Kesihatan Wanita

Shaklee Convention: Ruang Inspirasi & Semangat Baru Untuk Bisnes Dari Rumah

, Event Yang Ditunggu Setiap Tahun

Setiap tahun, inilah yang dinantikan terutama kalau ada yang macam saya ni. Mana taknya, inilah peluang untuk ramai mak-mak yang biasanya seharian berkisar tentang sediakan makanan, siapkan anak-anak dan keluarga untuk jumpa ramai orang-orang hebat dalam satu ruang yang sama di event tahunan Shaklee National Convention.

Setiap kali event, tak terlepas dari doorgift yang best best

Bagi ramai wanita dan ibu yang menjalankan bisnes dari rumah, event ini bukan sekadar perhimpunan besar.

Ia adalah ruang untuk berhenti sekejap daripada rutin harian, menarik nafas, dan mengisi semula semangat yang mungkin semakin menipis dan adakala naik turun tanpa punca yang jelas.

Ramai di kalangan mak mak dan juga latar belakang bidang yang pelbagai

Sebaik saja saya melangkah masuk ke dewan, suasananya sungguh berbeza. Bukan aura glamor yang terasa, tetapi aura manusia yang sedang berjuang. Ada yang memperbaiki hidup, keluarga dan masa depan.

Jumpa dan dapat inspirasi dari kisah orang lain memberikan semangat baru

Ada yang datang bersama rakan bisnes, datang sendiri buat pertama kali, datang dengan hati yang sedang penat, mencari keyakinan baru.

Namun semuanya disatukan oleh satu perkara iaitu  keinginan untuk kehidupan yang lebih baik.

Shaklee National Convention Bukan Sekadar Event

Shaklee National Convention bukan tentang pentas besar semata-mata. Ia adalah tempat di mana kisah manusia biasa diraikan.

Dalam dewan yang penuh

Di atas pentas, kita tidak hanya mendengar cerita kejayaan.
Sebaliknya, kita mendengar kisah jatuh bangun yang sangat dekat dengan realiti mak-mak bisnes dari rumah.

Antara sedikit yang Personal Group Volume Growth, yang besar jualan bertambah dari tahun lepas

Ada yang berkongsi bagaimana mereka bermula tanpa sokongan keluarga, hampir berhenti kerana tekanan kewangan dan kesihatan, yang memulakan bisnes ini dari dapur kecil, sambil menjaga anak dan mengurus rumah tangga.

Kisah Inspirasi Yang Berbekas di Hati

Sebenarnya, untuk hadir di event begini bukan kerana orang lain. Tetapi ia akan membuka mata hati dan minda untuk kita fikirkan dan jadi lebih baik.

Salted caramel baru

Kisah dari salah seorang speaker, beliau seorang doktor gigi yang tak pernah kenal atau berjumpa dengan bapanya. Betapa sedih kehidupan masa kecilnya, masuk ke sekolah berasrama penuh pun hanya daftarkan diri sendiri dek kerana ibu yang sibuk dan ayah yang sudah lama missing in action.

Dari kecil hingga dewasa, beliau terbiasa dengan “kalau nak sesuatu mesti usaha” sebab tak ada permintaan masa kecil beliau yang tertunai disebabkan oleh kesusahan dan kesempitan hidup.

bersama dengan impact speaker hari ni

Tapi itu bukan penghalang, malah itulah jawapan untuk semangat dan kekuatan luar biasa yang beliau tonjolkan selama ini.

Katanya, dia sangat bersyukur diberikan peluang dan rezeki untuk ceburkan diri dengan bisnes Shaklee.

Berapa anggaran pendapatan untuk bina bisnes shaklee

Dari situ beliau bina pendapatan tambahan selain dari gaji seorang doktor gigi. Dari permulaan yang kecil, kini beliau mampu hadiahkan kereta dan baiki rumah kediaman untuk ibu yang banyak berkorban diri demi membesarkan anak yang seorang. MasyaAllah, inilah kisah yang sangat memberi kesan di hati saya.

Tenaga & Aura Yang Sukar Digambarkan Dengan Kata

Ada sesuatu tentang berada dalam satu ruang bersama ribuan individu yang sedang berusaha memperbaiki hidup. Tenaga itu tidak boleh dirasai melalui video atau bacaan.

Ia hadir melalui:

Ramai pulang dari Shaklee National Convention bukan dengan target besar, tetapi dengan satu perkara penting  iaitu kepercayaan pada diri sendiri.

Realiti Mak-Mak Bisnes Dari Rumah

Bekerja dari rumah mungkin kelihatan mudah di mata orang luar. Hakikatnya, ia sunyi dan penuh cabaran.

Tiada rakan sekerja untuk berbual.
Tiada bos untuk mengesahkan usaha kita.
Dan tiada siapa yang benar-benar nampak penat lelah di sebalik skrin telefon.

Sebab itu event seperti Shaklee National Convention sangat penting. Ia menjadi tempat untuk mak-mak bisnes dari rumah rasa difahami, dihargai dan disokong.

Pengajaran Penting Dari Shaklee National Convention 2026

1. Semua Orang Bermula Dari Langkah Kecil

Tiada siapa terus yakin. Semua bermula dengan rasa takut dan ragu. Bezanya, mereka berani melangkah walaupun belum sempurna.

2. Sistem & Komuniti Sangat Membantu

Bisnes dari rumah perlukan sokongan. Dengan sistem dan komuniti yang betul, perjalanan jadi lebih stabil dan tidak terlalu membebankan emosi.

3. Konsisten Lebih Penting Daripada Laju

Ramai di pentas berkongsi perkara yang sama mereka tidak laju, tetapi mereka tidak berhenti.

4. Bisnes Berkait Rapat Dengan Pertumbuhan Diri

Semakin kita membina kekuatan mental dan emosi, semakin bisnes berkembang secara semula jadi.

5. Niat Yang Betul Membawa Rezeki Berpanjangan

Mereka yang bertahan lama adalah mereka yang berniaga dengan niat membantu orang lain, bukan sekadar menjual.

Peluang Bisnes Dari Rumah Bersama Shaklee

Melalui platform seperti Shaklee, ramai wanita memilih untuk membina bisnes dari rumah tanpa mengorbankan peranan sebagai ibu dan isteri.

Ia bukan janji cepat kaya.
Tetapi peluang yang realistik, fleksibel dan sesuai dengan fasa hidup seorang wanita — dengan latihan, sistem dan komuniti sokongan yang jelas.

Pulang Dengan Jiwa Yang Lebih Kuat

Ramai yang pulang dari Shaklee National Convention bukan hanya dengan beg penuh hadiah, tetapi dengan hati yang lebih tenang.

Tenang kerana sedar:

“Aku belum sampai, tapi aku sedang berjalan.”

Dan kadang-kadang, itu sudah cukup untuk membuatkan seorang ibu terus melangkah.

Bisnes dari rumah

Kalau hari ini awak seorang ibu yang sedang membaca sambil memujuk anak tidur, atau wanita yang diam-diam menyimpan impian untuk ada sesuatu milik sendiri, ketahuilah, awak tak perlu jadi hebat dulu untuk bermula.

Cukup sekadar berani ambil satu langkah kecil. Sebab bisnes dari rumah bukan tentang siapa paling cepat, tetapi siapa yang sanggup bertahan, belajar dan berkembang sedikit demi sedikit.

Jika kisah di Shaklee National Convention ini menyentuh hati awak,
mungkin ia bukan sekadar cerita orang lain tetapi inilahj jemputan halus untuk awak mula percaya pada diri sendiri.

Dan kalau awak perlukan ruang untuk bertanya, belajar, atau sekadar berbual tanpa tekanan,
pintu itu sentiasa terbuka. Boleh cari Nina untuk bantuan untuk bermula.

Nina Salleh | Mak Kerja dari Rumah