Sekarang ni memang agak pelik musim banjir dan musim panas dah agak berterabur. Kalau dulu kita semua tahu musim hujan di pantai timur waktu hujung tahun, di pantai barat antara bulan Mei hingga September.
Selain kesukaran dengan jalan yang ditutup dan rumah yang dimasuki air, ada satu lagi perkara penting yang kita kena ambil kira iaitu risiko penyakit sewaktu banjir.
Penyakit Berjangkit Musim Banjir
Penyakit bawaan air adalah antara yang paling mudah menyerang dalam musim banjir. Ini antara penyakit biasa musim banjir:
1. Leptospirosis (Penyakit Kencing Tikus):
Penyakit ni disebabkan oleh bakteria Leptospira yang ada dalam air yang tercemar dengan air kencing haiwan seperti tikus. Bakteria ni juga boleh merebak melalui luka-luka kecil pada kulit.
Kalau terkena jangkitan, tanda-tanda seperti demam tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah, dan kadang kala ruam akan muncul. Sewaktu musim banjir, jika boleh elakkan bersentuhan dengan air banjir, pakai kasut dan sarung tangan getah, dan bersihkan luka dengan sebaiknya.
2. Demam Denggi:
Demam yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes yang membiak dalam air bertakung. Sekecil nyamuk ni sudah mengorbankan ribuan orang di Malaysia. Jangan pandang dia sebelah mata tau.
Tanda biasa iaitu demam tiba-tiba, sakit kepala, sakit di bahagian belakang mata, sakit sendi dan otot, serta ruam.
Nak elakkan demam denggi perlu pastikan kita tidak ‘membela’ nyamuk ni dengan memastikan tiada air bertakung di sekitar rumah. Boleh gunakan ubat nyamuk, dan pasang jaring nyamuk di tingkap dan pintu.
Denggi ni antara penyakit yang berbahaya. Saya pernah menjaga pesakit denggi dan memang sangat mencabar.
3. Gastroenteritis (Jangkitan Pada Perut):
Jangkitan oleh bakteria, virus, atau parasit dalam makanan atau air yang tercemar. Pesakit akan mengalami cirit-birit, muntah, sakit perut, dan demam.
Cara untuk elakkan jangkitan kuman pada perut dengan meminum air yang telah dirawat atau dimasak, basuh tangan dengan sabun, dan makan makanan yang dimasak dengan sempurna.
4. Penyakit Kulit:
Boleh terjadi apabila lapisan kulit bersentuhan dengan air banjir yang kotor. Gatal-gatal, ruam, atau luka yang lambat sembuh antara tanda jangkitan kuman pada kulit. Pastikan kulit kering dan bersih, gunakan antiseptik pada luka, dan elakkan dari sengaja bermain dengan air banjir.
5. Hepatitis A:
Virus Hepatitis A dari orang yang dijangkiti, tersebar melalui makanan atau air yang tercemar dan menyebabkan jangkitan yang baru pula. Pesakit akan demam, letih, kehilangan selera makan, sakit perut, dan kuning (yellowish discoloration) pada tubuh badan.
Cegah Hepatitis A dengan vaksinasi, amalkan kebersihan diri, dan elakkan makanan dan air yang mungkin tercemar.
Dalam keadaan banjir, kita perlu pastikan gejala awal dan ambil langkah untuk mendapatkan rawatan sesegera yang mungkin untuk menghindari komplikasi. Pastikan juga mempunyai kit pertolongan cemas dan bekalan kebersihan yang mencukupi untuk menguruskan sebarang keadaan kecemasan.
Cara Elak Penyakit Berjangkit Musim Banjir
Ketika banjir, amalkan langkah di bawah untuk pencegahan penyakit berjangkit.
1. Air Bersih untuk Diminum
Pastikan air minuman dimasak dengan sempurna atau gunakan penapis air. Jika perlu, gunakan tablet klorin atau alat penulen air mudah alih.
2. Basuh Tangan Dengan Kerap
Sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air bersih, terutamanya sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Gunakan sanitizer jika air dan sabun tidak tersedia.
3. Pengurusan Sisa dan Sampah
Buang sampah dengan betul dan segera untuk mencegah persekitaran yang boleh perhatian penyakit bawaan tikus dan nyamuk.
4. Elakkan Sentuhan dengan Air Banjir
Walaupun agak mustahil, tetapi jika boleh, elakkan berendam dalam air banjir. Jika terpaksa, pastikan memakai kasut dan sarung tangan kalis air untuk elak penyakit musim banjir.
5. Penggunaan Penghalang Nyamuk
Gunakan penghalang nyamuk seperti kelambu semasa tidur, terutamanya jika berada di kawasan yang terdedah kepada demam denggi.
6. Pemeriksaan Kesihatan
Segera ke klinik jika mengalami gejala seperti demam tinggi, sakit otot, ruam, atau sakit perut selepas terdedah kepada air banjir banjir.
7. Pemakanan Seimbang
Makan makanan seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk membantu mengekalkan sistem imun yang kuat.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, kita dapat melindungi diri dan keluarga daripada risiko penyakit semasa banjir. Penting juga untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan.
Cara Tingkatkan Ketahanan Badan Elak Jangkitan
Selain mengambil langkah pencegahan untuk elak jangkitan penyakit ketika banjir, kita boleh siap sediakan suplemen untuk meningkatkan sistem imun. Ini antara suplemen Shaklee yang berkerja untuk meningkatkan imun badan.
1.Polifenol Vivix Res-V Shaklee
Dalam Vivix dan Res-V Shaklee kaya dengan polifenol, sumber utama dari anggur muscadine, anggur yang sangat jarang dan sangat mujarab untuk kesihatan. Cara mudah untuk elak penyakit musim banjir ialah dengan lagkah pecegahan dan nutrisi yang cukup.
Dengan nutrisi cukup sistem ketahanan badan akan berkerja dengan baik.
1. Nutriferon
Suplemen ini dicipta oleh pakar imunolgi Jepun yang tidak asing lagi, Dr Yasuhiko Kojima, yang menemukan 4 bahan utama yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun tubuh secara semula jadi.
Dengan pengambilan Nutriferon akan membantu aktifkan sistem pertahanan badan dan memperkuatkan sistem bagi mencegah penyakit.
2. Vita-C Sustained Release
Kita semua tahu Vitamin C penting untuk sistem imun. Vitamin C bukan sahaja membantu meningkatkan pertahanan tubuh, kalau diamalkan secara berterusan, ia akan memberikan kesan kulit sihat bebas kusam dan mempercepatkan penyembuhan jika terkena luka.
Vita-C Plus Shaklee membekalkan 500mg vitamin C untuk setiap tablet, dengan sistem pelepasan berperingkat yang lengkap dengan bioflavonoid untuk penyerapan yang optimum. Ia membantu memastikan Vita-C Plus Shaklee berkesan untuk tubuh badan.
3.Zinc Plus
Membantu dalam penyembuhan luka dan penting untuk fungsi imun yang sihat. Kerana risiko jangkitan kulit meningkat semasa banjir, suplemen ini boleh jadi pilihan yang baik.
5. Performance Drink
Penting untuk kekalkan hidrasi apatah lagi bila kita terdedah kepada cuaca yang tidak menentu. Minuman ini membantu mengelakkan dehidrasi dengan mengekalkan elektrolit dalam badan.
Gabungan suplemen ini bukan sahaja membantu menguatkan sistem imun, tetapi memastikan kesihatan berterusan dan bertenaga, terutama sekali ketika menghadapi cabaran musim banjir.
Dapatkan suplemen untuk kuatkan ketahanan badan dari Pengedar Shaklee Ampang.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang