Soalan biasa saya dapat bila ada yang nak join diet FBM, tentang sejauh mana diet FBM ni berkesan nak turunkaan berat badan.
“Diet FBM ni betul-betul berkesan ke? Saya dah penat ikut macam-macam program, beli macam-macam produk.”
Sejujurnya, saya pun tak ada jawapan ya atau tidak. Yang pasti, formula diet FBM ni berkesan bukan hanya turunkan berat badan, tapi nak baik pulih sistem dalaman.
Macam Mana Diet FBM Membantu
Bukan macam diet yang saya pernah amalkan sebelum ni. Kalau sebelum ni, ada yang saya perlu makan makanan masak rebus dan kukus, makan suku-suku separuh atau kena kira kalori, diet FBM betul-betul merubah pandangan saya terhadap diet.
Pernah jadi orang yang give up nak fikir pasal berat badan. Pernah jadi orang yang “lantaklah” apa nak makan. Lantakkan semua. Lantak je badan jadi gemuk ke, baju ketat ke apa, suami tetap sayang. Wah yakinnya kamu.
Sebenarnya turunkan berat, nak jadi lebih sihat bukan semata nak suami lagi sayang. Paling penting nak hargai dan jaga nikmat sihat yang diberi percuma ini. Syukur Allah swt beri kesedaran kepada saya. Takkan saya nak tunggu dapat penyakit baru nak insaf.
Sebab saya tak boleh nak konsisten ikut peraturan makanan. Hari-hari tahan diri makan asam peras, ayam merah, nasi lemak, masak lemak cili padi itu semua kegemaran saya.
MasyaAllah rupanya dengan diet FBM, saya boleh makan semua tu.
Kalau kurus tu pada produk, banyak je produk lain yang boleh turunkan berat badan. Tapi kekuatan diet FBM ialah pada “mealplan” yang dikaji dan diuji keberkesanan.
Bukan hanya turunkan berat, tapi diet FBM juga sangat berkesan untuk baiki tahap kesihatan.
Antaranya:
- Mengurangakan risiko penyakit buah pinggang
- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
- Mengurangkan masalah berpunca dari keradangan
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Mengurangkan risiko penyakit gout
Mealplan FBM membantu baiki usus seterusnya mengurangkan keradangan yang berlaku dalam badan. Keradangan inilah yang akan menyebabkan banyak masalah kesihatan sekiranya tidak diubah.
Bukti Diet FBM Berkesan Untuk Kesihatan
Bukan kami nak bagi janji palsu, janji bulan bintang, tetapi kalian boleh nilai sendiri apa yang protege Diet FBM sendiri beritahu berkesan atau tidak.
Apa yang kita buat dan amalkan bukanlah magik, perlu ada tekad dan ada perubahan walaupun dapat makan sedap. Kalau dah bersedia nak ubah tahap kesihatan, jom teruskan untuk join diet FBM sebagai gaya hidup.
Nina Salleh | Coach Diet FBM