Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Creamy Tomyam Pasta Sedap dan Mudah

Resepi kedua di bulan Ramadan yang saya nak kongsi ialah creamy tomyam pasta yang mudah dan sedap. Sebenarnya rancangan awal nak buat sehari 1 resepi tapi ini dah jadi 16 hari 1 resepi hahaha. Begitulah. Kita hanya merancang.

Resepi kali ni sesuai untuk menu utama berbuka puasa, creamy tomyam pasta tapi saya tukar daripada pasta kepada mi udon.

Mi udon ni pertama kali makan. Rasa dia macam pasta cuma agak tebal dan tak perlu rebus dulu heee

Seumur hidup, ni lah pertama kali saya masak mi udon. Pada saya, beza dengan mi biasa ialah warna, ketebalan dan juga bahan-bahan pembuatan dia. Selain lebih mudah sebab tak perlu rebus terlebih dahulu macam pasta.

Semalam suami beli 3 paket mi udon, anak sulung cakap dia terliur. Macam gitulah kalau puasa, mi udon dalam plastik gitu pun nampak menyelerakan. Jadi dari menu asal creamy tomyam pasta, saya tukar je ke mi udon. Kalau Google, mi ni biasanya orang korea yang makan😅

Kebetulan bahan-bahan semua ada dan lengkap, jadi nak masak menu ni dah boleh setel dalam masa 30 minit. Tak perlu lah lama sangat kat dapur. Lagipun, bulan puasa ni rasa macam rugi kalau berlama-lamaan di dapur. Tapi ada je memang terlajak azan Maghrib masih terkejar-kejar. Berdosa rasanya. Huhu.

Bahan-bahan Creamy Tomyam Mi Udon

Creamy Tomyam pasta ni inspirasi yang saya ambil dari video resepi Khairulaming legend. Tapi ada bahan yang saya tukar. Kalau KA guna bawang merah& putih, saya hanya guna bawang putih sebab memang asal kalau saya buat tomyam pun bawang putih itu je saya guna. Heee.

Kalian boleh cuba mana-mana cara pun.

Bahan-bahan yang kena ada:

1) 1 labu bawang putih ketuk
2) 10 ekor udang buang kulit. Kulitnya dikisar dan ambil air
3) daum limau purut 10 helai
4) 2 paket perencah tomyam
5) 1 1/2 cawan whipping cream
6) tomato cherry 15 biji
7) Mi udon atau boleh ganti dengan pasta

Cara-cara untuk Buat Creamy Tomyam Pasta

1. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan

Tumis bawang

2. Masukkan pes tomyam. Pes ni tak kisah pun jenama apa dia. Saya guna mana yang ada di rumah ni, mana-mana brand asalkan tomyam.

Masukkan pes tomyam

3. Masukkan lauk seafood. Saya ada udang je. Lepas buang kulit, saya kisar dan ambil airnya.

Masukkan lauk

4. Masukkan air kisar kulit udang kemudian biar hingga mendidih.

Masukkan air kisar kulit udang 2 cawan

5. Selepas mendidih, masukkan whipping cream. Biar lagi hingga mendidih. Kalau nak pekat, tunggu hingga lama sikit atau kurangkan air udang tadi.

masukkan cream

6. Masukkan daun limau purut.

Daun limau purut akan bangkitkan bau tomyam

7. Masukkan mi udon 2 paket. Sukatan resepi kali ni untuk 2 paket mee udon atau 1/2 paket pasta spaghetti, yang sesuai untuk 3 orang dewasa makan.

Masukkan mi udon atau pasta

8. Masukkan tomato cherry, biarkan mendidih sekajp kemudian siap untuk dihidang.

Tomyam pasta ala Secret Recipe

Tak perlu masukkan garam atau gula sebab pes tomyam dah ada rasa masin. Nanti akan jadi terlebih garam. Tetapi terpulang juga kepada selera masing-masing.

Siap untuk dihidang. Mi udon memang lebih tebal

Untuk saya, memadai rasa yang ada dalam pes dan manis air kisaran kullit udang. Memang menyengat.

Feedback Suami dan Anak-Anak

“Sedap, ni kalau cakap beli kat Secret Recipe pun orang percaya” haha.

Anak-anak pun sama. Walaupun pertama kali buat menu ni. Dengan tomyam ni walaupun creamy, dia tak terlalu muak.

Boleh pelbagaikan dengan tambah cili potong atau chili flakes, kebetulan saya tak ada semua tu. Anak-anak pun nanti tak boleh makan pula kalau pedas. Jadi inilah menu berbuka puasa hari ke-14 kami.

Sejujurnya resepi dari Kharulaming ni semuanya sesuai untuk program diet Fat Burning Machine (FBM) yang saya buat untuk turunkan berat badan. Cuma ada beberapa perkara kena ubah. Supaya bila makan, badan kita akan jadi pembakar lemak dan bukan penternak lemak.

Tips dan teknik mahal ni saya kongsikan dengan ibu-ibu yang join FBM dan nak kurus tanpa perlu sekat selera tekak Melayu ke Inggeris ke hihi. Yang nak makan sedap dan nak turunkan berat dalam masa yang sama, saya nak ajak join FBM sebab diet dan meal plan FBM sangat sesuai untuk kurus dengan makanan yang sedap-sedap belaka, tanpa kira kalori.

Macam creamy tomyam ni, boleh makan sebanyak mana pun dengan cara yang betul.

Selamat mencuba untuk berbuka puasa.

Nina Salleh |Empowering moms