Nina Salleh | Coach Diet FBM

Daripada seorang penjawat awam, kini saya selesa untuk fokus bina bisnes dari rumah

5 tahun lalu, saya berkerja sebagai salah seorang penjawat awam dalam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saya masih ingat perasaan teruja melebihi segalanya apabila pertama kali ditawarkan untuk jawatan tersebut, walaupun terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sebab saya yang minta untuk dihantar ke Sabah. Ia adalah yang saya nanti-nantikan disebabkan saya belajar dalam bidang tersebut.

Kenangan bersama kawan-kawan di Hospital Queen Elizabeth II akan sentiasa tersemat di hati

Namun, saya diuji dengan kesihatan anak yang masih kecil dan perlukan penjagaan rapi. Segalanya berubah apabila anak saya dimasukkan ke wad selama 9 hari. Dalam masa yang sama, saya seakan-akan dipaksa berkerja oleh orang atasan. Betapa remuk perasaan seorang ibu waktu itu.

“Tak ada orang lain ke nak jaga anak?”

Lebih kurang beginilah mesej daripada pegawai atasan saya waktu itu, yang buat saya ingat sehingga hari ini.

9 hari dalam wad di Hospital Ampang, Maryam nampak ceria tetapi dalamannya kurang sihat.

Bayangkan anak saya masih kecil dan menyusu susu badan, dan dalam masa sama saya ada seorang lagi anak kecil waktu itu di bawah jagaan suami sementara saya di hospital menjaga anak yang kurang sihat. Saya terus fikir tak ada pilihan lain melainkan untuk keluar daripada sistem yang tidak berperikemanusiaan begini, saya harus cari jalan untuk ubah kehidupan.

Dilema seorang Ibu

Dengan gaji saya pada waktu itu hampir RM4000, perkerjaan yang selesa dan dijamin dengan pencen, serta saya sendiri ada hutang kereta dan hutang peribadi dengan bank, untuk lepaskan jawatan tersebut, ia bukanlah keputusan yang mudah. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati ayah. Namun, pada saya anak-anak adalah yang utama. Fikiran saya hanyalah anak-anak, jalan keluar Insya-Allah pasti ada.

Tekad berhenti kerja

Selesai sahaja urusan keluar hospital anak saya, keesokan harinya saya terus ke Bahagian Sumber Manusia untuk hantar surat berhenti kerja 24 jam. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, pertanyaan daripada staf yang jaga kaunter,

“Tak sayang ke? Dah fikir habis-habis?”, saya faham beliau perihatin. Umur pun mungkin sebaya dengan ibu saya. Siapa pun yang dapat tawaran kerja kerajaan pasti akan rasa selamat dengan jaminan pencen serta banyak lagi kelebihan lain.

Lebih selesa begini

Bukan lah tidak sayang, bukan juga tidak bersyukur, namun saya harus cari jalan dan keluar dari sistem yang boleh merosakkan emosi saya sebagai ibu. Setiap pagi dalam perjalanan  pergi kerja, jiwa saya meronta-ronta ingin berhenti kerja. Lebih elok jika jawatan itu diisi oleh orang yang lebih layak.

Mula perjalanan baru

Saya mula berniaga dari rumah. Berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee sebab ini perniagaan pertama saya dengan guide dan tunjuk ajar satu persatu dari upline.

Mulanya saya agak skeptikal sebab jenama Shaklee dimomokkan dengan skim piramid dan hanya kayakan orang atas, iaitu upline sahaja. Lagipun memang segan dan malu dengan kawan-kawan, sebab fikir nanti apalah yang orang kata.

Fikir apa Kata Orang

Sesak sangat ke sampai nak berniaga online begitu. Bila difikirkan balik, kata-kata orang tidak akan membayar hutang saya dengan bank. Lagipun daripada saya guna Facebook untuk kongsi dan melihat sahaja gosip setiap hari, ia tak beri apa-apa manfaat. Maka, saya harus jalan terus dan guna media sosial yang percuma ini sebaiknya.

Bermula di Facebook sahaja, saya berkongsi tentang keadaan tangan saya yang eczema teruk lebih baik setelah saya amalkan vitamin dari Shaklee.

Dari situ, ramai rupanya yang ada masalah sama dengan saya. Eczema yang teruk hingga bengkak, bernanah dan gatal yang amat sangat terasa bagai nak garu dengan berus besi. Hasil perkongsian tentang rutin vitamin yang saya amalkan di Facebook itulah membuatkan lebih ramai yang ingin cuba dan dapat kesihatan yang lebih baik.

“Berapa modal untuk bisnes Shaklee?”

Sebenarnya, untuk berniaga Shaklee, dan sertai team TBS Wellness yang saya asaskan sejak 2016 ini tak memerlukan modal untuk beli barang pun. Kalau nak daftar, hanya perlu bayar RM35 atau boleh juga daftar dengan percuma dengan syarat.

Kemudian, saya akan terus bantu satu persatu. Terutama buat ibu-ibu yang nak tambah pendapatan dari rumah, saya nak bantu kalian untuk berniaga tanpa modal.

Komisen pertama saya lebih kurang RM200, boleh jadi komisen pertama kalian yang akan cecah RM10,000 juga.

Saya sediakan online training dan juga coaching one-to-one supaya boleh beri impak maksimum, tanpa ada bayaran tambah pun.

“Jual vitamin Shaklee dapat untung berapa?”

Ada juga yang teringin nak tahu keuntungan setiap vitamin yang terjual. Ia bergantung kepada harga vitamin.

Setiap hari semakin ramai yang cakna untuk hidup sihat. Semakin cerah peluang untuk majukan bisnes dari rumah.

Keuntungan boleh cecah sehingga 25% setiap vitamin. Contohnya kalau jual vitamin C, keuntungan runcit akan dapat RM 19.50 untuk setiap botol. Selain itu, ada lagi komisen yang Shaklee akan kreditkan ke dalam akaun bank sekiranya dapat capai mata terkumpul yang minimum.

Secara mudahnya, semakin besar jumlah jualan, semakin besar juga komisen yang Shaklee akan kreditkan ke dalam akaun bank.

Bukan Kerja Sehari Semalam

Selepas 5 tahun saya bina team, syukur Alhamdulillah komisen bulanan yang saya terima sudah lebih berganda-ganda daripada gaji saya sewaktu berkerja di sektor awam. Seperti pembinaan rumah, untuk capai ke tahap ini, ia bukanlah kerja semalaman.

Perlu konsisten, ada matlamat jangka masa panjang, sentiasa aplikasikan apa yang dipelajari dan sentiasa letakkan diri supaya bersedia untuk diajar.

Pendapatan bersih yang dikreditkan dalam akaun sudah cecah 5 angka.

Nasihat saya untuk surirumah dan para ibu yang masih berkira-kira untuk mulakan bisnes, jalan teruslah dan pandang ke depan. Akan ada yang mengata, akan ada yang menjauh malah mungkin ada yang akan membenci. Namun kehidupan ini adalah untuk kita membuat pilihan.

Pilih jalan yang betul walaupun tak ramai yang laluinya. Begitulah. Untuk berniaga dan tambah pendapatan, mulakan hari ini dan hubungi saya untuk bantuan.

Nina Salleh| Empowering moms