Coach Diet FBM & GGA

Mitos Tentang Kira Kalori Turunkan Berat Badan

Tak sangka ramai yang terkejut bila tahu ada diet kurus mudah macam Fat Burning Machine (FBM) . Ye lah sebelum ni banyak yang ajar cara kira kalori untuk kurus je.

Cara tu pun boleh. Tapi cara FBM ni kita tak perlu catat apa yang dimakan dan kira kalori, namun berat tetap boleh turun dengan sangat baik.

Kena tahu berapa kalori setiap apa kita makan

Bulan ni, ramai antara yang jadi protege untuk diet FBM ialah di kalangan mereka yang sudah penat kira kalori dan muak sebab setiap hari kena makan menu yang hampir sama, tetapi tidak dengan diet FBM.

Disebabkan belajar ilmu kurus dengan diet FBM, ia buat kami faham bahawa tak semua kalori adalah sama.

Mitos Tentang Kira Kalori Untuk Kurus

Kalau faham tentang kalori ini, kita akan tahu kenapa ia bukan sekadar angka pada kalkulator kalori yang akan buat berat badan turun. Dalam erti kata lain, formula kurus guna calorie in less than calorie out tidak boleh dipakai secara menyeluruh.

Walaupun cara kira kalori untuk kurus ni nampak lebih ringkas dan masuk akal, serta bertepatan dengan matematik biasa, namun sistem tubuh badan manusia ni Allah swt ciptakan dengan sangat kompleks.

Kalau ikut kalori, lebih baik minum coke ya?

Cara kira kalori untuk kurus ialah dengan jumlahkan keseluruhan kalori yang diambil pada hari tersebut. Jumlah kalori yang dimakan pula tidak boleh melebihi keperluan kalori harian.

Tak Semua Kalori Adalah Sama

Bayangkan kalori dalam 750 gram brokoli dan 750 gram minuman bergas. Kandungan air bergas pula hampir 100% dihasilkan daripada gula. Brokoli pula terdiri daripada karbohidrat serta tinggi dengan serat.

Kalau makan itu mengikut kalori…

Jika minum air bergas, ia masuk terus ke perut. Bila sampai di usus, gula dalam bentuk fruktosa dan glukosa dalam minuman tersebut akan diserap dengan cepat.

Glukosa akan naikkan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan “domino effect” terhadap paras insulin. Insulin tinggi dan boleh alami kerintangan yang akan menyebabkan banyak penyakit metabolik.

Kalori yang sama tidak beri kesan sama pada tubuh badan.

Berbeza dengan brokoli yang juga tinggi serat dan vitamin, walaupun karbohidrat akan ditukar kepada gula, ia akan dihadam secara perlahan-lahan. Jadi ia tidak akan menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Jadi, memakan brokoli tidak menyebabkan paras insulin naik dengan mendadak.

Kesan Tubuh Badan Walau Kalori Sama

Antara 750 kalori brokoli dan 750 kalori minuman bergas, impak pada kesihatan sangat besar. Sebab itu dalam diet FBM, bukan hanya fokus pada turunkan berat, tetapi lebih kepada kesihatan menyeluruh.

Cara kurus dengan kira kalori bukanlah kaedah salah, namun jika silap pilih kalori, akan terjadi masalah seperti:

Begitu banyak impak pada kesihatan bila jumlah kalori yang sama namun pemilihan makanan yang salah.

Diet Tanpa Kira Kalori Untuk Kurus

Tanpa kira kalori, dengan diet FBM bukan saja kurus, sistem dalaman juga dibetulkan. Hasilnya penderita psoriasis kini sudah tak perlu makan ubat setelah diperiksa oleh doktor.

Cara hilangkan psoriasis

Ini antara makanan yang boleh dan sangat digalakkan makan bagi pengamal diet FBM tanpa perlu kira kalori.

Makanan lulus diet FBM

Ini adalah kesan kurus dan hilang perut buncit kepada pengamal diet FBM.

Perut buncit tiada lagi

Walau bagaimanapun, terpulang atas pilihan dan cara masing-masing. Yang penting kita nak sihat luaran dan dalaman. Bukan hanya turun berat semata-mata. Bagi yang berminat nak mulakan diet FBM, boleh terus daftar di sini.

Nina Salleh | Coach Kurus FBM