Nina Salleh | Coach Diet FBM

Cara Mudah Untuk Kumpul Mata Ganjaran Dengan Kad BigPay

Saya nak kongsi berita baik untuk surirumah yang nak kumpul mata ganjaran tapi tidak ada slip gaji untuk mohon kad kredit, lebih mudah dengan menggunakan kad debit BigPay.

BigPay ialah kad debit yang boleh dimiliki oleh semua orang yang ada telefon pintar. Ia tidak perlukan akaun bank, tak perlu slip gaji macam nak apply kad kredit, banyak kelebihan untuk redeem points dan paling best sebab ianya adalah percuma dan tidak ada yuran tahunan atau cas tambahan. Iya, nama pun kad debit kan.

Asalnya saya sendiri nak guna untuk buat pembelian, tapi rugi pula kalau tak kumpul mata ganjaran.

Sebenarnya saya dalam fasa nak keluar daripada penggunaan kad kredit. Masa apply dulu memang buat untuk tujuan kerja. Konon-konon untuk isi minyak masa outstation sebelum claim lulus je. Tapi semuanya dusta gais. Lepas sebulan, beli iPad. Bulan depan beli iPhone pulak. Bulan seterusnya beli handbag. Contoh je. Tapi gitu la kebocoran yang saya alami semasa menggunakan kad kredit. Untuk kalian yang boleh mengawal nafsu, sila teruskan.

Yang paling seronok bila guna kad prepaid BigPay sebab ia tak akan masuk CCris atau CTOS.

Gambar kredit Google Image

Jadi, ini penyelesaian untuk kumpul mata ganjaran tanpa menggunakan kad kredit.

ELAKKAN KEBOCORAN DENGAN KAD PREPAID BIGPAY

Sebenarnya saya dalam proses nak buang semua yang berkaitan dengan CCRIS dan CTOS, untuk bagi laluan nak beli rumah landed nanti. Walaupun jauh lagi perjalanan, slowly but surely lah kan. Kalau dulu tak ada option selain kad kredit sebab nak collect point, untuk travel, untuk tukar barang, kalau transaction RM5,000 sekali dah banyak points. Lagipun sejak bisnes Shaklee, sekali pergi ambik barang bukan puluh-puluh dah, boleh cecah ribu ringgit.

Transaksi minimum kalau ke branch Shaklee. Guna BigPay kumpul mata

Rugi kalau guna cash, bayangkan kalau guna kad boleh dapat beribu points dan boleh redeem macam-macam secara percuma, why not kan?

So Nina guna kad kredit dan bayar balik dengan duit yang customer bayar. Jadi bukan berhutang. Tapi nak collect points guna kad tu. Ada masa kebocoran berlaku sebab kad kredit ni kita boleh berhutang, dengan Bigpay pula, kita kena topup untuk gunakan duit dalam tu.

Beza dengan kad debit tak dapat kumpul mata.

CARA MOHON KAD BIGPAY

Jangan risau, mudah je nak apply kad prepaid BigPay ni.

Tak perlu melalui bank, application pun tak payah bank, tak perlu bagi slip gaji. Kalau orang tak berkerja, tak ada slip gaji, kalau surirumah pulak, yang beli barang dapur guna duit suami bagi, haaa bagus sangat. Kumpul points ni mana tau lama-lama boleh melancong percuma dengan suami sebab redeem tiket flight dan hotel percuma dengan AirAsia.

IKUT CARA MUDAH NI UNTUK APPLY BIGPAY
1) Download aplikasi BigPay di Google Play atau App Store
Type BigPay di Google Play atau App Store
2)Isikan maklumat yang diperlukan
Masuk pada aplikasi BigPay dan isikan details anda, berserta gambar kad pengenalan untuk pengesahan maklumat diri

PENTING! Masukkan code EP0RPI32FK di bahagian referral untuk dapatkan RM20 kredit extra.

3)Topup minimum RM20 ke dalam kad sebelum kad dihantar ke rumah (Ada baki RM20 dalam kad)
Kad akan sampai kepada anda setelah topup RM20
4)Semak transaksi, topup melalui bank pilihan anda dan semak baki melalui aplikasi BigPay
Segala transaksi dapat dilihat melalui aplikasi BigPay
Banyak beli barang Shaklee je
Boleh guna kad di mana-mana, online transaction pun boleh

Dah siap! Senang kan, macam e-wallet. Boleh transaksi melalui aplikasi BigPay. Sangat senang!

Sambil kumpul mata ganjaran, dan boleh tebus dengan AirAsia mana tahu boleh dapat tiket penerbangan percuma ke mana-mana ke best juga kan?

Download aplikasi BigPay sekarang dan masukkan code EP0RPI32FK

Selamat mencuba dan menghapuskan kad kredit.

Semoga bermanfaat!

Nina Salleh