Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Kelebihan Collagen Plus Powder Shaklee

Selain dikelaskan sebagai supplement kesihatan, banyak kelebihan yang ada pada Collagen Plus Powder Shaklee. Ia ada collagen supplement yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pilih collagen yang diluluskan oleh KKM

Kelebihan Collagen Plus Powder Shaklee

1. Sumber ikan laut

Collagen Plus Powder Shaklee diperbuat daripada 100% sumber laut iaitu ikan merah yang tidak mengalami modifikasi genetik (non GMO). Ikan merah ialah ikan air dalam yang ditangkap dari lautan dalam.

Kolagen ikan merah tahan tekanan kuat

Ikan merah telah dijumpai oleh saintis Jepun dan didapati ia mampu hidup pada kedalaman 5000 meter. Kedalaman itu tidak mampu dicapai oleh manusia. Ini membuktikan bahawa badan ikan merah tersebut tahan dengan tekanan yang tinggi.

Oleh kerana tahan lasak dan tinggi dengan kolagen, ia diambil sebagai sumber utama Collagen Plus Powder Shaklee.

2. Kepekatan kolagen yang tinggi

Secara amnya, untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang baik badan memerlukan 1000 hingga 5000 mg kolagen setiap hari.

Collagen peptide dengan kepekatan 4000 mg

Collagen Plus Powder Shaklee mengandungi 4,000mg proprietari kolagen sisik ikan merah. Disebabkan itulah kesan pengambilan kolagen dapat dilihat seawal 2 minggu.

3. Saiz molekul

Saiz sangat penting untuk memastikan kolagem dapat diserap dengan optimum. Untuk penyerapan yang optimum pada usus kecil, saiz molekul hendaklah tidak melebihi 1000 dalton.

Saiz yang kecil mudahkan penyerapan

Collagen Plus Powder Shaklee dengan saiz molekul 1000 dalton yang menjadikan ia mudah diserap oleh usus kecil.

4. Diperkaya dengan Vitamin

Bahan yang diperlukan untuk suplemen kolagen seperti vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit.

Collagen Plus Powder Shaklee diperkaya dengan vitamin B dan vitamin C. Vitamin C membantu dan menggalakkan penghasilan kolagen. Ia juga membantu untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen.

Kesan pengambilan Collagen Plus Powder Shaklee untuk kulit

Vitamin B iaitu vitamin B2 dan B6 dalam Collagen Plus Powder Shaklee akan menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga. Tenaga tersebut akan digunakan oleh badan untuk membina kolagen.

5. Terbukti berkesan

Pilih suplemen kolagen yang dibuktikan berkesan dengan kajian sains. Supaya pengambilannya memberikan kesan untuk kesihatan.

Kajian membuktikan mereka akan memberikan kulit yang tegang serta lebih anjal sehingga 55% selepas pengambilan kolagen sisik ikan.

Saya pengguna tegar Collagen Plus Powder Shaklee

Banyak kolagen yang ada di pasaran namun Collagen Plus Powder dari Shaklee antara yang menepati ciri-ciri kolagen yang terbukti dengan kajian sains dapat beri manfaat untuk kesihatan.

5 Keperluan Mengambil Suplemen Kolagen untuk Kesihatan

Kolagen dalam badan perlu dikekalkan pada tahap optimum kerana:

1. Komponen utama untuk kulit tegang

Kolagen ialah protein penting dalam badan iaitu sebanyak 30%. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat.

Kolagen berkurang dengan peningkatan umur

Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk peningkatan umur boleh menyebabkan keanjalan dan ketegangan kulit hilang secara beransur-ansur. Dengan tambahan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian boleh melambatkan proses penuaan pada kulit.

2. Menyokong kesihatan sendi

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi.

Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya
hidup aktif.

3. Rambut dan kuku yang sihat

Badan kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan kulit, rambut serta kuku.
Dengan gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala.

Kuku rapuh punca kolagen berkurang

Selain itu, ia membina semula struktur asas kuku supaya tumbuh sihat. Kolagen yang mencukupi memberikan rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4. Penghasilan kolagen berkurang setiap tahun

Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya.

Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang kita untuk kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mulakan pengambilan kolagen hari ini.

5. Kerosakan kolagen berlaku setiap hari

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar ultraviolet (UV) menghasilkan radikal bebas di bawah kulit. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan termasuk pada kolagen.

Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah yang menyebabkan penuaan pramatang.

Walaupun tidak boleh mengelak daripada pencemaran dan pendedahan kepada sinar UV, kita masih boleh mengekalkan kolagen di paras yang optimum untuk kulit yang sihat dan muda melalui pengambilan harian kolagen.

Cara Minum Collagen Plus Powder Shaklee

Seeloknya suplemen kolagen diambil sebelum makan untuk memudahkan penyerapan. Collagen plus powder Shaklee dalam bentuk serbuk yang mudah dibawa ke mana-mana. Ia dipek secara individu untuk setiap kali pengambilan.

Serbuk kolagen yang mudah dibawa ke mana-mana

Selain dari bancuh dengan air kosong, Collagen Plus Powder Shaklee boleh diambil bersama:

Dan minuman lain yang tidak terlalu panas bagi mengelakkan kerosakan pada struktur protein kolagen.

Pemilihan suplemen kolagen yang terbaik adalah yang mempunyai ciri-ciri di atas. Mulakan pengambilan kolagen hari ini untuk kesihatan yang lebih baik.

Order Collagen Plus Powder Shaklee di sini sekarang.

Collagen plus powder Shaklee

Lihat banyak lagi review Collagen Plus Powder Shaklee di sini.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang