Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Set Hello New You Shaklee Versi Diri Lebih Baik

Raya pun dah nak habis, tapi jemputan hari raya open house makin banyak pulak hujung-hujung ni eh. Ke korang macam mana? Awal hari tu macam sendu. Sampai saya sembang dengan suami,

“Eh, kita macam dapat jemputan lah tahun ni. Kenapa ek? Tak berkat ke hidup kita ni?” Haha, sembang suami isteri kadang-kadang jadi tak betul. Masa awal hari tu ada juga dapat jemputan tapi kami masih di kampung.

Open house pertama yang kami dapat hadir kot

Untuk hujung Syawwal ni, setakat beberapa hari berbaki ni kami ada 5 jemputan dah. Entah la macam mana nak makan nanti tapi saya nak siapkan diri dengan Set Hello New You Shaklee lah supaya badan ni tak terlalu mengembang dan tak menternak lemak berlebihan ye.

Nak Kembali ke Pangkal Jalan

Biasalah musim raya, ramai yang akan bertangguh “nanti lah turun berat”, yang sebenarnya kalau nak mula balik tu akan jadi lebih susah. Sebab itu saya pilih untuk konsisten setiap hari amalkan Set Hello New You Shaklee supaya dapat jaga momentum untuk kawal berat badan.

Sejak dari bulan puasa, saya kekalkan rutin sama

Set Hello New You adalah sebahagian dari program “Hello New You” yang Shaklee lancarkan. Program ni bertujuan untuk mengajak dan membantu mereka yang inginkan versi diri lebih baik dari segi kesihatan fizikal dan mental.

Ini antara mereka yang berjaya dapat versi diri lebih baik

Ada ramai lagi yang berjaya lakukan transformasi diri dengan bantuan Set Hello New You Shaklee. Kalau mereka boleh, kita pun boleh.

Program ini mudah dan praktikal untuk diikuti. Ia  menggabungkan Set Hello New You Shaklee, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu  menurunkan berat badan dengan berkesan.

Macam biasa kalau Shaklee buat program atau keluarkan vitamin, ia adalah hasil kajian klinikal. Kalau berkesan dan membantu kesihatan lebih baik, barulah dilancarkan termasuk program turun berat badan dengan Set Hello New You ni.

Program Kurus dengan Set Hello New You Shaklee

Program ni memang sesuai untuk mereka yang serius mahu menurukan dan mengekalkan berat badan dengan berkesan, program ini sememangnya untuk anda. Pada penghujung
program pula, kita akan rasa terbiasa untuk pilih makanan yang betul bagi  mengawal
kesihatan anda sendiri.

Kelebihan program Hello New You

Untuk mengikuti program Hello New You, ia perlu bermula dengan pembelian Set Hello New You, dapatkan dari Pengedar Shaklee Ampang.

Pelan Hidangan Pogram Hello New You

Dalam program ini, pengurangan berat badan bukannya daripada kehilangan air dan otot kerana leusina membantu mengurangkan lemak dan ukuran badan sambil mengekalkan jisim badan tanpa lemak serta menggalakkan penurunan berat badan yang sihat daripada kehilangan lemak ini.

Pelan cadangan untuk kurus

Oleh itu, tak perlu risau berat badan naik semula seperti kesan yo-yo. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengekalkan pemakanan yang dipenuhi makanan sihat dan semulajadi serta mengamalkan pinggan sihat.

Penting untuk amalkan protein supaya lemak dapat dikurangkan dan pembinaan otot dalam badan lebih berkesan. Barulah dapat inchloss dan dapat tukar dari saiz L ke S dengaan mudah.

Pengambilan protein akan membantu mengurangkan lemak dan membina otot

 

Syukur sejak konsisten amalkan Set Hello New You ni saya dan suami lebih mudah untuk kekalkan berat badan kami.

Dapat sarung skirt tanpa getah size S ni satu pencapaian baru

Untuk yang serius nak mulakan turun berat dengan program Hello New You berserta kumpulan sokongan, menu cadangan dan dapat pemeriksaan komposisi badan secara percuma, hubungi Pengedar Shaklee Ampang hari ini.

Nina Salleh | Mak anak 4| Kurus dengan Shaklee