Gejala hipermetabolik tirotoksikosis (thyrotoxicosis) ialah salah satu ketidaknormalan yang ditunjukkan oleh tubuh badan akibat daripada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan (hyperthyroidism).
Antara gejala yang boleh terjadi akibat hormon tiroid yang terlebih ialah jantung akan berdegup dengan sangat laju, selera makan bertambah, berat badan susut dan tidak tahan panas. Masalah kesihatan yang boleh terjadi juga seperti Graves Disease dan Plummer Disease.
Hormon Tiroid Terlebih Dihasilkan Oleh Kalenjar
Hormon tiroid terdiri daripada tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3) dihasilkan oleh kelenjar tiroid, iaitu kelenjar kecil berbentuk kupu-kupu yang terletak pada bagian pangkal leher.
Hormon tiroid memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh badan terutama untuk fungsi metabolik. Fungi utama hormon tiroid ialah untuk mengawalselia kadar metabolisma badan, iaitu proses di mana badan menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga.
Jadi, apabila hormon tiroid tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan keseluruhan sistem badan.
Fungsi Kalenjar Tiroid
Sebagai salah satu kalenjar endokrin, tiroid menghasilkan beberapa jenis hormon iaitu:
1) Thyroxine (T4) :
Hormon utama yang dihasilkan oleh kalenjar tiroid. Namun, hormon ini tidak memberi impak yang banyak terhadap kadar metabolisma badan. Apabila ia merembeskan hormon T4 ke salur darah, ia akan ditukar kepada T3 dengan mudah melalui proses deiodinisasi.
2) Triiodothyronine (T3):
Walaupun dihasilkan dengan sedikit berbading T4, hormon T3 memberi impak lebih besar untuk metabolisma badan.
3) Reverse triiodothyronine (RT3):
Kalenjar tiroid menghasilkan hormon ini dalam jumlah yang sedikit untuk membalikkan fungsi T3.
4) Calcitonin:
Hormon ini membantu regulasi calcium dalam darah.
Hormon tiroid memainkan peranan penting untuk mengatur dan mengawalselia:
- Metabolisma badan
- Kadar degupan jantung
- Pernafasan
- Pencernaan
- Suhu badan
- Perkembangan otak
- Aktiviti mental
- Kulit dan Tulang
- Kesuburan
5 Makanan Perlu Elak untuk Masalah Hormon Tiroid Terlebih
Ada banyak perkara yang boleh diubah melalui kesihatan usus termasuk hormon tiroid terlebih. Pemakanan akan meningkatkan stres pada usus, keradangan kronik dan kecelaruan hormon tiroid.
1.Gula (refined)
Gula yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan rintangan insulin dan kenaikan berat badan.
Kecelaruan pada hormon tiroid (lebih atau kurang) dikaitkan dengan rintangan insulin. Elakkan makan gula untuk kurangkan rintangan insulin yang boleh menyebabkan kecelaruan hormon tiroid.
2.Gluten
Gluten akan menyebabkan kebocoran pada usus. Ia perlu dielakkan bagi mereka yang ada masalah hormon tiroid. Untuk mengelakkan keadaan lebih teruk, elakkan pengambilan gluten.
3.Tenusu
Lactose intolerance iaitu mereka yang tidak dapat mengawal gula laktosa dalam susu. Kajian pada pesakit Hashimoto’s (autoimun pada kalenjar tiroid) menunjukkan penurunan pada thyroid stimulating hormon (TSH).
4.Lemak TRANS
Pesakit Hormon Tiroid Terlebih Selepas Diet FBM
Cerita dan pengalaman seorang isteri kepada penderita tirotoksikosis.
“Doktor cakap thyroid saya dah normal”
Bacaan T4 dari 97, ke 41 dan sekarang dah turun ke 12. MasyaAllah.
Masa bacaan T4 97, degup jantung macam ribut. Baring terlentang pun boleh nampak dada berombak kesan dari kuatnya degupan jantung. Pada keadaan rehat, degupan jantungnya seolah-olah sedang lari pecut 400m.
Tangan pulak menggeletar dah macam ada penyakit Parkinson’s. Masa hyperthyroid teruk, berat turun sampai nampak tulang. Seharian hanya tidur sebab lemau tak cukup tenaga.
Dari situ mula bagi amalkan polifenol, vitamin B, selenium, vitamin C, magnesium dan omega -3.
Dia mula ikut pemakanan dan diet FBM sebagai ikhtiar untuk normalkan bacaan hormon tiroid.
Syukur Alhamdulillah, hasil daripada ikut cadangan makanan diet FBM, bacaan hormon tiroid tunjukkan tambah baik. Begitu cerita benar dari seorang yang sudah ubah pemakanan dengan ikut formula diet FBM.
Nak perbaiki tahap kesihatan denganj ubah pemakanan jom daftar untuk join Diet FBM.
Nina Salleh | Coach Diet FBM