Coach Diet FBM & GGA

Cara Hilangkan Demam Dengan Cepat

Saya ni antara orang yang sangat susah demam. Seingat saya kali terakhir demam ialah waktu kena jangkitan Covid-19 tahun 2021, dan sebelum itu waktu mengandung anak ke-3 tahun 2017.

Kenangan ketika saringan Covid-19

Kalau demam, memang menggigil, sakit badan dan tak selesa yang tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. Sangat menyeksakan. Memang tak boleh nak bayangkan macam mana orang yang kerap demam hadapi dugaan bila ‘demam’ ni. Yang saya tahu bila demam ni, kita cuma nak hilangkan demam dengan cepat dan nak kembali sihat seperti biasa.

Apa Sebab Demam Berlaku?

Demam ialah signal dari badan

Sebenarnya demam ialah tanda badan sedang alami ‘masalah’ atau keradangan. Ia adalah tindak balas biasa tubuh terhadap pelbagai keadaan dan kebiasaannya berlaku apabila suhu badan meningkat melebihi 37°C.

Tindak balas yang menandakan bahawa badan kita sedang berusaha melawan ancaman yang dirasakannya.

Ini antara sebab demam boleh berlaku.

1. Jangkitan

Ini merupakan punca paling biasa di sebalik kejadian demam. Jangkitan boleh disebabkan oleh bakteria, virus, kulat, atau parasit.

Anak kecil mudah terkena jangkitan

Contohnya, selesema biasa, influenza, demam denggi dan pneumonia semuanya boleh menyebabkan demam. Tubuh akan meningkatkan suhu untuk memperlahankan pembiakan ‘anasir luar’ ini dan meningkatkan kecekapan sistem imun dalam membasminya.

2. Penyakit radang

Beberapa penyakit autoimun dan radang seperti artritis reumatoid atau lupus juga boleh mencetuskan demam.

Radang penyebab demam

Dalam keadaan ini, sistem imun menyerang tisu-tisu sihat, menyebabkan keradangan dan peningkatan suhu badan sebagai sebahagian daripada tindak balas imun badan.

3. Penyakit kronik dan keadaan lain

Penyakit seperti kanser, termasuk leukemia dan limfoma, kadang-kadang boleh menyebabkan demam. Demam yang memberi signal pertumbuhan tumor atau tindak balas badan terhadap sel-sel yang tidak normal.

4. Ubat-ubatan dan vaksinasi

Sesetengah ubat, seperti antibiotik dan ubat tekanan darah, boleh menyebabkan demam sebagai kesan sampingan. Selain itu, vaksinasi juga boleh menyebabkan demam ringan sebagai sebahagian daripada tindak balas sistem pertahanan badan.

5. Keadaan persekitaran dan tubuh

Demam juga mungkin berlaku disebabkan oleh keadaan persekitaran seperti cuaca yang panas menyebabkan suhu badan meningkat (demam). Tubuh yang terdedah dengan cuaca yang panas secara berpanjangan akan kehilangan keupayaan untuk menyejukkan diri.

6. Gangguan metabolik

Keadaan seperti hipertiroidisme, di mana kelenjar tiroid terlalu aktif, boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan demam.

Walaupun kebiasaannya tidak berbahaya, terutamanya jika tidak terlalu tinggi atau berpanjangan, demam ialah tanda badan perlukan perhatian untuk menentukan punca utamanya dan mencegah komplikasi yang mungkin terjadi. Jangan ambil mudah dengan ‘demam’ ya.

Cara Hilangkan Demam Dengan Berkesan

Untuk hilangkan demam dengan cepat kita perlu mengurangkan gejala dan mempercepatkan proses pemulihan.

Beberapa cara yang boleh dilakukan kepada diri sendiri atau ahli keluarga sekiranya demam.

1. Minum air secukupnya

Waktu sihat ni senang je nak cakap minum air dengan cukup, tapi bila demam, Allah saja tahu bahawa air tu tak lalu nak telan. rasa pahit dan payau ada belaka.

Minuman penyelamat waktu anak kedua demam denggi kritikal

Tapi kalau badan kurang air, ia akan sebabkan lebih banyak bahaya. Ia akan merosakkan sel. Jadi alternatif kepada air kosong, boleh minum Performance Drink Shaklee. Minuman ni bantu kekalkan air dalam badan dan kurangkan dehidrasi dan haus melampau.

2. Rehat yang Mencukupi

Tubuh memerlukan tenaga untuk melawan jangkitan, jadi penting untuk mendapat rehat secukupnya. Tidur dan rehat yang cukup membantu meningkatkan fungsi sistem imun dan mempercepatkan pemulihan.

3. Pakaian Sesuai dan Suhu Bilik

Pakai pakaian yang ringan dan selesa. Gunakan kipas atau pendingin hawa untuk mengekalkan suhu bilik yang sejuk tetapi selesa, mengelakkan terlalu panas yang boleh memburukkan demam.

Nutriferon untuk kuatkan ketahanan badan

4. Jerlum dengan Air

Letakkan tuala lembap yang sejuk di dahi, leher, atau pergelangan tangan untuk membantu menyejukkan badan. Ini boleh memberikan kelegaan sementara daripada kepanasan.

5. Ubat Turunkan Demam

Ubat seperti paracetamol atau ibuprofen boleh membantu menurunkan demam dan melegakan ketidakselesaan. Pastikan untuk ambil mengikut dos yang bersesuain dan dapatkan nasihat doktor jika perlu, terutamanya jika demam berlanjutan selama 3 hari.

‘Ubat’ yang saya selesa untuk makan

6. Vitamin Untuk Kuatkan Badan

Walaupun mungkin akan alami kurang selera makan, cuba makan makanan yang ringan dan bernutrisi seperti sup, yogurt dan protein untuk memberi tubuh tenaga yang diperlukan untuk melawan jangkitan.

Waktu demam memang tak berselera, ini antara menu boleh bantu beri tenaga

Tekan link untuk dapatkan vitamin untuk kuatkan ketahanan badan dari Nina Salleh, Pengedar Shaklee Yang Sah.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang