dan Singapore.
Berkumpul Di KLIA2
Perjalanan kami bermula di KLIA2 dengan suasana yang cukup meriah.
Seawal jam 9 kami enam beranak bertolak dari rumah. Kebetulan anak sulung juga akan pulang ke asrama hari yang sama.
Sampai di KLIA2, delegasi disambut oleh staf untuk urusan check-in luggage. Tahap keterujaan masih sama walau ini bukan yang pertama. Masing-masing tidak sabar untuk memulakan perjalanan ke Kunming.
Apa yang menarik, sebelum berlepas seperti trip sebelum pun kami akan menerima sedikit duit belanja yang diberikan oleh pihak Shaklee.
Walaupun mungkin nampak seperti perkara kecil, namun ia memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan.
Rasa dihargai, dalam masa yang sama kami diraikan. Dan rasa bersyukur kerana diberi peluang menikmati pengalaman seperti ini.
Ketika menunggu waktu penerbangan, saya perhatikan wajah-wajah mereka yang hadir.
Ada yang pertama kali menyertai trip insentif dengan Shaklee, pertama kali ke luar negara dan pertama kali merasa naik kapal terbang.
Masing-masing membawa kisah dan perjalanan tersendiri dalam masa yang telah disusun oleh Yang Maha Mengatur.
Tetapi satu perkara yang sama ialah kami semua berada di sini kerana satu keputusan yang pernah dibuat suatu ketika dahulu iaitu untuk mencuba sesuatu yang baru.
Selamat Datang Ke Kunming
Selepas beberapa jam penerbangan, kami akhirnya selamat tiba di Kunming.
Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang, udara yang nyaman terus menyambut kedatangan kami.
Tidak hairanlah Kunming dikenali sebagai City of Eternal Spring kerana cuacanya yang selesa sepanjang tahun.
Perkara pertama yang kami lakukan ialah menikmati makan malam yang telah disediakan.
Selepas seharian berada dalam perjalanan, hidangan panas memang terasa sangat menyenangkan.
Selain menikmati makanan tempatan, inilah masanya untuk berbual dan berkenalan dengan lebih dekat bersama yang lain. Maklumlah, banyak masa hanya berbisnes dari rumah.
Kadang-kadang hubungan yang terjalin sepanjang trip seperti inilah yang menjadi kenangan paling berharga.
Penginapan Di Crowne Plaza Kunming
Selesai makan malam, kami dibawa ke hotel penginapan iaitu Crowne Plaza Kunming. Sebaik sahaja tiba di hotel, satu kejutan kecil menanti setiap peserta.
Kami menerima welcome gift yang telah disediakan khas.
Perasaan ketika itu sangat istimewa. Bukan kerana nilai hadiah tersebut. Tetapi kerana rasa dihargai dan diraikan.
Bilik hotel pula sangat selesa, luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Selepas selesai urusan check-in, mengambil sedikit masa untuk berehat sambil menikmati suasana malam pertama di Kunming.
Kadang-kadang dalam kesibukan harian mengurus keluarga, pelanggan dan kerja, kita jarang mempunyai peluang untuk berhenti seketika dan menghargai perjalanan yang telah dilalui.
Malam itu menjadi satu peringatan bahawa setiap usaha kecil yang dilakukan secara konsisten pasti akan membawa kita ke destinasi yang tidak pernah kita bayangkan.
Hari Kedua: Menjelajah Stone Forest
Hari kedua dimulakan dengan sarapan di hotel sebelum ke destinasi yang sangat terkenal di Kunming iaitu Stone Forest.
Stone Forest atau Shilin merupakan salah satu tarikan pelancongan paling terkenal di China dan telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Sebaik sahaja tiba di sana, pemandangan yang terbentang di hadapan mata benar-benar menakjubkan masyaAllah.
Formasi batu kapur yang terbentuk secara semula jadi selama berjuta-juta tahun kelihatan seperti sebuah hutan yang diperbuat daripada batu. Dari situlah datangnya nama Stone Forest.
Setiap sudut memberikan pemandangan yang unik dan menakjubkan.
Tidak hairanlah tempat ini menjadi antara lokasi wajib dikunjungi apabila berada di Kunming.
Pengalaman Memakai Costume Tradisional
Apa yang menjadikan lawatan ke Stone Forest lebih menarik ialah peluang untuk memakai costume tradisional etnik tempatan.
Sudah tentu kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pakaian tersebut. Lagipula semuanya telah diuruskan oleh pihak Shaklee Malaysia. Kami tak perlu bayar apa-apa pun.
Dengan latar belakang Stone Forest yang begitu cantik, setiap gambar yang diambil terasa sangat istimewa.
Pengalaman seperti ini bukan sesuatu yang boleh dinikmati setiap hari.
Selain menjadi kenangan manis, ia juga memberi peluang untuk mengenali budaya masyarakat tempatan dengan lebih dekat. Itulah yang kami dapat bila bercuti dengan Shaklee.
Pengalaman Memetik Blueberry Segar
Destinasi terakhir pada hari kedua ialah melawat ladang blueberry.
Bagi saya, ini antara aktiviti yang paling menyeronokkan. Sebaik tiba, kami disambut dengan deretan pokok blueberry yang dipenuhi buah yang sedang masak.
Kami diberi peluang untuk memetik sendiri buah tersebut terus dari pokok.
Rasanya memang berbeza. Lebih segar. Lebih manis. Dan tentunya lebih menyeronokkan kerana dipetik sendiri.
Melihat buah-buah yang tumbuh dengan baik membuatkan saya teringat kepada proses membina sesuatu dalam hidup.
Sama seperti menanam pokok. Kita tidak boleh mengharapkan hasil dalam sehari. Ia memerlukan masa, penjagaan dan kesabaran.
Begitu juga dengan apa sahaja yang kita bina dalam hidup.
Pengembaraan Bersambung..
Hari kedua memberi banyak pengalaman baru dan semestinya kenangan yang indah yang sukar dilupakan.
Dan yang paling saya syukuri ialah peluang untuk menikmati semua ini bersama insan-insan yang mempunyai impian dan semangat yang sama.
Bersambung ke Hari Ketiga: Pengalaman Menaiki Yacht Di Fuxian Lake…Yang baca sampai habis, sila komen untuk peluang dapat cenderamata dari Kunming.
Nina Salleh | Work from Home Mom