Bagi umat Islam, berpuasa ialah salah satu rukun yang wajib diikuti, ia adalah salah satu dari rukun Islam. Puasa bukan saja mendidik diri dan jiwa untuk bersabar menahan nafsu semata.
Ada banyak manfaat puasa Ramadan untuk kesihatan tubuh badan. Dengan era teknologi serta zaman berubah, ilmu pengetahuan juga jadi lebih tersebar meluas, kini puasa menjadi sebahagian daripada pelbagai budaya di seluruh dunia.
Dengan istilah seperti wet fasting iaitu intermittent fasting dan dry fasting, tanpa makan mahupun minum, bukan orang Islam yang berpuasa disebabkan manfaat puasa untuk kesihatan badan yang telah dibuktikan dan diperakui juga oleh orang bukan Islam.
Erti Puasa Dari Segi Bahasa
Berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan.
Melaras Semula Sistem Badan
Banyak hikmah dan manfaat puasa untuk kesihatan badan secara rohani dan jasmani antaranya ialah:
- Kembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat ke dalam kehidupan.
- Belajar cara menguruskan tabiat makan
- Meningkatkan kawalan dan disiplin diri
Apa yang berlaku kepada badan apabila berpuasa
Bukan saja-saja Allah swt menyuruh kita berpuasa, pasti ada hikmah dan manfaat puasa untuk kesihatan badan. Bayangkan dalam masa setahun, setiap hari tubuh perlu berkerja kuat untuk memproses makanan dalam badan setiap hari.
Tak cukup dengan itu, sistem pencernaan juga tak pernah berehat. Sebaik celik mata waktu pagi kita akan terus makan kemudian sebelum pejam mata untuk tidur pun akan makan lagi dan lagi.
Sistem pencernaan badan juga akan berkerja waktu kita tidur. Jadi, sepanjang bulan Ramadan inilah kita akan rehatkan sistem pencernaan dan juga servis organ lain dalam tubuh badan.
Selepas 4-8 jam
- Paras gula dalam darah menurun
- Semua makanan di dalam perut sudah dicerna
- Insulin tidak lagi dihasilkan
Selepas 12 jam
- Makanan yang diambil telah dibakar
- Sistem pencernaan berehat
- Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) untuk penghasilan dan regenerasi sel mula meningkat
- Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah
Selepas 14 jam
- Lemak yang disimpan ditukarkan kepada tenaga
- Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH)
Selepas 16 jam
- Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak
Manfaat Puasa Untuk Kesihatan Tubuh Badan
1.Rasa Lebih Ringan dan Segar
Badan menggunakan tenaga untuk menjalankan proses detoksifikasi dan lebih banyak tenaga diperlukan untuk mencerna makanan. Apabila badan tidak mencernakan makanan, ia akan dapat memfokuskan tenaganya kepada proses penyingkiran toksin dan penyembuhan.
2.Urus Berat Badan Secara Sihat
Berpuasa akan melatih badan untuk membakar lemak bagi mendapatkan tenaga. Bahkan, ia juga boleh memberi manfaat kepada mekanisma penurunan berat badan secara semulajadi dengan mengaktifkan mod pembakaran lemak dalam tubuh badan.
3.Meningkatkan Tahap Tenaga
Apabila badan mula membakar lemak dan bukan glukosa, ia akan membekalkan tenaga kepada otak dan badan. Berpuasa juga akan meningkatkan paras Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) yang akan meningkatkan tenaga.
4.Menggalakkan Kesihatan Minda dan Fokus
Berpuasa meningkatkan paras hormon otak yang menyokong perhubungan sel-sel otak dan pertumbuhan neuron baharu. Seterusnya, ia akan meningkatkan keupayaan pembelajaran, daya ingatan yang lebih baik dan fungsi otak
5.Boleh Membantu Mengekalkan Tahap Gula dalam Darah Yang Sihat
Ketika berpuasa, tiada glukosa baru yang akan dibekalkan kepada tubuh badan . Jadi, badan tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggunakan glukosa yang tersimpan dan secara langsung akan mengekalkan paras glukosa dalam darah.
6.Boleh Menyokong Kesihatan Jantung
Berpuasa telah dibuktikan baik untuk kesihatan jantung kerana dapat membantu menyokong tekanan darah, paras kolesterol dan trigliserida yang sihat.
7.Menyokong Tindak Balas Keradangan Badan
Berpuasa membantu merehatkan tubuh badan. Jadi, tenaga badan akan lebih difokuskan untuk melupuskan sel-sel lama yang rosak dan menjalankan proses pemulihan. Kemudian, tindak balas antikeradangan semulajadi badan dapat ditingkatkan.
Suplemen untuk Puasa Ramadan Bertenaga
Keadaan berpuasa tanpa makan dan minum akan meberikan kesan adjust semula pada tubuh badan. Kalau kereta perlu diservis selepas berapa ribu kilometer, badan juga perlu di dinyahtoksin, setidaknya setahun sekali pada bulan puasa.
Namun, pada fasa tersebut, tubuh badan mungkin akan alami ketidakselesaan. Sebab itu suplemen dengan Set Puasa Shaklee diperlukan untuk kurangkan ketidakselesaan serta berikan tenaga berpajangan walaupun tanpa makan dan minum sepanjang lebih 12 jam kalau di Malaysia.
1.Atasi Keletihan
Tidur yang tidak mencukupi, kandungan nutrien dari pemakanan dan kehilangan elektrolit boleh menurunkan tahap tenaga.
Semasa berpuasa pastikan:
- Dapat rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti supaya bangun dengan rasa segar.
- Pastikan badan kekal terhidrat dengan Performance®.
- Rancang menu makanan dan sertakan makanan yang memberi tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder.
2.Elakkan dehidrasi
Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat air yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan aktiviti fizikal. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Elakkan dehidrasi dengan:
- Berada di tempat yang sejuk dan elakkan cuaca panas berlama-lamaan.
- Elakkan pendedahan kepada cuaca panas serta haba yang berlebihan.
- Ambil Performance® penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan elektrolit dari gabungan propeitari OPTI-LYTE™ dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.
3.Elakkan kenaikan Berat Badan Mendadak
Bila tiba bulan puasa, kitan mungkin akan mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana terdapat kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi dengan gula.
Ini boleh merosakkan manfaat sebenar berpuasa.
Jadi, ambil peluang untuk berjaga-jaga dan kekalkan berat badan optimum dengan:
- Makan secara sederhana.
- Mengamalkan tabiat makan yang sihat melalui kawalan diri dan disiplin.
- Urus berat badan dengan Cinch® Shake Mix, kaya dengan protein, serat dan kalsium, memberikan manfaat makanan dengan rasa seperti pencuci mulut.
4.Elakkan sembelit
Semasa berpuasa, sembelit boleh berlaku akibat pengambilan cecair dan serat yang rendah. Sebab itu penting untuk:
- Minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
- Kekalkan diet yang kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran.
- Atur pergerakan usus dengan campuran propietari yang dipertingkatkan yang mengandungi daun senna, dimana secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi.
5.Masalah penghadaman
Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut.
Kawal pedih ulu hati dengan:
- Makan secara sederhana.
- Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
- Kurangkan pengambilan kafein.
- Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
- Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.
Untuk puasa yang bertenaga serta nutrisi yang lengkap, dapatkan Puasa 1-2-3 Set yang terhad.
Nina Salleh | Empowering moms