Nina Salleh | Coach Diet FBM

Raya Dengan Shaklee Lebih Selamat dan Seronok

Kali ni kan rasa macam lebih yakin diri, syukur sangat-sangat sebab banyak impian tercapai untuk raya kali ni. Walaupun tak beli baju baru untuk diri sendiri, tetap rasa cukup dan bahagia. Baju semua yang lama-lama dah muat kembali, itu yang tak terasa nak beli baru. Hihi. Macam biasa semestinya hasil usaha konsisten untuk raya dengan Shaklee.

Saya dan suami pakai baju kami tahun 2016 untuk hari raya pertama

Impian lain tu nak simpan untuk diri sendiri, suami dan orang terdekat. Tapi impian yang satu ni saya nak kongsi dengan semua pembaca bilamana dapat pakai semula baju nikah 11 tahun lalu.

Muat kembali baju nikah 11 tahun lalu

Baju ni nampak “loose” tapi sebenarnya cutting ikut badan. Badan saya 11 tahun lepas bukan lebar macam sekarang ni. Jadi berdebar-debar bila nak cuba. Alhamdulillah, hasil puasa dan ikut meal plan Fat burning Machine (FBM), raya dengan Shaklee lebih selamat dan tambahkan keyakinan diri untuk saya dan keluarga.

Raya Lebih Selamat Dengan Shaklee

Hari raya ni masa untuk bertemu sanak saudara jauh dan dekat. Inilah masa untuk eratkan silaturrahim selepas berjauhan atau lama tak jumpa. Jadi kesihatan diri sendiri, suami dan anak-anak paling saya utamakan.

Ini pun baju lama. Anak-anak asalkan ada masa bersama, mereka pun rasa selamat dan bahagia.

Tak seronok juga bila tiba waktu beraya, dah rancang nak pergi rumah terbuka sanak saudara tiba-tiba kena berkurung sebab anak tak sihat. Habis rancangan nak jumpa sanak saudara kena tunda.

Badan dah dapat inch loss banyak, tapi spoil sebab anak-anak tak sihat. Nak elakkan keadaan kesihatan daripada jadi teruk atau dapat jangkitan, nak balik kampung pun saya tetap angkut semua vitamin ni.

Yang ni untuk kuatkan imun badan

Bukan apa, kalau bawa vitamin Shaklee balik raya, rasa lebih selamat lah sebab ada perisai pertahanan diri. Kalau lah kata ada come across dengan mana-mana virus pun, ada perlindungan sebelum sampai ke diri sendiri. Haa macam tu lah perasaan dia. Kita kalau nak berperang tak bawa perisai, tak pakai baju besi dan tak ada ilmu pertahanan diri, mestilah rasa berbeza dengan orang yang pergi berperang siap dengan kelengkapan diri dan fizikal.

Itulah yang buatkan raya lebih selamat dengan Shaklee. Bukan bila dah sakit, baru nak cari vitamin. Itu dah silap konsep tau.

Dalam kereta sebelum balik, kena makan vitamin dulu.

Saya memang biasakan anak-anak untuk makan vitamin setiap hari sejak dari mereka berumur 6 bulan. Masa tu anak-anak sudah tidak menyusukan badan sepenuhnya, mereka sudah dapat makan makanan pejal. Pertahanan badan anak-anak juga perlu ada perisai.

Saya perasan, anak-anak ni bila dah lepas fasa 6 bulan mereka akan mudah demam dan selesema. Terutama waktu anak sulung, hingga berkali-kali kena masuk wad.

Tak Mahu Sejarah Berulang

Atas sebab itulah saya selalu ingatkan diri sendiri supaya rajin makan vitamin untuk kuatkan ketahanan badan sejak dari mengandung. Dari air susu ibu, anak pun turut dapat khasiat yang sama.

Syukur sebab Maryam dan Eisyal tidak alami perkara sama macam kakak Amanda

Saya selalu ingatkan suami dan anak-anak, musim perayaan ni kalau boleh jangan skip makan vitamin setiap hari. Sebab ini masa untuk berkumpul sanak-saudara, nak elakkan jadi pembawa kuman dan penerima kuman.

Kalau orang lain kata makan vitamin ni menyusahkan, pengalaman saya jaga anak kecil dalam wad lagi perit. Keperitan sebab penyakit yang dialami sepatutnya boleh dicegah dari berjangkit. Selain itu juga perit sebab ibu nak tengok anak-anak meraung menggelupur bila kena cucuk untuk ambil darah setiap hari.

Bila tengok pun menyeksakan, apatah lagi anak kecil nak hadap ni semua

Belum lagi cerita kisah bilamana anak-anak menangis sebab kena tanggung sakit dalam tubuh waktu doktor masukkan  antibiotik yang terasa pedih di salur darah. Untuk orang dewasa mungkin sakit tu biasa, tapi anak kecil mereka masih tak tahu nak cerita kesakitan. Hanya menangis, merap dan kena dukung lah setiap masa.

Asalkan Diri Sendiri Terjaga

Biar apa orang kata, saya nekad untuk jaga kesihatan diri sendiri, suami dan anak-anak mula dengan perisai vitamin untuk kuatkan ketahanan badan ni. Benar, kalau Allah swt nak uji itu kena terima. Pengamalan vitamin waktu sihat ni sebagai ikhtiar, selebihnya memang semua Allah swt yang tentukan.

Senang bawa ke mana-mana sebab dalam sachet begini. Koyak dan makan

Cuma harapan saya tak ada lagi lah episod anak kena jangkitan kuman selepas demam denggi dan Covid-19 tempoh hari yang menjangkiti hampir seluruh keluarga kami.

Perisai untuk Diri Sendiri dan Keluarga

Kami semua dah balik dari kampung selepas lebih seminggu meluangkan masa, bersembang, bergelak ketawa dan hampir lupa sekejap tanggungjawab yang perlu dibuat ni. Apa pun banyak lagi undangan rumah terbuka dan masih ada banyak seisi untuk berjumpa dengan orang ramai.

Mak-mak ni begitulah. Walaupun bukan kita yang beli beras, gurau, tapi kitalah yang jadi otak kedua untuk ketua keluarga. Kena fikir hal untuk keluarga dari segenap sudut. Lepas fikir, barulah bawa isu untuk dibincang dengan ketua keluarga. Bila dah sepakat, boleh la mulakan rutin baru untuk kesejahteraan bersama. Contohnya macam nak mulakan vitamin hari ni.

Untuk pastikan kesihatan sentiasa terjaga, lengkapkan vitamin harian dengan perisai untuk diri sendiri dan keluarga.  Nak dapatkan sendiri vitamin harian boleh order sendiri di sini.

Vitamin untuk kuatkan ketahanan badan

 

Mulakan hari yang sihat dengan mengamalkan vitamin Shaklee. Kumpul mata ganjaran bulanan untuk mendapatkan rebat tunai sehingga 4 angka. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di sini untuk mendapatkan nombor keahlian. Kemudian hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk langkah seterusnya.

Nina Salleh | Empowering moms