Menurunkan berat badan adalah satu perjalanan yang memerlukan disiplin dan sokongan daripada pelbagai sudut, termasuk pemakanan dan nutrisi yang lengkap. Istimewa bulan ni dengan promosi Set Kurus Shaklee untuk membantu proses penurunan berat badan.
Set Kurus Shaklee (Permulaan)
Ini antara empat vitamin yang dikhaskan dalam Set Kurus Shaklee (permulaan) iaitu Cinch Tea, Life Cinch, Omega Guard, dan Herb-Lax. Saya akan kongsikan bagaimana cara semua vitamin ini berfungsi untuk membantu mencapai matlamat penurunan berat badan.
1. Cinch Tea
Saya suka panggil teh anti craving sebab betul membantu saya cut gula dan manis-manis. Minuman herbal yang mengandungi kombinasi pelbagai jenis teh iaitu teh hijau, teh merah, dan teh putih.
Ia meningkatkan tenaga dan membantu dalam proses penghadaman.
Bagaimana Cinch Tea Membantu untuk Kurus
1.Meningkatkan Metabolisme
Teh hijau yang terdapat dalam Cinch Tea mengandungi kafein dan antioksidan yang dikenali sebagai catechin, yang telah terbukti dapat meningkatkan metabolisme. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau dapat membantu membakar kalori, lebih-lebih lagi semasa aktiviti fizikal.
2.Menjadi Minuman Mengenyangkan
Minum teh ni bukan sahaja sedap tetapi juga dapat membantu mengurangkan rasa lapar. Ini akan membantu mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan.
3.Menyokong Penghadaman
Dengan tiga jenis teh yang ada dalam Cinch Tea, proses penghadaman dapat dipertingkatkan. Ini membantu memastikan tubuh dapat memproses nutrisi dengan lebih baik dan mengurangkan masalah seperti kembung perut.
2. Life Cinch
Ini adalah hero dalam Set Kurus Shaklee yang menyediakan nutrisi lengkap sambil membantu menurunkan berat badan. Ia mengandungi protein berkualiti tinggi daripada sumber tumbuhan.
Bagaimana Life Cinch Berfungsi
1.Memberi Rasa Kenyang
Kandungannya yang tinggi dan serat, protein, lemak serta karbohidrat yang secukupnya membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Dengan menambah protein dalam diet harian, lita tidak berasa untuk mengambil makanan berlebihan.
2.Membantu Pembentukan Otot
Protein dalam Life Cinch bukan sahaja membantu dalam mengurangkan rasa lapar, tetapi juga menyokong pembentukan otot semasa proses penurunan berat badan. Ini penting kerana otot yang lebih banyak dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lebih banyak kalori.
3.Nutrisi Seimbang
Life Cinch juga menyediakan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh semasa proses penurunan berat badan. Dengan memberikan nutrisi yang lengkap, ini membantu tubuh berfungsi dengan baik tanpa kekurangan nutrisi.
3. Omega Guard
Omega Guard adalah suplemen asid lemak omega-3 yang diperoleh daripada minyak ikan. Omega-3 mempunyai banyak manfaat kesihatan, dan ia juga menyokong proses penurunan berat badan.
Cara Omega Guard Berfungsi
1.Menyokong Kesihatan Jantung
Omega-3 berfungsi untuk menurunkan paras kolesterol jahat (triglyceride) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL). Kesihatan jantung yang baik adalah penting dalam aktiviti fizikal dan proses penurunan berat badan.
2.Membantu Mengawal Selera Makan
Omega-3 dapat membantu dalam mengawal selera makan. Ini membolehkan perut merasa lebih kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makanan tidak sihat.
3.Meningkatkan Metabolisme Lemak
Omega-3 juga dapat meningkatkan metabolisme lemak dalam tubuh. Dengan itu, ia membantu dalam proses penurunan berat badan secara keseluruhan.
4. Herb-Lax
Herb-Lax adalah suplemen detoksifikasi yang mengandungi pelbagai herba untuk membantu dalam proses pencernaan dan pembunagan toksin dari tubuh.
Cara Herb-Lax Berfungsi
1.Detoksifikasi
Herb-Lax membantu membersihkan usus dengan menggalakkan pengeluaran najis dan mengeluarkan toksin dari tubuh. Proses detoksifikasi ini penting untuk menyediakan persekitaran yang sihat bagi tubuh dan memudahkan penyerapan nutrisi.
2.Mengatasi Masalah Sembelit
Herb-Lax membantu memperbaiki pergerakan usus, ia menyokong fungsi sistem pencernaan yang sihat. Ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.
3.Meringankan Tubuh
Apabila usus bersih dan tidak ada toksin yang terkumpul, badan akan rasa lebih ringan dan bertenaga. Ini memberikan motivasi tambahan untuk meneruskan gaya hidup sihat dan aktif.
Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada Cinch Tea, Life Cinch, Omega Guard, dan Herb-Lax memberikan pendekatan menyeluruh dalam usaha menurunkan berat badan. Setiap produk memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kesihatan yang diinginkan.
Selain pengambilan suplemen ini, penting untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan menjalani gaya hidup aktif untuk hasil yang lebih baik.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang