Rasa Tercekik, Dada Ketat, Mood Turun: Petanda GERD & Anxiety Yang Ramai Abaikan
Pernah tak rasa macam ada sesuatu tercekik di tekak? Nak telan pun rasa susah dan takut, dada jadi ketat, nafas pendek dan kepala mula runsing. Ramai anggap ini masalah tekak biasa, atau mungkin sebab stress semata. Tetapi sebenarnya, rasa tercekik ini sering berkait rapat dengan masalah GERD (Gastroesophageal Reflux Disease), angin dalam badan, dan juga anxiety.
Masalah ini bukan sekadar gangguan fizikal malah ia juga boleh mempengaruhi emosi dan mood harian kita. Ramai tidak sedar yang kemurungan dan anxiety kebanyakan masa datang berpunca daripada usus yang tidak sihat.
Kenapa Rasa Tercekik Di Tekak Boleh Berlaku?
Rasa tercekik atau istilah perubatannya globus sensation selalunya berlaku bila:
1. Asid perut naik ke tekak (reflux)
Asid yang kerap naik akan mengganggu tisu tekak dan esofagus, membuatkan rasa pedih, sempit, atau seperti ada benda tersekat.
2. Angin dalam perut dan usus
Angin yang terkumpul memberi tekanan pada diafragma (otot pernafasan), menjadikan dada rasa ketat.
3.Otot tekak tegang kerana anxiety
Bila emosi terganggu, otot tekak boleh jadi tegang tanpa sedar, menyebabkan rasa “tersumbat” walaupun tiada apa-apa.
Kombinasi ketiga-tiga faktor inilah yang menjadikan seseorang berasa sesak, tercekik, dan semakin cemas.
Hubungan GERD, Anxiety & Mood
Kajian menunjukkan, usus kita mempunyai **gut-brain axis** – hubungan dua hala antara usus dan otak. Bila usus tidak sihat, bakteria baik berkurang, angin banyak, sistem penghadaman jadi tidak stabil. Akibatnya, otak menerima isyarat “bahaya” dan tubuh mudah mengalami **anxiety, cepat panik dan mood turun naik**.
Inilah sebabnya ramai yang menderita GERD atau gastrik akan mengadu:
- Mudah rasa murung
- Susah tidur malam
- Terasa dada berdebar tanpa sebab
- Nafas jadi pendek dan cepat letih
Seorang ibu muda pernah berkongsi pengalamannya:
“Saya ingat saya ada penyakit jantung, sebab tiap malam dada saya ketat dan rasa macam nak lemas. Bila jumpa doktor, dia kata saya ada GERD dan anxiety. Rupanya punca utama datang dari angin dalam badan dan usus yang tak sihat.
Bila mula jaga makan, emosi pun lebih stabil.”
Kisah ini bukan terpencil. Sebenarnya ramai lagi yang senyap-senyap menanggung rasa sama. Malah ada yang sampai takut untuk tidur kerana rasa sesak setiap malam.
Apa Yang Boleh Dilakukan?
Kalau ada yang tengah baca ni dan sering alami rasa tercekik di tekak, dada ketat, atau mood kerap jatuh, cuba beri perhatian pada **gaya hidup dan pemakanan**.
1. Jaga corak pemakanan
- Elakkan makanan pedas, berminyak dan masam yang mencetuskan reflux.
- Jangan makan terlalu lewat malam.
- Cuba makan dengan portion kecil tetapi lebih kerap.
2. Perbaiki kesihatan usus
- Ambil makanan kaya probiotik (yogurt, tempe) dan prebiotik (sayur-sayuran, bijirin penuh). Namun tak semua makanan sesuai untuk masalah GERD dan gastrik. Perlu belajar lebih detail dalam kelas diet angin.
- Suplemen seperti Pre & Probiotik Shaklee boleh membantu mengembalikan keseimbangan bakteria baik usus.
Vitamin cadangan untuk pulihkan dalaman
3.Singkirkan angin berlebihan
Herblax
Bantu melancarkan pembuangan, kurangkan sembelit & buang toksin terkumpul. Bila usus lancar, angin tak mudah terkumpul.
4. Sokong otot & sistem saraf
B-Complex
Sangat penting untuk stabilkan sistem saraf & kurangkan simptom anxiety.
5. Lindungi sel & kawal keradangan
Res-V
Kaya dengan resveratrol & polifenol untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat stres oksidatif, ini sangat membantu untuk pemulihan jangka panjang.
6.Kalsium & magnesium
Ostenutrix
Membantu otot lebih relaks, tidur lebih lena, dan kurangkan rasa tegang di dada.
Perlu Jumpa Doktor Kalau..
Walaupun rasa tercekik sering dikaitkan dengan GERD & anxiety, namun jangan memandai buat diagnosis sendiri. Melainkan tanda-tanda life-threatening seperti masalah jantung dan paru-paru sudah dipastikan terkecuali.
Rasa tercekik di tekak, dada ketat dan mood yang merudum bukanlah “imaginasi” semata-mata. Ia mungkin petanda usus yang tidak sihat, asid perut naik, atau anxiety yang berakar dari ketidakseimbangan dalam badan.
Berita baiknya, keadaan ini boleh diurus dengan pemakanan yang betul, gaya hidup sihat dan sokongan nutrisi yang tepat.
Untuk faham lebih mendalam tentang punca angin, GERD & kaitannya dengan anxiety, saya jemput sertai Kelas Diet Angin. Dalam kelas ini saya akan kongsikan cara praktikal untuk mengawal simptom, makanan apa yang sesuai, dan bagaimana suplemen boleh bantu pemulihan.
Nina Salleh | Buang angin dalam badan