Nina Salleh | Coach Diet FBM

Simpanan SSPN Anak dengan Perlindungan Takaful

Kelakar juga sebab saya baru je betul-betul ambil tahu pasal simpanan SSPN untuk anak ni selepas beranak 4 orang. Bukan kelakar yang lucu, tapi kelakar yang tak patut lah dah jadi ibu tapi tak cakna pasal ni. Haih, kesian pula anak-anak. Selama ni macam malas nak ambil tahu sangat, fokus simpan duit raya anak di akaun Tabung Haji dan emas sahaja. Tapi tak apalah kalau ada geng mak-mak yang macam saya, baru nak belajar pasal simpanan SSPN kena baca sampai habis ni tau.

Anak-anak ni sebagai amanah

Orang kata ‘better late than never‘ kan, jadi jangan lah risau kalau pun anak dah 10 dan belum buka akaun SSPN, lepas baca ni dah boleh buat langkah seterusnya ikut je step by step kat sini.

Kelebihan Buka Akaun SSPN untuk Anak

1.Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Hingga RM8,000

Sebelum ni, saya hanya tahu SSPN ni boleh beri pelepasan cukai. Walaupun tak kerja makan gaji, tapi sebabkan saya berniaga online jadi memang ada dikenakan cukai.

Penyata insyAllah duit tak hilang
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Melalui Simpanan SSPN Plus, pendeposit (iaitu ibu bapa) boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful. Iaitu maksimum hingga RM7,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.
  • Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.

Pelepasan taksiran cukai individu sehingga tahun taksiran 2024 sahaja.

2.Simpanan Dijamin Oleh Kerajaan

Jangan risau bagi yang buat simpanan SSPN, selain daripada mudahkan untuk masa depan dan buka tabung pengajian tinggi anak-anak, simpanan ni dijamin oleh kerajaan. InsyaAllah semuanya akan selamat dan terjamin.

Pakej simpanan bulanan SSPN serendah RM30, boleh pilih ikut bajet

3.Perlindungan Takaful

Yang paling buat saya tertarik ialah simpanan SSPN untuk anak ni siap dengan perlindungan takaful tau. Perlindungan takaful ni maknanya andaikata terjadi apa-apa kemalangan yang menyebabkan cacat kekal atau kematian, maka akan dapat sejumlah wang sebagai perlindungan untuk waris.

Manfaat bergantung kepada syarikat pengendali takaful

Perlindungan takaful ni ibarat kata macam ambik takaful tetapi lebih jimat sebab ada simpanan. Kalau nak lebihkan simpanan anak, bukalah akaun simpanan SSPN dan buat lah simpanan tetap setiap bulan. Boleh pilih untuk masukkan simpanan secara manual atau potongan bulanan.

Surirumah Simpan Duit Tabung SSPN Anak Dapat Perlindungan Takaful

Sejak berhenti kerja kerajaan, saya memang banyak masa di rumah uruskan anak-anak dan sediakan makan untuk keluarga. Suami lebih tenang tengok saya begini berbanding waktu kerja dulu dengan emosi yang tak stabil. Jadi surirumah dan bekerja dari rumah, memang tak ada pendapatan tetap. Tapi Alhamdulillah bermula bulan Julai 2016 sentiasa ada minimum pendapatan 4 angka hasil dari bisnes online. Dengan pendapatan hasil bisnes inilah yang saya buka tabungan SSPN untuk anak.

Bonus ni boleh bertambah tanpa tunggu kenaikan tahunan

Dari duit ni, setiap bulan kalau saya buat simpanan RM30 untuk seorang anak, jumlah semuanya jadi RM120 sebulan. Kalau dapat bonus RM1000 pun insyaAllah mencukupi untuk konsisten menyimpan. Saya anak ajak juga mak-mak jom lah join saya untuk sama-sama tambah pendapatan sambil uruskan anak dan buat kerja rumah ehee. Boleh terus hubungi saya, di sini untuk daftar sebagai ahli Shaklee.

Nina Salleh | Empowering moms