Coach Diet FBM & GGA

Cara Puasa Untuk Orang Gastrik

Tak lama lagi kita akan sambut bulan Ramadan untuk tahun 2025. Antara yang merisaukan ialah orang yang ada masalah gastrik. Cara puasa untuk orang gastrik perlu ambil perhatian dan ‘penjagaan’ pemakanan yang lebih supaya ibadah puasa dapat dijalani dengan baik.

Kaitan antara pemakanan dan kesihatan mental

Cara Puasa Untuk Orang Gastrik

Saya nak kongsi cara puasa untuk orang yang ada masalah gastrik. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga mereka yang ada masalah gastrik melalui hari-hari puasa.

Tetapi sebelum tu boleh fahamkan dulu tentang gastrik yang boleh menyebabkan masalah anxiety juga.

1. Persediaan Makanan Semasa Sahur

Sahur adalah waktu penting untuk mempersiapkan tubuh bagi menjalani ibadah puasa sepanjang hari.

Makanan proses tinggi gluten dan lemak trans wajib elak

Bagi orang gastrik, keadaan keradangan dalam usus bermula dengan pemakanan tinggi gluten dan lemak trans. Jadi, untuk elakkan tercetus masalah ni, menu sahur pun mesti pilih makanan tanpa gluten dan bebas lemak trans.

Pilih Makanan Bebas Gluten

Makanan seperti roti putih dan biskut perlu dielakkan, atau lupakan terus supaya tidak menerukkan keadaan usus.

Masukkan Sumber Protein

Makanan seperti telur rebus, dan protein soya Life Cinch membantu mengekalkan tenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa berpuasa.

Menu sahur portion kecil tapi beri tenaga

Hidrasi yang Cukup

Minum air yang mencukupi semasa sahur sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi. Cuba untuk minum sekurang-kurangnya 2-3 gelas air.

Elakkan Makanan yang Pedas dan Berangin

Makanan seperti cili, limau, dan makanan yang digoreng atau berlemak boleh merangsang asid perut dan meningkatkan risiko ketidakselesaan. Klik sini untuk dapatkan panduan pemakanan lengkap Gerd Gastrik Anxiety.

2. Berbuka Puasa dengan Berhemah

Berbuka puasa dengan makan dan mengunyah secara perlahan-lahan adalah kunci untuk mengelakkan masalah gastrik.Beberapa cara untuk pastikan waktu berbuka puasa tanpa mudarat:

Mulakan dengan Makanan Ringan

Sebaik sahaja waktu berbuka tiba, mulakan dengan makanan ringan seperti beberapa biji kurma dan air. Makanan ini akan memberi tenaga segera tanpa membebankan perut.

Makan secara Sederhana

Elakkan daripada makan terlalu banyak atau makanan berat dengan gelojoh selepas berbuka. Semuanya perlu dibuat dengan tertib dan perlahan-lahan. Keadaan ini akan memberi ruang kepada perut untuk mencerna makanan dengan sempurna.

Makan dengan hidangan yang tidak terlalu pedas

Makan dalam Hidangan Kecil

Rancang hidangan berbuka dengan hidangan kecil untuk mengelakkan perut daripada kembung. Per

Pilih Makanan yang Baik

Sebaiknya, pilih makanan yang mudah dihadam seperti sup, nasi, dan protein, dan elakkan makanan berlemak atau terlalu pedas.

Lebihkan air mineral

3. Jaga Kesihatan Mental dan Fizikal

Kesihatan mental dan fizikal juga memainkan peranan penting semasa berpuasa. Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga kesejahteraan:

Teknik Relaksasi

Mengamalkan teknik pernafasan dalam atau meditasi boleh membantu mengurangkan stres dan ketegangan yang sering timbul semasa berpuasa.

Tidur yang Cukup

Pastikan jaga waktu tidur untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti supaya badan dapat memulihkan tenaga yang diperlukan.

4.Suplemen untuk lengkapkan Keperluan Badan

Gastrik ialah keadaan di mana asid perut dalam keadaan lemah. Pengambilan ubat ‘anti gastrik’ akan menerukkan lagi keadaan. Sebaliknya, lengkapkan nutrisi, baiki usus dan saraf dengan pengambilan vitamin ini:

1.Probiotik

Mikrobiota dalam usus yang tidak seimbang akan mencetuskan keadaan usus bocor, yang akan menyebabkan keradangan.

Keseimbangan mikrobiota menentukan kesihatan usus dan seluruh tubuh badan

Keadaan keradangan dalam usus dan ketidakseimbangan bakteria akan bertambah baik dengan pengambilan probiotik setiap hari.

2. Kalsium dan Magnesium

Kaya dalam Ostenutrix Shaklee. Mineral ini bertanggungjawab untuk mengurangkan pedih ulu hati dan mengurangkan stres, yang boleh menerukkan keadaan gastrik.

3.Vitamin B

B Complex Shaklee membekalkan 8 jenis vitamin B, yang saling berkerja untuk menyokong lapisan usus dan fungsi pencernaan dalam badan.

Manfaat vitamin B untuk masalah gastrik

4.Multivitamin

Penting untuk kekalkan badan dengan nutrisi lengkap. Vita-Lize ialah multivitamin Shaklee dengan gabungan zat besi. Ia akan memastikan badan dapat mineral dan vitamin yang cukup untuk fungsi optimum.

5.Vitamin E

Tinggi dengan antioksidan, Vita-E Complex membantu melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang lebih teruk.

6.Resveratrol

Menyokong dan membantu untuk kesihatan mikrobiota dalam usus. Keseimbangan hidupan di usus ini akan membantu memulihkan masalah gastrik.

Resveratrol dalam Resv Shaklee untuk kesihatan dalaman dan luaran

Ia juga akan membantu melindungi lapisan usus dari keradangan yang lebih teruk.

Dapatkan Resveratrol daripada Res-V Shaklee di sini. 

5. Pengambilan Air yang Mencukupi

Penting untuk memastikan pengambilan air yang mencukupi antara waktu berbuka dan sahur. Struktur pengambilan air seperti berikut dapat membantu:

Minum Air Secara Berperingkat

Jangan minum semua air dalam satu masa. Sebaiknya, minum air dalam sips kecil secara berkala.

Elakkan Minuman Berkafein

Minuman seperti kopi atau teh adalah diuretik dan boleh meningkatkan risiko dehidrasi. Pilih air kosong, infusi herba, atau air kelapa.

Bagi orang yang ada masalah gastrik, ia memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati bagi memastikan kesihatan tetap terjaga. Dengan persiapan yang baik, pilihan pemakanan yang betul, serta nutrisi yang cukup, masalah gastrik dapat dikurangkan dan dapat fokus beribadah dengan baik di bulan Ramadan.

Apa Kata Mereka Yang Sudah Ikuti Kelas Pemakanan

Antara perkara penting untuk pulihkan masalah gastrik ialah jaga kesihatan usus dengan betulkan pemakanan. Ini antara feedback mereka yang sudah sama-sama ikuti kelas pemakanan:

Hilang seram sejuk anxiety disebabkan oleh masalah usus
Gastrik dah semakin pulih
Hormon stabil selepas betulkan pemakanan

Dalam keadaan perut yang tidak sihat, banyak masalah kesihatan boleh tercetus. Untuk kesihatan yang baik, mulakan dengan rawat usus dan jaga pemakanan.

Klik sini untuk kelas pemakanan Gerd Gastrik Anxiety

Nina Salleh | Coach Diet FBM& GGA