Coach Diet FBM & GGA

Doa Sebagai Senjata Untuk Wanita Hebat

Selalu sangat kita wanita ni terlalu banyak berfikir. Fikir hal rumahtangga, fikir hal sekolah anak-anak, fikir nak masak apa dan seterusnya sampai kadang-kadang kita lupa yang kita wanita ada satu sejata yang sentiasa jadi teman, iaitu doa untuk wanita hebat. Dalam banyak-banyak doa yang boleh diamalkan, saya sangat suka dengan beberapa doa ni.

Doa yang saya selalu baca terutama bila berdepan dengan masalah. Namun, doa ni lebih baik diamalkan setiap masa jangan tunggu ditimpa masalah hehe. Sama-sama kita beringat dan mengingatkan. Sebab Allah swt itu sentiasa ada, sentiasa dekat, sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Kisah di Sebalik Doa Wanita

Pernah satu hari, ada beberapa kali juga saya berhadapan dengan situasi getir. Selain daripada sakit bersalin, ada juga hal-hal yang berkaitan dengan bisnes. Masa tu rasa sangat terdesak dan sangat tak ada apa-apa. Tapi saya teringat satu ayat ni, yang mana katanya, “Istighfarlah, nanti jalan yang sempit akan jadi luas”, MasyaAllah sangat benar ya. Kalau tak amalkan memang tak terasa. paling-paling kurang kalau tak tahu doa lain. Inilah jawapannya. Lazimkan bibir untuk lafaz istighfar.

1.Istighfar 

Bukan saja bila buat dosa, tapi istighfar ni sebagai merendahkan diri seorang hamba yang sentiasa melakukan dosa. Dengan istighfar, hati akan jadi lapang. Kalau tak ingat isghfar panjang, memadai yang pendek ni. Betapa Maha Penyayang Allah swt, baca pendek macam ni pun  Dia dah suka. Allah swt sangat suka hamba yang bertaubat. Sama-sama kita basahkan bibir sentiasa dengan istighfar.

Minta ampun sentiasa

2.Doa Serahkan Segala

Dalam dunia ni sesungguhnya semuanya dalam pantauan dan milik Allah swt sahaja. Kita sebagai hamba hanyalah meminjam, bila masa pun Dia boleh ambil tanpa perlu kebenaran kita. Dan semua yang ada di sini di bawah jagaan Dia. jadi, sebelum apa-apa urusan dan memulakan aktiviti setiap hari, amalkanlah doa ini.

Doa penyerahan segalanya mudah-mudahan.

Juga doa yang pendek dan boleh diamalkan.

Doa penyerahan sebulatnya pada Dia

Doa untuk wanita hebat ini petikan dari surah Al-Ghafir ayat 44 yang sangat besar maknanya. Kalau ada sesuatu hal yang mengganggu fikirancontohnya risau bila suami kerja di luar, amalkanlah doa ini. Serahkan pada Dia sebab akhirnya suami itu juga adalah milik-Nya. Kita tak perlu risau berlebihan. Sungguh, bila amalkan doa ni segala kekusutan seakan hilang. Dan Dia akan berikan penyelesaiannya dalam cara tersendiri. Yakin saja.

3.Doa Supaya Sentiasa Dalam Jagaan

Dalam dunia yang mencabar ni, banyak sangat kes yang berlaku yang merisaukan. Banyak kes anak-anak didera di taska, sedang ibu berkerja di luar. Atau waktu anak-anak di sekolah, anak dibuli. Doa wanita terutama seorang ibu itu mustajab. Saya suka baca doa ini setiap kali lepaskan anak-anak ke sekolah. Amalkan juga setiap hari selepas Subuh dan Asar 3 kali.

Doa lindung diri

MasyaAllah doa untuk wanita hebat yang ini sangat indah maksudnya. Bila kita dengan nama Allah swt, insyaAllah, Dia akan hindari kita dari sebarang masalah dan musibah. Berdoa banyak-banyak dan bersungguh-sungguh. Moga segala urusan dimudahkan selalu.

4.Doa Mulakan Urusan

Doa ini juga saya amalkan setiap kali memulakan hari, dengan harapan dimudahkan segala urusan dan segalanya yang terbaik Allah swt susun untuk hari tersebut. Doas sangat ringkas namun makna sangat mendalam. Bacalah setiap hari sebelum Subuh atau sebelum mulakan hari.

Doa mulakan hari yang indah

Setiap kali sebelum memulakan hari, inilah doa yang saya amalkan. InsyaAllah doakan  moga istiqomah. Biarpun pendek asalkan konsisten buat.

5.Doa Diri Yang Zalim

Bila ada perkara yang mengganggu diri, yang membelenggu, ini doa yang saya akan lazimkan baca. Dengan doa ini, Allah swt beri jalan yang saya sendiri tak terjangka.

Doa Nabi Yunus

Sejarah doa ni bilamana Nabi Yunus a.s ketika di dalam perut ikan nun. Bayangkan betapa terasa diri hamba, yang mana tak ada jalan keluar selain Allah swt inginkan dapat keluar dari perut ikan. Doa ini juga saya baca berulang kali setiap kali sampai masa untuk bersalin waktu dalam sakit kontraksi. Tak ada yang mampu kurangkan kesakitan kecuali bila Allah swt berkehendakkan.

Inilah 5 doa yang selalu saya amalkan, moga bermanfaat untuk wanita yang hebat belaka. Kita boleh lalui semua dengan tenang bila yakin Allah swt sentiasa ada dalam perjalanan ini.

Nina Salleh | Empowering moms