Coach Diet FBM & GGA

Pengalaman Rawatan RCT di Klinik Gigi Kerajaan

Selepas dua bulan menunggu, tibalah hari dan masa untuk buat RCT di klinik gigi kerajaan. Dua bulan lepas, saya saja tumpang anak-anak cek gigi, ingatkan perlu tampalan biasa je tup tup doktor cakap gigi saya dah kena buat rawatan RCT.

Apa Itu Root Canal Treatment 

Rawatan RCT (root canal treatment) ialah prosedur pergigian yang memerlukan pembersihan saluran akar daripada bakteria dan kerosakan pada pulpa dan akar gigi.

Pulpa gigi terdiri daripada saraf, salur darah dan tisu penghubung. Secara mudah, rawatan RCT ni nak elakkan dari perlu cabut gigi geraham tersebut. Gigi mati tapi jasad ada di situ haa gituh.

Struktur gigi dan dalaman yang boleh dijangkiti bakteria

Sewaktu prosedur untuk rawatan RCT, doktor gigi akan buang bakteria dan pereputan daripada pulpa gigi, akar dan saraf. Kawasan tersebut juga akan dibersihkan dari kuman dengan antibiotik, mengisi akar yang kosong dan tutup bahagian berkenaan untuk mengelakkan pereputan baru.

Sebelum jadi lebih teruk, buatlah pemeriksaan gigi berkala setiap 6 bulan. Jangan jadi macam saya sebab “ingatkan lubang biasa je” itu yang sampai tertangguh dan mereput hingga ke akar dah.

Rawatan RCT di Klinik Pergigian Kerajaan

Sebenarnya gigi saya sendiri dah lama rosak cuma tak sangka sampai tahap kena buat rawatan RCT. Sejujurnya, rawatan ni yang saya paling takut.

Berkali-kali dah tampal gigi yang sama di klinik kerajaan dan swasta. Saya paling takut kalau bab gigi, rasa macam lagi seram dari nak beranak. Huuu.

Ada sekali masa mengandung anak ke-4, gigi geraham memang sakit sangat sebab lubang dah besar. Kalau ke klinik kerajaan memang lambat sebab kena tunggu tarikh temujanji walaupun tengah sakit sebab terlampau ramai menunggu.

Terpaksa lah saya pergi klinik pergigian berdekatan dengan rumah. Lepas tu kena tampal 2 gigi geraham. Memang besar betul lubang sebab tu lah sakit gigi rasa berdenyut sampai ke kepala. Gigi ni memang unik dan aneh, atau saya yang tak reti jaga gigi😅

Biasakan anak-anak dengan rutin pemeriksaan gigi

Apa yang buat lagi seram sebab lepas tampal, saya balik ke rumah dan gigi jadi lebih sakit. Ya Allah, memang rasa seram sejuk dengan gigi. Saya tak boleh tahan sakit dan terpaksa lagi pergi ke klinik, kali ni klinik swasta lain pula untuk second opinion lah kononnya.

Doktor kali ni agak berusia, mak saya kata beliau selalu pergi klinik ni. Berbekalkan semangat mak, saya masuk ke bilik rawatan. Dan doktor memang terkejut sebab klinik sebelum ni tampal tapi tak penuh. Masih ada lopong sebab tu gigi terasa sakit. Macam tu lah cara doktor tu terangkan.

“Kita kena buang dan tampal baru”

Tenang je kata-kata yang keluar dari mulut doktor tu.

Saya je la menggeletar sebab takut sakit, ngilu dan sebagainya. Rawatan doktor kali ni lebih smooth tapi lagi sakit sebab dikorek-korek lagi dalam untuk buang kalau-kalau masih ada sisa.

Perasaan Buat Rawatan Gigi

“Saya dah tampal tapi kalau sakit lagi, kena buat rawatan akar sebab lubang dalam sangat. Nanti datang untuk buat RCT”

Saya pun berdoalah dalam hati supaya jangan la sakit lagi. Rawatan akar apa kebenda saya tak tahu, tapi pernah dengar kawan cakap rawatan ni memang sakit😩

Balik rumah lepas tampalan kali kedua pada gigi sama, mujur lah dah tak sakit lagi. Saya pun macam biasa je la makan, gosok gigi dan buat rutin biasa tanpa fikir pasal gigi dah.

Ingatkan selamanya tampalan akan kekal, rupanya hujan di tengahari. Saya pun tak perasan bila tampalan tercabut. Sebab kali ni dah tak rasa sakit macam sebelum ni.

Macam tak ada rasa apa-apa tapi kalau makan agak terganggu sebab makanan akan masuk celah gigi.

Pemeriksaan Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan

Kebetulan saya nak bawa anak-anak cek gigi di klinik pergigian kerajaan, saya pun ikut sekali untuk cek gigi. Pemeriksaan gigi ni seeloknya buat setiap 6 bulan. Kalau di klinik kerajaan, bayaran RM1 saja. Manakala kalau buat rawatan cabut atau tampal, bayaran RM2.

Sebelum prosedur, ubat bius akan dicucuk terlebih dahulu

Waktu pemeriksan, kalau perlu buat tampalan atau cabutan biasa, doktor boleh terus buat. Tapi untuk rawatan seperti RCT, perlu ada tarikh baru dan mesti patuhi tarikh temujanji dan waktu kekosongan yang diberikan.

Faham-faham lah klinik kerajaan ni memang staf kurang tapi pesakitnya ramai. Rawatan ni di mana-mana klinik swasta pun ada buat. Tapi bayarannya bukanlah RM1.

Untuk pemeriksaan di klinik pergigian kerajaan, perlu dapatkan maklumat dari klinik gigi berdekatan untuk waktu dan hari yang mereka terima bagi pemeriksaan gigi pesakit.

Prosedur Rawatan RCT di Klinik Gigi Kerajaan

Lepas pemeriksaan dan dapat tarikh temujanji untuk rawatan RCT di klinik gigi kerajaan, maka patuhilah tarikh tersebut. Sekiranya tak hadir, satu hal pulak kena dapatkan tarikh yang baru, Di klinik kerajaan ni memang kena ada waiting game gitu.

1)Bius untuk hilangkan rasa sakit

Macam biasa perlu menunggu nombor dipanggil sebelum rawatan dimulakan. Kemudian doktor gigi akan periksa gigi sekali lagi. Kali ni untuk memastikan pesakit betul-betul memerlukan rawatan RCT.

Antara alatan yang digunakan. Kalau takut, jangan lah tengok. hihi

Jangan risau sebab sepanjang prosedur mulut akan rasa kebas je. Tempoh hari saya dapat 3 suntikan untuk hilangkan rasa (local anasthesia) di bahagian mulut dan gusi. Jadi, sepanjang prosedur, bertenang dan nganga mulut saja.

2)Proses korek bahagian gigi hingga ke akar

Berdasarkan apa yang saya nampak dari cermin lampu atas kepala, inilah yang doktor buat dalam rawatan untuk RCT ni. Gigi akan dikorek untuk beri laluan supaya dapat masuk alat seperti jarum ke bahagian akar.

3)Pembersihan akar gigi

Lepas dikorek dan dapat laluan, tempat gigi berkenaan akan dikorek sedalam hingga ke akar, menggunakan jarum kecil. Ia dibuat berkali-kali. Diselang seli dengan flushing dengan normal saline untuk pastikan akar gigi betul-betul bersih dari kuman.

Jangan risau, setiap prosedur tu memang untuk kebaikan. Lagipun kita tak akan rasa sakit sebab sudah dibius.

Perlu betul-betul sampai ke akar

4)Xray untuk Kepastian 

Selepas proses pembersihan akar dalam rawatan RCT ni, doktor gigi akan minta x-ray dibuat. Ini untuk pastikan akar gigi sudah dibersihkan dan bahagian dalam sudah kosong.

Xray gigi ni agak menyakitkan sebab perlu masukkan filem dalam mulut

5)Crowning di bahagian gigi

Selepas selesai semua, doktor gigi akan buat tampalan seperti crowning di bahagian permukaan gigi. Ini bagi menutup ruang akar. Namun, akar ini perlu ditutup dan dimasukkan filling.

Yang putih atas tu ialah crowning

Mengikut kata doktor gigi yang buat rawatan RCT di klinik gigi kerajaan ni, beliau tak masukkan terus filling pada akar. Beliau hanya tutup saja. Selepas dipastikan tak ada lagi kuman di bahagian tersebut, barulah bahagian akar akan dimasukkan dengan filling. Prosedur tersebut akan dibuat pada temujanji seterusnya.

Temujanji untuk filling bahagian akar

Tanda-tanda Gigi Memerlukan Rawatan RCT

Sekiranya ada tanda seperti ni, jangan bertangguh untuk jumpa doktor gigi kerana mungkin gigi memerlukan rawatan akar (RCT) seperti saya. Antara tanda-tandanya:

1. Sakit gigi yang berterusan
2. Sensitiviti kepada haba dan sejuk
3. Perubahan warna gigi
4. Gusi bengkak
5. Sakit apabila makan atau menyentuh gigi
6. Gigi patah atau retak
7. Gigi bergoyang

Penjagaan gigi sebenarnya tak susah. Selain berus gigi selepas bangun tidur dan sebelum tidur, perlu pastikan juga amalkan vitamin C dan kalsium untuk kesihatan gusi dan gigi.

Update Rawatan RCT Gigi Geraham

Saja nak update rawatan RCT saya tempoh hari tak berjaya bilamana gusi dan seluruh mulut membengkak. Bengkak tetap ada walaupun dengan antibiotik. Kemudian doktor putuskan untuk cabut saja gigi tersebut.

Bengkak ni sampai saya dah tak tahan. Sakit dan berdenyut ya Allah, lagi sakit dari nak beranak

Rupa-rupanya punca gusi dan seluruh geraham membengkak ialah ada serpihan gigi terlekat pada gusi. Bila ada foreign body, begitulah cara badan akan melawan untuk elakkan jangkitan lebih teruk.

Akhirnya gigi geraham saya dibuang. Lepas cabut, bila hilang bius, masih sakit. Rupanya serpihan pada gusi yang buat sakit, saya cabut sendiri di rumah haha
Doktor tak bagi cabut masa bengkak. Masalanya memang sakit sangat dah. Overdose panadol dah

Nina Salleh | Empowering moms