MiPernah tak hadap keadaan di mana hati sesak, dada terbakar, dan perut penuh rasa tidak selesa selepas seharian menguruskan keluarga? Kadang-kadang, kita anggap kesakitan itu hanya pedih ulu hati biasa, tapi sebenarnya ia mungkin lebih dari itu.
Ia boleh menjadi tanda badan kita memberi isyarat tentang tekanan, keletihan mental, dan ketidakseimbangan usus yang sudah lama kita abaikan.
Sebagai ibu, kita sering kali mengabaikan keperluan diri sendiri, berfikiran ‘asal sihat sudah cukup untuk urus keluarga’ sedangkan tanpa disedari, masalah kecil ini boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Antara Bebanan, Tekanan dan Kesihatan
Perkongsian kali ini saya nak bagi nampak kaitan antara GERD, gastritis, dan masalah mental terutama anxiety. Bagaimana tekanan mental yang kita pendam setiap hari boleh menyebabkan masalah perut yang berpanjangan (dan vice versa)
Dan yang lebih penting, kita akan faham betapa penting keseimbangan usus dan kecukupan nutrisi yang akan membantu membaiki keadaan ini dan mengembalikan tenaga serta ketenangan hati.
Bukan semata-mata penat yang tidak lagi tertanggung dalam memastikan urusan keluarga sentiasa lancar, bukan juga sekadar bebanan yang sudah lama disimpan umpama empangan menanti pecah, tetapi ini adalah tentang keseimbangan antara usus dan mental yang perlu diselesaikan.
Jangan biarkan masalah ini berterusan tanpa diatasi. Jangan juga menormalisasikan perkara ini. Kerana, ibu yang sihat adalah ibu yang bahagia.
GERD, Gastritis dan Anxiety
Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) keadaan di mana asid dari perut naik ke esofagus, menyebabkan rasa terbakar yang biasa kita sebut pedih ulu hati.
Ia sering berlaku selepas makan, terutama makanan pedas, berlemak, atau jika tidur dalam posisi yang tidak sesuai. Jika tidak dirawat, GERD boleh menyebabkan komplikasi serius seperti keradangan esofagus, parut, dan dalam kes yang serius, barah esofagus.
Gastrik atau gastritis pula adalah keradangan lapisan perut akibat jangkitan bakteria H. pylori, pengambilan ubat tahan sakit dalam jangka panjang, atau faktor gaya hidup tidak sihat. Gejala termasuk sakit perut, kembung, mual, muntah dan hilang selera makan.
Walaupun kedua-dua keadaan ini melibatkan asid perut, GERD lebih serius, kerana ia melibatkan gangguan pada otot yang sepatutnya menutup laluan antara perut dan esofagus.
Biasanya, gejala untuk kedua-duanya sering kali sama dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa yang berpanjangan.
Bagi ibu-ibu yang sibuk menguruskan keluarga, ketidakselesaan ini boleh menjejaskan kualiti hidup dan menimbulkan tekanan yang bertambah.
Kaitan antara GERD, Gastritis dan Anxiety
Walaupun pelik, tapi memang banyak kajian menunjukkan hubungan rapat antara tekanan mental dan masalah pencernaan seperti GERD dan gastritis.
Bila badan hadap tekanan, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut secara semula jadi. Anxiety juga boleh mengganggu fungsi sistem pencernaan, menyebabkan peristalsis terganggu dan menimbulkan gejala seperti rasa pedih ulu hati dan sakit perut.
Buat ibu-ibu, keadaan ini amat relatable dengan kita kerana:
- Tekanan emosi dan fizikal: Menguruskan anak-anak, rumah tangga, dan kerja sering menimbulkan stress dan anxiety.
- Kurang tidur: Bayi yang perlu disusukan atau bangun malam meningkatkan tahap stress, menjadikan tubuh lebih cenderung kepada masalah pencernaan.
- Kebimbangan berlebihan: Rasa risau tentang kesihatan diri, anak-anak, dan masa depan keluarga boleh menimbulkan gejala fizikal, termasuk GERD dan gastritis.
Ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah ini mungkin merasa takut dan risau, gejala ini akan beri tanda penyakit serius.
Ketakutan dan anxiety yang tidak terkawal boleh memperburuk lagi keadaan, mengulangi kitaran “tekanan dan gejala” yang tidak berkesudahan.
Antara gejala yang biasa dialami:
- Rasa pedih di bahagian ulu hati
- Perut kembung, rasa penuh walaupun makan sikit
- Loya dan kadang-kadang muntah
- Masam atau pahit di mulut, terutama waktu pagi
- Sendawa berulang kali
- Gangguan tidur kerana asid naik bila berbaring
- Letih dan lesu sepanjang hari
Bila dibiarkan berterusan tanpa rawatan atau perubahan gaya hidup, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.
Kenapa ibu-ibu mudah kena GERD Gastritis dan Anxiety?
Dalam fasa selepas bersalin, ramai wanita alami perubahan hormon, emosi yang tak stabil, waktu makan yang berterabur dan tidur yang sangat tidak mencukupi. Semua ini boleh jadi pencetus utama masalah gastrik dan GERD.
Bila kita menyusu, kita perlukan lebih tenaga. Tapi kadang-kadang, kita sibuk urus anak sampai tak sempat makan. Perut jadi kosong terlalu lama dan asid terkumpul.
Lama-lama, mula rasa pedih, loya dan perut mula ‘berbunyi’.
Kalau tak dirawat, apa boleh jadi?
GERD yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada esofagus, luka kronik (ulser), dan dalam kes yang jarang tapi serius iaitu risiko barah esofagus.
Gastrik pula boleh jadi lebih teruk, sampai tahap berlaku pendarahan dalam perut.
Sebab tu, penting untuk kita ambil langkah awal. Jangan tunggu simptom jadi kritikal baru nak bertindak.
Cara kawal secara semulajadi
Dengan kombinasi gaya hidup, pemakanan yang betul dan sokongan nutrisi yang betul, ramai pesakit GERD dan gastritis dah dapat rasa lega & sihat semula.
Beberapa tip yang boleh dimulakan hari ini untuk kurangkan gejala GERD gastritis dan anxiety:
- Makan ikut waktu, jangan skip walau sesibuk mana pun
- Elakkan baring terus lepas makan, dan tunggu sekurang-kurangnya 2 jam
- Kurangkan makanan pedas, berasid dan berminyak
- Gantikan minuman berkafein dengan air kosong, sebaiknya minum air mineral semulajadi
- Amalkan teknik relaksasi seperti deep breathing, journaling atau zikir untuk kawal stres
- Suplemen yang sesuai untuk lindungi lapisan perut & bantu neutralkan asid
Suplemen yang bantu pulihkan dari dalam
Kesihatan perut bukan perkara kecil. Ia sangat mempengaruhi tenaga harian, emosi, malah hubungan kita dengan orang tersayang.
Gastrik dan GERD bukan sekadar ‘tak jaga makan’, ia berkait rapat dengan cara hidup, tekanan emosi dan apa yang kita beri pada tubuh kita setiap hari.
Tak kurang betapa penting untuk lengkapkan nutrisi. Dapatkan gabungan vitamin untuk baiki usus di sini.
Jika sedang bergelut dengan gejala yang saya kongsikan tadi, saya sedia bantu untuk cari solusi bagi kesihatan yang lebih baik.
Jangan tunggu simptom jadi makin teruk baru bertindak.
Nina Salleh | Coach Diet dan Pemakanan