Diet & Kesihatan Wanita

Tips Kurus Semula Selepas Raya Untuk Mak-Mak

“Bulan puasa hari tu berat saya turun 6KG tau, tapi sekarang dah naik balik 2KG. Tolong la macam mana ni nak kurus balik selepas raya?”

Ni antara mesej yang saya dapat dari pelanggan dan ada juga kawan-kawan, risau sebab Hari Raya lepas dah terlajak makan. Terus terlupa hasil dan usaha keras nak kurus waktu bulan puasa.

Jaga makan kalau ada geng boleh la jadi penguat semangat

Biasalah waktu ang penuh kegembiraan, berkumpul dengan keluarga, hingga makan berlebihan tanpa sedar. Memang syok la kan. Kita ni sebulan je puasa, tapi gaya dah macam tak dapat makan setahun.

Cara Kurus Selepas Raya

Itulah masalah yang saya selalu hadapi sebelum ni. Setiap kali selepas sebulan berpuasa, memang akan lupa diri dan makan tak ingat dunia. Tapi kini tidak lagi lepas saya belajar macam mana menjaga makan ni boleh mengurangkan risiko penyakit.

1.Matlamat Untuk Capai Berat Badan Ideal

Kita memang nak kurus dan nak dapat berat ideal, tapi lepas dah dapat semua itu, tak bermakna kita boleh kembali kepada gaya hidup lama. Yang lebih penting, kena ada satu matlamat jangka masa panjang.

Kalau sekadar nak kurus untuk pakai baju cantik, nak badan nampak slim elok, lepas dah pakai baju cantik, akhirnya nanti kita semua akan kembali ke berat seberat mata memandang.

Menu raya pun boleh enjoy kalau tahu cara

 

Berbeza bila ada matlamat jangka masa panjang, kita akan ada kesedaran untuk jaga kesihatan demi nak kurangkan risiko penyakit. Terutama untuk kawal keradangan sebelum ia menumbuhkan penyakit.

Alah, kalau nak sakit tu nanti sakit juga“, ha begitu pulak bunyinya. Sebab itu perkara utama ialah jaga mindset. Apa yang kita fikir akan membentuk tindakan kita.

Kalau memang nak menyerah dan fikir kalau dah sakit nanti akan sakit juga, maka makanlah sesuka hatimu (pasrah).

2.Mula dengan Betulkan Pemakanan

Bagi ibu-ibu, mungkin nak dapatkan berat badan ideal ni jadi satu cabaran besar. Bayangkan, kita yang sediakan makanan, kita juga habiskan makanan dalam pinggan anak-anak dengan niat tak mahu membazir.

Paling kena elak dan kurangkan ialah makanan segera dan proses

Itulah juga masalah yang saya hadapi. Tapi bila dah faham, saya cuba ubah. Cukup-cukuplah bagi alasan tak mahu membazir, saya perlu utamakan kesihatan diri sendiri. Kalau saya sakit, nanti akan bagi lagi banyak masalah. Saya mula belajar pemakanan dan ubah daripada kebiasaan, yang betul.

Pemakanan saya cuba buat dan ubah perlahan-lahan, bukan hanya diri saya tetapi suami dan anak-anak juga. Saya sekeluarga sudah mula banyakkan makanan yang begini sejak 3 tahun lalu.

3. Biasakan Yang Betul

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Memang tak mudah. Banyak kebiasaan yang saya buat sebelum ni, rupanya boleh meningkatkan risiko penyakit dan menyukarkan proses nak turun berat badan.

Lebih selesa bawa air sendiri untuk ke mana-mana

Ini antara kebiasaan keluarga kami dan saya ubah perlahan-lahan,

Tapi tak apa, waktu raya, kita mungkin tidak dapat menahan diri untuk menikmati makanan berat atau manis tanpa had. Tetapi untuk kurus semula selepas raya, memang kena paksa diri dan atur semula pola makan kita. We can do this moms!

4. Kawal Pengambilan Gula dan Makanan Manis

Yang ini memang tak dinafikan, dan rasanya tak ada orang yang belum tahu. Cuma itulah, bab execution memang sangat mencabar. Lagi mencabar bila kita tahu, tak semestinya yang tidak manis itu rendah gula.

Roti putih, roti canai, oat dan seangkatan dengannya, tinggi dengan gandum. Walaupun boleh kurus, tapi makanan ni meningkatkan keradangan dan tambah risiko penyakit. Makanan manis seperti kuih raya atau air manis memang susah nak elak waktu raya. Tapi kita boleh ubah dengan bawa bekal air sendiri. Hehe.

Makan tapi kurangkan. Lama-lama nanti boleh elakkan terus

Gula berlebihan dan makanan segera bukan sahaja meningkatkan berat badan, tetapi meningkatkan risiko penyakit jantung dan kencing manis serta kerosakan buah pinggang. Kalau nak kurus selepas raya, nak tak nak kena kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.

Boleh gunakan pemanis alternatif yang tidak beri kesan pada gula dalam darah, seperti stevia atau monk fruit.

5. Senaman Ringan dalam Rutin Harian

Kalau ikutkan kerja seorang ibu ni memang sibuk dan tak berkesudahan. Baik ibu berkerja di luar rumah, atau yang kerja sepenuhnya urus rumahtangga. Beban kerja bukan biasa-biasa.

Luangkan 10 minit pagi, tengahari dan petang untuk cukupkan 30 minit waktu bersenam sudah sangat memadai. Yang penting adalah konsistensi untuk melakukan senaman ringan secara berkala.

Berpeluh buat lebih bahagia

Kita tak perlu buat yang berat-berat pun, cukup dengan senaman yang boleh dilakukan di rumah seperti:

Senaman ini bukan saja membantu meningkatkan metabolisme dan membakar kalori, ia juga membantu meningkatkan mood kita dengan rembesan hormon bahagia bila berpeluh. Bukan sahaja sebab nak kurus selepas raya, tetapi untuk kesejahteraan minda kita.

6. Bantuan Suplemen Shaklee Untuk Bantu Kurus

Bukan apa, kalau boleh buat sendiri, silakanlah. Tapi saya sendiri memang perlu bantuan suplemen dan saya pilih Set Kurus Shaklee. Terutama untuk bantuan kawal selera makan, kawal craving dan bantu penghadaman.

Ini antara yang saya konsisten amalkan setiap hari:

Res-V untuk cepatkan proses turun berat badan

Gabungan suplemen Shaklee dan pemakanan gaya Fat Burning Machine ini dengan diet yang seimbang dan senaman yang konsisten dapat membantu kembali ke berat tubuh ideal lebih cepat dengan cara yang lebih sihat.

7. Cukupkan Tidur dan Kurangkan Stres

Ramai yang tahu tapi jarang yang dapat buat perkara penting ni. Tanpa tidur yang cukup, badan kita akan menghasilkan hormon yang menyebabkan kita merasa lebih lapar dan lebih terdedah kepada makan berlebihan.

Jadi pastikan kita cukupkan 7-8 jam tidur setiap malam untuk membantu proses pemulihan tubuh dan menstabilkan hormon.

Selain itu, amalkan teknik pengurusan stres. Stres yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah, jadi jangan abaikan kesihatan emosi kita.

Kalau Ibu-ibu ada cara terbaik yang berkesan untuk kembali sihat selepas Raya, silakan kongsi pengalaman dan tips di komen. Mudahan yang baca akan dapat manfaat.

Nina Salleh | Diet & Kesihatan Ibu