Kesihatan Wanita

Cara Hilangkan Batuk Berpanjangan Dari Perut?

Ramai mengadu dan minta cara hilangkan batuk berpanjangan selama berminggu atau berbulan-bulan, tetapi bila pergi membuat pemeriksaan doktor, keputusan semuanya normal.

Ada yang sudah mencuba pelbagai ubat batuk, antibiotik atau ubat tekak, tetapi batuk masih tidak hilang.

Sebenarnya batuk adalah simptom yang sangat biasa respon badan yang biasanya akan hilang sendiri. Melainkan jika ia jangkitan kuman atau masalah paru-paru. Ini akan memerlukan rawatan.

Sebaliknya, ia boleh berkait dengan GERD (reflux asid) dan masalah angin dalam badan yang berasal dari sistem penghadaman.

Apa Itu Batuk Berkait Dengan GERD?

GERD atau gastroesophageal reflux disease berlaku apabila asid dari perut naik semula ke esofagus.

Batuk berpanjangan dari perut

Biasanya terdapat satu injap di antara perut dan esofagus yang dipanggil lower esophageal sphincter (LES).

Injap ini berfungsi untuk memastikan makanan dan asid dalam perut tidak naik semula ke atas.

Namun apabila injap ini menjadi lemah atau longgar, asid perut boleh naik ke esofagus dan kadang-kadang sampai ke bahagian tekak.

Keadaan ini boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan dan menghasilkan batuk berpanjangan.

Kenapa GERD Boleh Menyebabkan Batuk?

Apabila asid perut naik ke bahagian atas esofagus, ia boleh memberi kesan kepada tekak dan saluran pernafasan.

Tanda GERD boleh jadi punca batuk

Ini boleh menyebabkan:

Kadang-kadang batuk ini berlaku tanpa simptom pedih ulu hati yang jelas.

Keadaan ini dikenali sebagai silent reflux.

Ramai orang tidak menyedari bahawa batuk mereka sebenarnya berpunca daripada sistem penghadaman.

Kaitan Batuk Berpanjangan dan Angin Dalam Badan dan Batuk

Selain asid perut, gas atau angin dalam badan juga boleh memainkan peranan dalam masalah ini.

Apabila gas terkumpul dalam perut, tekanan dalam abdomen boleh meningkat. Tekanan ini boleh menyebabkan:

Apabila ini berlaku berulang kali, ia boleh mencetuskan batuk yang berpanjangan.

Sesetengah orang juga merasakan:

Semua ini boleh berkait dengan masalah penghadaman.

Tanda Batuk Berpunca Dari GERD

Batuk akibat GERD biasanya mempunyai beberapa ciri tertentu.

Punca batuk bukan semestinya dari paru-paru

Antara tanda yang sering berlaku ialah:

Sesetengah orang juga mengalami:

Jika simptom ini berlaku bersama batuk, kemungkinan besar ia berkait dengan reflux atau angin dalam badan.

Kenapa Ubat Batuk Tidak Berkesan?

Ramai orang yang mengalami batuk berpanjangan memang telah mencuba pelbagai jenis ubat dan rawatan, namun batuk tetap tidak hilang.

Ini berlaku kerana ubat batuk hanya merawat simptom, bukan punca sebenar.

Jika batuk berpunca daripada reflux atau masalah penghadaman, puncanya berada di perut dan bukan di paru-paru atau tekak.

Sebab itu walaupun ubat diambil, batuk boleh terus berulang.

Faktor Yang Boleh Menyebabkan GERD dan Angin Dalam Badan

Beberapa faktor boleh menyebabkan reflux dan gas dalam perut.

Antaranya termasuk:

Cara Makan Yang Terlalu Cepat

Apabila makan terlalu cepat, lebih banyak udara masuk ke dalam perut dan menghasilkan gas.

Makan Terlalu Banyak Sekaligus

Perut yang terlalu penuh boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen. Ini boleh menyebabkan asid mudah naik ke esofagus.

Terus Baring Selepas Makan

Berbaring selepas makan boleh menyebabkan asid perut mudah naik.

Sistem Penghadaman Yang Tidak Stabil

Apabila makanan lambat dihadam, gas lebih mudah terbentuk dalam usus.

Ini boleh menyebabkan perut kembung dan reflux.

Cara Hilangkan Batuk Berpanjangan

Beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan simptom ini. Untuk batuk berpanjangan yang berpunca dari angin dan GERD, ia perlu dibaiki dari sistem penghadaman.

Antaranya termasuk:

Makan Dengan Perlahan

Makan dengan perlahan dengan kunyahan yang banyak akan membantu mengurangkan tekanan dalam perut.

Elakkan Makan Terlalu Lewat Malam

Makan terlalu dekat dengan waktu tidur boleh menyebabkan reflux.

Duduk Tegak Selepas Makan

Memberi masa kepada perut untuk memproses makanan sebelum berbaring boleh membantu mengurangkan reflux.

Fahami Makanan Yang Sesuai Untuk Perut

Sesetengah makanan boleh mencetuskan reflux dan gas.

Memahami jenis makanan yang sesuai untuk tubuh ialah cara berkesan untuk hilangkan batuk berpanjangan.

Ini akan diberikan secara detail dalam kelas mengikut formula Diet Angin.

Peranan Diet Dalam Mengawal GERD

Ramai orang tidak sedar bahawa cara makan boleh memberi kesan besar kepada masalah reflux dan angin dalam badan.

Pendekatan seperti formula diet angin akan memberi fokus kepada:

Apabila sistem penghadaman lebih stabil, tekanan dalam perut juga akan berkurang.

Ini boleh membantu mengurangkan reflux dan secara tidak langsung mengurangkan batuk berpanjangan.

Fahami Punca Sebenar Batuk Berpanjangan

Jika pernah mengalami batuk yang tidak sembuh walaupun sudah mencuba pelbagai ubat, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat keadaan dari sudut yang berbeza.

Kadang-kadang punca sebenar bukan pada paru-paru, tetapi pada sistem penghadaman.

Dalam kelas diet angin, saya kongsikan lebih lanjut tentang:

Ramai yang mula menyedari bahawa apabila perut dijaga dengan baik, simptom lain juga menjadi lebih terkawal.

Untuk tahu lebih lanjut tentang pendekatan ini, boleh hubungi Nina Salleh dengan bantuan dan bimbingan secara satu per satu.

Nina Salleh | Coach Diet Angin