Sebenarnya macam mana gout boleh hilang dengan diet FBM (Fat Bunring Machine) tu bukan lah satu magik atau ajaib, tapi semuanya berdasarkan cara pilih makanan dan masa untuk makan.
Banyak perkara terutama kesan terhadap kesihatan yang kita akan dapat bila ubah pemakanan dan baiki sistem usus. Dari usus, banyak masalah kesihatan akan akan terjadi dan akan dihentikan. Buatlah pilihan bijak.
Apa Yang Terjadi Bila ada Gout
Penyakit gout ialah salah satu dari masalah sendi, iaitu di mana dua tulang berhubung. Ia berpunca daripada pengumpulan asid urik yang berlebihan dalam badan. Untuk orang yang sihat, purin (sejenis protein) akan dibuang dan dikumuhkan dalam bentuk asid urik melalui air kencing.
Mereka yang ada masalah gout pula, purin tidak dibuang tetapi hasil kumuhnya iaitu asid urik akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki.
Pesakit gout mengalami keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada bahagian sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar, seterusnya membataskan pergerakan pesakit itu.
Cara Diet FBM Pesakit Gout
Sejak saya fokus bantu ramai untuk lebih sihat dengan diet FBM, baru perasan ramai sangat yang ada masalah gout. Perkongsian seorang protege, Puan Shira, yang membantu suami turunkan berat badan dengan cara diet FBM untuk pesakit gout membuahkan hasil.
Bermula dengan cubaan untuk turunkan berat sendiri, membuahkan hasil. Akhirnya, suami sendiri pun nak buat sama-sama. Elok sangat sebab alang-alang biar lah sihat sama-sama dan bercinta sampai Syurga, kan.
Testimoni Diet FBM Pesakit Gout
Ini perkongsian daripada Puan Shira.
“Suami Shira ni suka main gym dari zaman bujang. So bila dah kawen auto jadi malas dah nak main gym sebab seronok berkepit laki bini sampai tak perasan naik berat sesama dengan bini.
Keadaan lebih teruk bila suami Shira ni jenis tidur berdengkur & kadang-kadang masalah gout menyerang. So bila jumpa doktor, doktor cakap berat dah berlebihan. Nak atau tak memang kena turunkan berat badan dan jaga makan untuk sembuh gout dengan turunkan asid urik.
Tapi sebab isteri pun mengandung suka makan macam-macam sampai naik banyak kilogram. Sama-sama mengandung dengan isteri. Suami pun kerap kena serangan gout sepanjang isteri mengandung. So tak tahulah siapa kena jaga siapa ni 🤣
Masalah Kesihatan Sebelum Diet FBM
Dan satu lagi, suami Shira ni ada masalah tidur berdengkur tahap macam tarik nafas tak lepas kalau dia tengah tidur. Ada banyak kali sampai tersedak dia berdengkur tu.
Lama-lama Shira berjaya juga untuk ajak dia diet sebab tak nak tengok dia tak sihat memanjang. So Shira paksa dia ikut betul-betul diet FBM. Dia memang jenis ikut je. Janji isteri kena suap supplement and sediakan makanan diet.
Hari-hari Shira paksa dia ikut jogging treadmill and workout atleast 1jam 30 minit setiap hari. Sampailah suami dapat berat dia sekarang dah 62kg dari 79kg.
Sampai sekarang pun Shira masih jaga makan dia dengan ikut meal plan FBM sebab dia dah tak boleh turun berat lagi. Nanti nampak keding sangat hahahaha .
Sekarang kami sama-sama amalkan gaya hidup sihat. Boleh kira berapa kali je cheat day makan malam. Sebulan dalam 2 kali je cheat day. Selebihnya memang pukul 7 malam tu dah kali terakhir makan.
Dan kesan paling best dengan diet FBM ni dengkur suami dah hilang.
Asid urik pula dah turun walau belum 100% turun. Doakan supaya dia sembuh sepenuhnya dari masalah gout ya”
Ubah Pemakanan Untuk Tambah baik Tahap Kesihatan
Cara diet FBM bukan saja untuk pesakit gout, tetapi banyak masalah kesihatan akan berkurang. Meal plan FBM akan membantu untuk baik pulih sistem usus, kurangkan keradangan seterusnya kurangkan gejala dan elakkan banyak penyakit.
Sama-sama tambah baik kesihatan dan daftar untuk mula diet FBM di sini.
Nina Salleh | Coach Diet FBM