Nina Salleh | Coach Diet FBM

Set Puasa Shaklee Beri Kenyang Lama

Pejam celik dah tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Bila masuk bulan puasa, memang akan terimbau memori waktu kecik dulu. Kalau mak kejut bangun sahur, memang kena paksa makan walaupun sambil pejam mata. Kalau tak makan, nanti lembik dan lesu haa kan dah cari penyakit macam tu.

Biasanya, saya pun akan minum air kosong je lepas tu sambung tidur sampai lah zuhur. Itu cerita masa kecik.

Rutin bulan puasa nak cuba solat berjemaah

Tapi kalau dah tua bangka dengan anak 4 orang ni memang tak senonoh la kalau nak buat macam tu. Nanti anak-anak yang tak puasa ni nak makan apa. Bulan puasa ni banyak manfaat. Jadi takkan lah nak biarkan berlalu dengan tidur sepanjang siang. Bayangkan Allah swt dah sampaikan kita ke bulan Ramadan yang mulia ni. Tapi kita biarkan jadi sia-sia berlalu bergitu saja.

Sumber Tenaga Bulan Puasa

Sebolehnya bulan Ramadan ni saya nak sangat supaya ia jadi yang lebih baik dari sebelum ni. Dalam bayangan saya, bila masuk bulan Ramadan nanti nak mulakan hari seawal jam 4 pagi. Biar jadi bulan dan hari-hari yang produktif.

Jadi mak anak 4 ni memang tak ada pilihan lain selain cari sumber untuk sentiasa bertenaga bulan puasa nanti.

Persekolahan anak-anak

Tahun lepas saya berpuasa sebagai ibu menyusu. Masa tu menyusukan Fatima umur 4 bulan, jadi kena ada lah persiapan puasa lebih sikit sebagai ibu menyusu. Tahun ini pun Fatima masih lagi menyusu tapi tidak lah sekerap macam tahun lepas. Fatima pun dah makan dengan kerap sejak dah umur 1 tahun lebih ni.

InsyaAllah Amanda dan Maryam akan puasa penuh, Eisyal boleh belajar

Tapi mujurlah tahun lepas walaupun Fatima menyusu dengan banyak dan kerap pun saya tetap tak rasa macam puasa. Betul-betul bertenaga bila puasa dengan set puasa Shaklee.

Rutin Puasa Ramadan Keluarga Kami

Rezeki sebab kenal dengan set puasa Shaklee. Nak urus anak-anak, urus rumah dan masak untuk suami pun memang tenaga maintain je. Syukur Alhamdulillah. Tahun ni walaupun Fatima dah tak menyusu dengan banyak, pergerakan fizikal pula akan mencabar minda bila masuk bulan puasa nanti.

Bawa anak ke-4 di masjid

Bermula je bulan puasa, anak-anak akan masuk ke seisi persekolahan yang baru. Anak sulung dan kedua saya akan mula berpuasa penuh atas kehendak mereka sendiri. Mereka akan bersekolah dari pagi ke petang, sebelah malam pula kami perlu berkejaran untuk berbuka, usaha untuk solat berjemaah kemudian siapkan kerja sekolah cepat supaya dapat tidur awal.

Pergi Ke Masjid

Bulan puasa ni saya dan suami ambil kesempatan untuk bersama-sama ke masjid selepas berbuka. Ada juga hari yang kami akan berbuka puasa di masjid. Alhamdulillah, pengalaman dengan anak kecil dan anak ramai di masjid Allah sentiasa mudahkan.

Berbuka puasa di masjid

Jadi, bulan puasa kami memang agak rushing tetapi ia memberikan rasa produktif sebab terasa masa diisi dengan perkara yang bermanfaat. Bila balik dari masjid, anak-anak akan terus tidur. Kemudian, kalau ada kerja sekolah, mula berkejaran siapkan kerja sekolah lagi. Hihi

Puasa dengan Set Puasa Shaklee

Dengan set puasa Shaklee, sepanjang hari saya tak rasa haus melampau dan yang penting bertenaga macam biasa.

Semua dengan izin Allah swt, asbab usaha sahur dengan set puasa Shaklee memang beri pengalaman berbeza. Anak-anak yang puasa pun tak merungut, tak sakit perut dan tak lemau lesu.

Bekal air untuk kekal hidrat

Setiap hari saya akan siapkan menu berbuka puasa keluarga kami dengan Performance Drink. Bukan itu je, bekal untuk solat di majid juga wajib ada Performance Drink ni. Dengan minuman dari set puasa Shaklee ni, badan tak rasa haus melampau dan waktu solat tak mengantuk.

Lagipun waktu puasa, ruang masa untuk minum air dengan cukup memang terhad. Bila minum air Performance Drink, air dalam badan akan terkawal dan elektrolit pun seimbang.

Siap sedia dengan bekalan air tenaga

Atas sebab formula berkesan itulah, pihak NASA (The National Aeronautics and Space Administration) juga menggunakan air yang sebaris dengan Performance Drink tetapi diberi nama Astro-aide untuk para angkasawan mereka. Tujuan utama untuk kekalkan isipadu bendalir dalam badan para angkasawan supaya mereka tidak alami perubahan mendadak seperti pitam, sewaktu kapal angkasa memasuki Bumi dari angkasa lepas.

Angkasawan yang beri pengalaman mereka di Florida bersama dengan CEO, Mr Roger Barnett

Saya memang cadangkan Performance Drink dari set Puasa Shaklee ni untuk seisi keluarga terutama ibu yang menyusu, anak-anak yang aktif dan suami yang sentiasa sibuk.

Minuman untuk Kekal Kenyang

Kadang-kadang kalau bukan bulan puasa, setiap kali masuk dapur je perut akan rasa lapar. Mula la nak mengunyah, cari kudap-kudap lah lepas tu tahu-tahu berat naik. Eh. Untuk persediaan sebelum masuk bulan puasa ni, sama-sama lah kita latih perut.

Minuman yang buat badan tak rasa macam puasa

Perut kita perlu dilatih supaya tak keluarkan asid dengan kerap. Jadi bermula sekarang, ajar perut supaya tak makan dengan banyak kali. Bila masuk bulan puasa nanti, perut dah terbiasa dengan makan yang begitu, jadi ia tak akan keluarkan asid dengan kerap. Bulan puasa, perut akan kosong.

Jika asid dibebaskan dalam perut dengan banyak kali, kebarangkalian kita akan hadapi rasa pedih perut yang boleh bahayakan kesihatan.

Makanan yang cukup mengenyangkan

Dengan minum Cinch Shake dan ESP , kita akan rasa kenyang lebih lama sebab tenaga akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Dengan tak langsung, tak rasa nak mengunyah dan tak ada lah nak cari kudap-kudap hehe.

Set Puasa Shaklee ni yang akan buat badan bertenaga dan tak lapar kedarah tahap terketar-ketar tu walaupun tak makan nasi sepanjang hari. Selain itu, disebabkan tenaga dilepaskan perlahan-lahan, insulin dalam badan pun dapat rehat. Bila waktu berbuka puasa pun, kalau mula dengan minuman ni badan akan rasa terkawal dan tak rasa nak makan nasi penuh pinggan pun.

Penting untuk amalkan makanan yang rendah glisemik indeks bulan puasa

Bulan puasa nanti, kalau perlu ada satu benda, set puasa Shaklee lah yang wajib ada di rumah masing-masing. InsyaAllah amalkan untuk bersahur dan berbuka dengan konsisten, hasilnya bukan saja badan bertenaga, kulit dan kesihatan akan bertambah baik.

Puasa Untuk Baiki Kesihatan

Salah satu cara untuk lihat kualiti kesihatan ialah dengan buat pemeriksaan berkala di klinik kesihatan untuk lihat bacaan kolesterol, gula dalam darah dan tekanan darah. Selain itu, guna alat penimbang untuk periksa kandungan lemak dan juga jisim otot dalam tubuh badan.

Bulan puasa ni sama-sama kita berusaha untuk betulkan pemakanan selari dengan bulan untuk menjadi diri baru. Mak-mak yang berkerja di ofis, berkerja di rumah atau sebagai pengurus rumahtangga, inilah yang wajib ada di rumah.

Kandungan lemak terutama di perut boleh bahayakan kesihatan

Mudah-mudahan kita akan sampai ke bulan Ramadan, jalani ibadah puasa lebih baik dari yang sebelumnya. Bulan puasa bukan sekadar untuk lapar dan dahaga tetapi untuk lebih dekat kepada-Nya dan lalui dengan jiwa yang tenang. InsyaAllah.

Set 1-2-3 Puasa Bertenaga

Ikhtiar untuk puasa bertenaga dengan Set Puasa Shaklee di sini.

Nina Salleh | Empowering moms