Diet & Kesihatan Wanita

Kerap Kentut dan Sendawa, Bukan Angin Biasa

Sekejap kentut, sekejap sendawa, pernah tak alami situasi macam ni dan sampai sekarang masih lagi belum jumpa solusi. Banyak kali pergi berurut, ini biasa kan. Ada juga yang salahkan waktu berpantang dulu tak jaga elok-elok.

Kesian ibu-ibu yang bersalin bertarung nyawa, sudah la dapat masalah kesihatan baru, ditambah dengan gaslighting tak berpantang dengan betul pula tu.

Bahaya Kerap Kentut dan Sendawa

Kentut berkali-kali dalam sejam, atau sendawa berulang walaupun belum makan banyak. Disertai dengan perut kembung dan rasa sesak dada sampai susah nak fokus kerja.

Salah makan boleh jadi masalah besar

Ini bukan perkara yang boleh diabaikan, ini sebenarnya signal yang badan berikan tanda ada permasalahan dalaman. 

Ramai anggap ini masalah kecil. Tapi sebenarnya, bahaya kentut dan sendawa ni mungkin petanda awal gangguan pencernaan seperti gastrik, GERD atau ketidakseimbangan usus. Dan lebih penting, ia juga ada kaitan dengan emosi & anxiety tau.

Tak sedikit juga ibu-ibu selepas bersalin yang dikatakan meroyan, itu pun ada kaitan dengan masalah angin dalam badan ni.

Fahami Proses Kentut dan Sendawa

Sebelum tu, kita fahamkan dulu macam mana proses berlaku kentut dan sendawa ni. Kentut terjadi apabila gas dalam usus kita dikeluarkan melalui rektum. Kadang-kadang, ia boleh jadi sangat memalukan, terutama di tempat awam kan.

Makanan perlun elak

Sendawa pula berlaku apabila udara terperangkap dalam perut kita dan dikeluarkan melalui mulut. Betul, kedua-duanya adalah sebahagian daripada proses semulajadi tubuh kita.  Namun kalau berlaku dengan terlalu kerap, ia petanda tubuh badan kita sedang dalam bahaya.

Punca Kentut & Sendawa Berlebihan

Secara semulajadi, badan kita hasilkan gas semasa proses pencernaan. Tapi bila gas terlalu banyak atau terperangkap, ia boleh sebabkan:

Dari hanya kerap kentut dan sendawa membawa kepada anxiety dan panic attack

Punca utama termasuk:

Gut-Brain Connection: Bila Perut Tak Sihat, Emosi Pun Terganggu

Usus atau perut ialah otak kedua kita tau. Memang banyak kajian sains moden yang membuktikan hubungan antara usus dan otak yang dikenali sebagai gut-brain axis.

Kalau nak fahamkan perkara ni, senang tengok masa kita lapar. Waktu tu memang emosi akan membuak-buak. Cepat marah dan sebagainya.

Reaksi spontan tubuh badan apabila kita dalam keadaan cemas atau stres (fight or flight response):

Ini semua boleh mencetuskan pengumpulan angin dalam sistem pencernaan, walaupun kita mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kesan paling ketara yang boleh berlaku:

Bila Perlu Ambil Serius?

Cara makan untuk pulihkan GERD Gastritis dan Anxiety

Bila gejala ini berlaku secara berlebihan dan kerap seperti:

Ini antara tanda badan kita perlukan bantuan. Jika dibiarkan, ia boleh jadi masalah yang lebih besar yang akan mengganggu rutin harian, tenaga, malah menjejaskan kesihatan mental.

Cara Kawal Angin & Emosi Secara Semulajadi

Antara langkah-langkah yang boleh bantu stabilkan sistem pencernaan dan emosi:

1. Ubah cara makan

2. Kawal tekanan emosi

3. Amalkan suplemen semulajadi yang bantu stabilkan perut & saraf

Ini antara suplemen yang saya akan cadangangkan kepada mereka yang nak baik pulih usus supaya gejala GERD, gastritis dan anxiety boleh dikurangkan.

B-Complex

Ostenutrix(Kalsium + Magnesium + Vitamin D+Zink)

Herblax

Res-V

Vitamin E

Jaga Perut, Jaga Emosi

Bahaya bila kentut dan sendawa berlebihan sebab ia mungkin petanda ada yang perlu dibaiki dari dalaman badan.

Badan kita tak pernah menipu. Kita saja mungkin terleka. Jadi bila ia bagi rasa tak selesa, itu petanda kita perlu buat sesuatu.

Dengan pemakanan seimbang, pengurusan emosi dan sokongan nutrisi semulajadi, kita boleh bantu badan kembali stabil dan hidup dengan lebih tenang.

Jika selalu alami:

Percayalah, hari ini mungkin baru rasa kentut dan sendawa, tapi kalau diabaikan ia boleh jadi 20 signal yang akan menanti. Bila perut tenang, jiwa pun lapang. Kalau nak guide untuk betulkan pemakanan dan pulihkan usus secara intensif, boleh hubungi saya di sini untuk sertai kelas baiki sistem perut.

Nina Salleh | Coach Diet & Pemakanan