Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Resepi Nasi Goreng Daging Sedap dan Mudah

Hari Jumaat ni saya buat nasi goreng daging. Masak yang mudah-mudah je. Nasi goreng daging ni tak pedas, ada sayur dan anak-anak pun suka. Hari ni memang terasa cepat pula masa berlalu. Mana taknya anak-anak akan balik sekolah jam 12, lepas tu suami pula akan solat Jumaat sampai pukul 2. Yang utamanya hari Jumaat kena ingatkan diri untuk sedekah, baca Surah Al-Kahfi dan banyakkan selawat.

Resepi Nasi Goreng Daging Mudah dan Sedap

Panjang pula intro kan, hari tu dah janji nak bagi resepi nasi goreng sihir suami kan, haaaa ni lah dia. Sebab suami Nina suka sangat ni. Padahal Senang nak mampuih. Mungkin sebelum ni, nasi goreng pun macam tak rupa nasi goreng.

Bahan-bahan Nasi Goreng Daging

Cara Masak Nasi Goreng Daging

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang, tumis sehingga kekuningan
3. Masukkan daging, masak sehingga daging dah sedap dikunyah, tak liat, boleh tambah air untuk bagi daging masak
5. Masukkan sayur pilihan, dan perasakan dengan garam air untuk bagi daging masak
4. Masukkan lada hitam, Nina pakai yang ni. Kalau yang kasar, sila tumbuk sikit
5. Masak sehingga sayur masak dan rasa dah sedap, ejas dengan garam, atau boleh masukkan kicap sotong hehe
6. Masukkan nasi dan gaul rata
Nasi goreng daging sedap dan mudah sedia untuk dihidang, senang kan?
Sedia dinikmati bersama yang tersayang❤️

Saya masak tak pedas supaya anak-anak pun boleh makan. Kalau suka pedas, boleh ketuk cili padi dan tumiskan bersama bawang.

Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan ya.

Nina Salleh | Empowering moms