Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

9 Sebab Saya Pilih untuk bersama Komuniti Bisnes Shaklee

Saya mula ceburkan diri dalam bisnes Shaklee bulan Jun 2016, dengan menubuhkan kumpulan TBS Wellness. Waktu itu, saya hanya inginkan duit tambahan untuk membayar hutang kepada bank. Pembiayaan yang saya buat sewaktu kerja sebagai penjawat awam.

Ini adalah komitmen dan passion saya

Kenapa Bisnes Shaklee Jadi Pilihan

Saya memulakan bisnes Shaklee tanpa mengetahui betapa besarnya peluang bisnes Shaklee dan banyak tawaran untuk mereka yang serius bina bisnes Shaklee.

Tahun pertama berbisnes, saya bukan saja dapat bonus ribu-ribu, malah berjaya layakkan untuk trip percuma tajaan Shaklee sepenuhnya. Rasa macam mimpi sebab bercuti ni memang hobi saya. Dengan dan melalui bisnes Shaklee, saya dapat buat hobi ni dengan percuma.

Peluang Bisnes Yang Shaklee Tawarkan

1.Tanpa Modal Permulaan

Sejujurnya, dalam banyak bisnes yang saya pernah cuba, bisnes Shaklee sangat serasi. Lagipun tak perlukan modal permulaan. Saya pernah buat bisnes dan jadi agen satu produk, dan modal minimum ialah RM500. Kemudian dapat produk untuk dijual dengan keuntungan 10% kalau saya tak silap.

Tanpa mengira pangkat, harga produk adalah sama untuk semua ahli berdaftar

Semakin besar modal, semakin banyak untung runcit dari produk. Syukurlah, dengan bisnes Shaklee, tak kira pangkat, untuk mulakan bisnes hanya perlu daftar dengan RM35 sahaja.

Bisnes nak jadi founder dulu-dulu banyak modal, untung nya tak ada

Bisnes Shaklee ini sangat sesuai dengan jiwa saya dan juga status sebagai seorang surirumah. Tanpa perlu keluarkan simpanan atau meminta dengan suami sebagai modal permulaan, bisnes Shaklee ni hanya perlu komitmen dan kerajinan sahaja.

2.Gedung llmu Tanpa Sempadan

Dalam bisnes Shaklee, walaupun berbeza kumpulan namun semuanya ada matlamat dan visi yang jelas iaitu untuk bantu lebih ramai hidup sihat. Itulah salah satu sebab kenapa dengan bisnes Shaklee, perkongsian ilmu dibuat tanpa sempadan kumpulan.

Bersama dengan bahagian pengurusan tertinggi Shaklee dalam kelas yang dianjurkan oleh Shaklee sendiri

Sebelum Shaklee, ada beberapa bisnes yang saya pernah buat tetapi perkongsian ilmu dan strategi untuk jalankan bisnes memang tak ada. Boleh katakan lepas keluarkan modal, founder pula akan lepas tangan.

Dengan Shaklee, antara team dan bahagian pengurusan tertinggi saling berebut nak beri ilmu. Memang sesuatu keadaan yang agak jarang jumpa. Jadi tak perlu risau kalau tak reti, kita memang akan diajar dalam bisnes Shaklee tanpa mengira latar belakang umur dan tahap pendidikan.

Networking Bukan sekadar Shaklee

Dalam bisnes Shaklee, ada ramai juga doktor pakar dari Malaysia dan luar negara yang akan menyampaikan ilmu. Baru-baru ni saya dapat berkenalan dengan Saintis Malaysia, yang qualified, verified dan certified dari Harvard University, Dr Redza Rahman. Beliau sendiri adalah cancer survivor.

Rasa macam tak percaya berdiri sebelah saintis
Dr Redza pun puji bahan-bahan dalam produk Shaklee.

3.Pembayaran bonus tanpa had

Dari seorang diri, dengan bonus permulaan RM200 lebih, jumlah bonus yang saya sudah terima dari Shaklee sudah melebihi RM500,000.

Jumlah pendapatan yang diperoleh dengan bisnes Shaklee

Jumlah ini belum lagi termasuk untung runcit. Syukur sangat semuanya tanpa perlukan modal tambahan.

Sebagai surirumah, inilah model bisnes yang saya perlukan. Berbanding dengan pengalaman nak jadi founder sebelum ni, saya dapat penat lelah dan kerugian sepanjang berniaga. Kalau ingat semula, rasa satu kerugian besar. Tetapi itulah antara pelajaran terbesar yang membuatkan saya lebih menghargai bisnes Shaklee hari ini.

4.Komisen Bulanan

Dalam bisnes Shaklee, ada banyak jenis produk dari penjagaan kesihatan, penjagaan wajah dan  penjagaan rumah. Untuk setiap produk, ada mata ganjaran yang Shaklee tetapkan. Dari mata ganjaran terkumpul setiap bulan inilah akan menentukan komisen bulanan yang Shaklee akan bayarkan.

Mata ganjaran atau UV akan menentukan peratus komisen yang diterima

Sebagai contoh untuk set Joyful Journey, set kesihatan untuk ibu menyusu, jumlah mata ganjaran, iaitu UV,  ialah 155. Kalau saya berjaya bantu 10 orang ibu untuk mudahkan dan lancarkan proses penyusuan dengan set Joyful Journey ni, jumlah mata ganjaran yang saya berjaya kumpul ialah 1550 untuk bulan tersebut. Saya akan dapat peratusan bonus pada tangga 14%!

Itulah peratusan komisen yang Shaklee akan bayarkan kepada saya pada bulan hadapan. Komisen tersebut akan masuk dalam akaun bank, ia akan jadi seolah-olah seperti gaji bulanan saya walaupun tidak berkerja.

Mata ganjaran (UV) akan menentukan peratus komisen yang diterima

Kalau boleh dapat pendapatan RM2000 sebulan sebagai surirumah, itu sudah beri kepuasan untuk bantu suami dan ringankan perbelanjaan keluarga saya.

Bayaran komisen bulanan akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap 14 haribulan yang berikutnya. Semakin banyak jualan, semakin besarlah komisen yang akan diterima. Dari surirumah, maka akan upgrade pula kepada business owner.

Bonus bulanan bergantung kepada jumlah jualan kumpulan

5. Penyata Bonus

Ia boleh dimuat turun melalui laman web Shaklee dan boleh digunakan untuk pembelian kereta atau rumah, bergantung kepada pendapatan bulanan.

Penyata Bonus

Melalui penyata bonus yang Shaklee sediakan di laman web khas untuk ahli berdaftar, ia berfungsi sebagai payslip terutama untuk mereka yang tidak berkerja dan tiada slip gaji dari mana-mana lagi.

Untuk surirumah, slip gaji inilah yang bank perlukan dan membantu dalam proses permohonan pinjaman untuk untuk pembelian rumah, kereta dan sebagainya.

Walaupun tidak lagi berkerja makan gaji, namun syukur sangat sebab Allah mudahkan perjalanan saya untuk membantu ekonomi keluarga melalui bisnes Shaklee.

6. Untung Runcit Setiap Produk

Setiap ahli yang berdaftar bersama TBS Wellness akan layak untuk buat pembelian vitamin pada harga ahli.

Contohnya harga ahli untuk sebotol produk A ialah RM40, manakala harga jual yang ditetapkan ialah RM56 maka RM16 ialah untung runcit untuk setiap botol produk A yang terjual.

Bisnes dengan anak-anak

Sekiranya 10 botol produk A terjual, untung runcit RM160 semuanya. Memang lumayan!

7. Percutian Percuma Tajaan Shaklee

Percutian 5 bintang tajaan Shaklee untuk mereka yang layak. Iaitu cukup mata ganjaran terkumpul seperti yang ditetapkan oleh Shaklee dalam tempoh 12 bulan. Lokasi percutian pula berbeza dan akan ditetapkan oleh syarikat.

Di Barcelona ketika mengikuti trip 2017/2018

Ia adalah percutian mewah dengan itinerary yang disiapkan oleh syarikat. Setiap kali bercuti, pihak Shaklee akan aturkan segalanya termasuklah tiket penerbangan dan juga perjalanan sepanjang di sana. Duit poket juga akan diberikan. Hassle-free gitu.

Kebiasaannya trip antarabangsa menelan belanja hampir RM20,000 untuk seorang.

Masih ingat lagi waktu ke Europe untuk bercuti di atas kapal mewah Symphony of the Seas, setiap seorang diberikan duit poket hampir RM1000. Percutian tajaan Shaklee ini boleh jadi percutian keluarga; bawa bersama suami, anak-anak dan juga ibu bapa serta mertua.

Umrah Mewah Untuk Muslim

Setiap tahun, Umrah mewah yang ditaja sepenuhnya adalah pilihan destinasi untuk yang beragama Islam.

Dari KLIA hingga pulang semula ke KLIA, hanya bawa badan dan pakaian sahaja. Shaklee yang akan uruskan dan sediakan coach mewah, hotel mewah yang dekat dengan masjid dan juga kemudahan lain untuk kesenangan dan keselesaan jemaah umrah.

Bagasi dan hadiah dari Shaklee
Bilik mewah di Madinah
Telekung Siti Khadijah sebagai hadiah
Coach yang selesa dari Madinah ke Makkah

Surirumah pun boleh bawa suami dan anak-anak untuk percutian mewah ke luar negara dengan bisnes Shaklee!

8.Boleh Diwariskan

Bukan sahaja tanpa modal, malah legasi dan segala yang saya kecapi dengan bisnes Shaklee boleh diperturunkan pula untuk anak-anak dan cucu nanti.

Tak semestinya perlu ada Megah Holdings, buat bisnes Shaklee pun boleh diwariskan.

Masa depan mereka bergantung kepada tindakan kita hari ini

Melalui sistem dan juga kelebihan bisnes Shaklee, seluruh bonus bulanan dan juga kumpulan yang telah dibina akan disalurkan kepada anak-anak sekiranya saya meninggal kelak.

9.Produk Yang Terbukti Berkesan

Produk yang ditawarkan juga ada kajian keberkesanan.Tak banyak syarikat yang sanggup laburkan sejumlah wang yang besar untuk jalankan kajian semata-mata. Tetapi Shaklee adalah syarikat yang telus dan mementingkan keselamatan untuk pengguna dan alam sekitar. Jadi, kajian keberkesanan dibuat tanpa kompromi.

Ujian Saringan Bahan Pencemar

Untuk pastikan keselamatan setiap bahan, Shaklee juga buat saringan ujian terhadap lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan kekotoran pada setiap ramuan botani yang digunakan untuk hasilkan satu produk Shaklee.

Dalam setiap produk Shaklee, semua bahan-bahan yang digunakan akan melalui 350 ujian saringan untuk memastikan ia selamat dan bebas dari bahan-bahan berbahaya dan bahan pencemar.

Bertindak Sekarang

Mulakan dengan menjadi dan daftarkan diri sebagai ahli Shaklee bersama TBS Wellness, dan nikmatilah banyak peluang yang terbentang di depan mata.

Pilih untuk bersama kami dalam keluarga besar Shaklee

Mulakan langkah pertama hari ini, insyaALLAH kita akan sama-sama mendaki ke puncak!

Nina Salleh| Empowering moms