Bila saya mula perkongsian tentang diet FBM (fat burning machine) untuk kurus, sebenarnya banyak lagi kesan baik untuk kesihatan. Terlalu banyak sebba tu sambutan sangat tinggi. Salah satu ialah diet FBM sebagai cara untuk hilangkan psoriasis dari kamus hidup.
MasyaAllah kesan diet FBM pada diri sendiri, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebenarnya inilah yang kita perlu, pemilihan makanan, waktu makan yang betul dan proses baik pulih dalaman badan.
Bayangkan seorang pengamal diet FBM, sudah boleh katakan bebas dari gejala autoimun iaitu psoariasis yang dia alami. Perubahan yang ketara pada sistem tubuh bila ubah pemakanan mengikut diet dan mealplan FBM.
Diet FBM ni Magik?
Sebenarnya diet FBM bukan perkara tahyul atau magik tapi lebih kepada baik pulih dalaman dengan ubah pemakanan.
Begini, dalam tubuh manusia ada banyak sangat sistem dan sel. Sel ni akan mengikut apa kita makan. Kalau makan banyak junkfood atau fastfood, sel akan mudah rosak. Akibat sel rosak beramai-ramai; mulalah nampak gejala seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Tetapi, dalam kes psoriasis, sel badan tak kenal mana yang dia boleh “percaya”, jadi ia akan jadikan sebagai musuh. Sel badan normal akan serang sel jahat dan baik, dari sini timbul masalah yang dinamakan sebagai autoimun seperti psoriasis.
Tak sangka, masalah autoimun macam psoriasis boleh hilang. Macam tak percaya, diet FBM buat magik ke?
Cara Hilangkan Psoriasis dengan Diet FBM
Bagi yang dah lama menderita dengan penyakit ni, dah penat cari cara nak hilangkan psoriasis, insyaAllah diet FBM akan bantu kurangkan gejala dan tak mustahil boleh bebas dari steroid. Kunci nya sabar dan konsisten.
“Semua pun kena ada sabar”
Benar, berbeza dengan diet FBM; mealplan dan makanan semua sedap, tak perlu kira kalori dan makan tanpa rasa bersalah.
Diet FBM bukan magik. Bagi siapa yang nak buat dan ubah kesihatan, diri sendiri pun perlu ada tekad. Cuma berbanding diet lain, inilah diet yang tak rasa macam tengah diet sebab menu sedap. Kita yang perlu pilih nak terus hidup dan hadap atau berubah demi kesihatan yang lebih baik.
Bila kita tekad untuk berubah, dan hentikan habit lama (yang penting masih dapat makan sedap) itu lah titik di mana tahap kesihatan akan jadi lebih baik.
Bayangkan selama 12 tahun menderita dan cari cara untuk hilangkan psoriasis, kini doktor sendiri sudah hentikan ubat-ubatan kepada beliau. Nasihat doktor, “teruskan buat apa yang beliau buat”. Sebab diet FBM ni sangat berkesan untuk beliau yang menghidap posriasis, mungkin inilah titik tolak untuk kalian yang sedang mencari penyelesaian untuk masalah kesihatan yang sama.
Bila badan sudah biasa dengan makanan dan mealplan FBM, ia sangat membantu mengurangkan keradangan. Daripada nak kurus, berat asal ialah 75Kg ke 59Kg , dan bebas psoriasis dalam masa 5 bulan sahaja. Tetapi jangan risau sebab diet FBM memang sesuai diamalkan sepanjang hayat kalau kita nak sihatkan tubuh badan.
Kelebihan Diet FBM untuk Psoriasis
Cara nak hilangkan psoriasis ialah dengan mengurangkan keradangan dalam badan. Inilah yang istimewa dengan diet FBM, sebab ia sangat tinggi dengan antiradang. Ini adalah set yang beliau amalkan untuk masalah yang dihadapi.
Ada beberapa lagi pilihan set untuk jadi salah seorang protege yang akan mendapat:
1)Mealplan ekslusif diet FBM
2)E-book percuma lengkap panduan pemilihan makanan
3)Kumpulan sokongan sepanjang hayat
Sekiranya berminat untuk mula ubah kesihatan, boleh daftar untuk join diet FBM di sini.
Nina Salleh | Coach Diet FBM