Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Sabah

Walaupun pernah menetap di Sabah sekitar tahun 2016, ini ialah kali pertama saya dan anak-anak jejakkan kaki di Tawau, iaitu pada bulan Ogos tahun 2019, memang teruja nak berjalan-jalan dan lawati tempat menarik di Sabah.

Kami menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau dan kemudian akan menaiki kereta untuk ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Labuan. Fuh, risau juga nak berjalan dan naik kapal terbang dalam masa 2 jam dengan anak 3 orang tanpa suami di sisi, mujurlah saya banyak ikut timing mereka.

Sebelum berangkat ke Tawau, banyak juga saya buat kajian (read: Google), iya la tempat pertama kali nak jejakkan kaki. Apa yang terbayang di kepala ni Tawau ialah sebuah bandar dengan jalan yang tak berturap, tak ada supermarket dan tak ada kemudahan asas. Begitulah apa yang saya jangka tentang bandar Tawau. Rupanya ramalanku tidak benar belaka.

Teruja tengok kapal terbang nak jumpa papa

Antara apa yang saya Google ialah tempat makan yang sedap, hotel yang menarik dan best di sana, apa perkara menarik yang boleh dibuat dan tempat yang perlu dilawati bila berada di Tawau nanti. Disebabkan ini adalah trip yang tidak dirancang lebih awal, ia adalah unplanned holiday trip.

Semuanya adhock, bayangkan hari ni suami belikan tiket untuk penerbangan keesokan harinya. Kalut juga lah sebab baru balik dari Johor dan nak packing untuk ke Tawau pula.

Dengan tak ada perancangan yang rapi, hotel pun tak booking, tak tahu mana nak pergi dan begitulah kekalutan yang berlaku dengan tiga orang anak dan suami yang jauh di Tawau. Tapi perasaan teruja tetap mengatasi segalanya. Nak bercuti tu jatuh nombor dua dah, yang penting dapat bersatu dengan suami eh gitu pula.

Pertama kali nak jejak Tawau, pergi dengan anak-anak. Suami tunggu di sana

Tempat Penginapan Di Tawau

Kalau buat carian melalui aplikasi Agoda, memang banyak sangat hotel yang menarik dengan harga yang berpatutan di Tawau ni. Kalau nak datang Tawau dan bercadang nak tinggal lebih lama, boleh ambil hotel yang ala-ala resort supaya dapat rasa lebih dekat dengan alam.

Sebenarnya bumi Tawau ni antara yang paling banyak dan mewah dengan khazanah alam. Antara resrot yang nampak menarik dan menenangkan ialah Balung Eco Resort. Ambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Tawau.

Kalau ada rezeki ke Tawau lagi nak menginap di sini

Kami memang tak sempat nak menginap di sana memandangkan keesokan hari setibanya di Tawau, suami ada jemputan untuk hadiri majlis perkahwinan rakan beliau di bandar Tawau. Tak berbaloi untuk menginap di resort sebab  seawal Subuh dah kena berangkat dan check out. Kami pilih hotel yang berdekatan dengan badar Tawau sahaja.

Borneo Royale Hotel

Akhirnya kami pilih untuk bermalam di hotel Borneo Royale untuk hari pertama di Tawau. Hotel ni boleh dikatakan antara yang terkemuka di bandar Tawau, hotel 4 bintang di Tawau dah kira mewah dan gah. Saya, suami dan anak-anak pun puas hati.

Tapi tak boleh nak review tentang sarapan pagi memandangkan jam 6.30 pagi kami dah check out untuk hadiri majlis perkahwinan. Pertama kali dalam hidup rasanya saya terpaksa skip breakfast hotel. Rasa macam nak menangis haha.

Besar juga hotel Borneo Royale dari luar ya
Lobby hotel Borneo Royale
Ruang menunggu di lobby sementara urusan check in dibuat
Bilik untuk semalaman di sini
Tandas pun bersih dan selesa

Di hotel ni kami tak breakfast jadi tak boleh nak review pilihan makanan. Tak sempat nak breakfast sebab bangun pagi lagi untuk bersiap dan terus kemas barang dan check out. Kemudian kami menuju ke rumah pengantin perempuan untuk menyaksikan majlis akad nikah.

Selesai majlis akad nikah, rupanya lebih kurang sama je dengan semenanjung.

Selesai majlis, kami keluar berjalan-jalan dan mula cari hotel untuk menginap malam kedua.

Marco Polo Hotel

Hari kedua, kami menginap di Marco Polo Hotel yang terletak tak jauh dari Royale Borneo Hotel. Tawau ni bandar yang agak maju. Bukan lah jalan raya pun tak berturap seperti yang saya bayangkan sebelum sampai. Hotel-hotel pun ada banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Jadi tak susah pun nak cari tempat untuk bermalam.

Dari luar Hotel Marco polo
Lobby hotel Marco Polo

Saya pilih hotel ni sebab design yang klasik dan konsep bangunan begini macam unik. Memang hotel Marco Polo ni hotel lama. Tapi bilik dia tak adalah lama macam nak runtuh pun sebab dah diperbaharui. Agaknya dulu-dulu hotel Marco Polo ni antara yang gah di Tawau.

 

Buka pintu sliding je terus nampak bandar dan ada masjid dekat seberang jalan

Hotel begini antara yang saya akan pilih berbanding konsep modern, sebab ada rasa keunikan tersendiri. Tapi satu je sebab hotel lama mungkin jadi di tandas tak ada disediakan paip. Untuk beristinjak ada disediakan gayung buat cebok air. Terlupa gambar toilet, tapi okey je bagi Nina. Hehe.

Dekat hotel ni pun kami tak sempat makan pagi. Jadi tak boleh nak review makanan. Kalau nak sarapan pagi di hotel, hanya perlu bayar RM5 setiap orang untuk harga bilik yang tidak termasuk sarapan pagi.

Jadi kalau datang dan nak stay di bandar Tawau, saya sangat recommend kedua-dua hotel ni. Hotel yang tidak jauh dengan bandar, bilik yang selesa, staf yang peramah untuk melayan setiap permintaan dan persekitaran yang menenangkan. Kalau ikutkan memang saya lebih suka menginap yang dekat dengan alam atau dalam hutan, seperti resort tapi kami kesuntukan masa. Untuk ke tempat resort begitu perlu ambil masa sekurang-kurangnya satu jam dari bandar Tawau.

Majlis Kahwin Di Tawau

Hikmah kami ke Tawau tempoh hari dapat lihat sendiri budaya dan adat orang Tawau bila ada majlis perkahwinan.

Berpeluang hadir ke Majlis Kahwin di Tawau

Majlis kahwin kawan kepada suami saya diadakan di rumah dalam kawasan kampung. Ini apa yang menarik di sana:

Begitulah jauh perjalanan, luas pemandangan dan lebih banyak pengalaman dan pelajaran yang boleh diambil dari orang sekeliling.

Selepas check out dari Hotel Marco Polo, kami meneruskan perjalanan menaiki kereta (on the road) untuk ke Kota Kinabalu yang mengambil masa lebih kurang 7 jam. Perjalanan yang penuh dengan kelapa sawit di kiri kanan dan jalan bukan ada lebuhraya macam di semenanjung Malaysia ya.

Namun itu lah yang mahal. Dapat rasa sendiri dan lihat keindahan dan khazanah alam yang kebanyakannya masih belum terusik.

Persinggahan sepanjang perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu

Disebabkan perjalanan yang panjang dan jauh, nak bagi anak-anak tak mengamuk dan tak kejang kaki dalam kereta maka kami buat beberapa persinggahan.

Teck Guan Cocoa Museum

Saya pun baru tahu koko banyak di Tawau, ia adalah antara pengeluar koko utama. Jadi singgah sekejap di museum ni. Rupanya kena buat tempahan untuk jalan-jalan dan dapatkan penerangan daripada staf. Kalau pergi walk-in saja, boleh masuk jalan-jalan gitu je la. Tak boleh masuk lihat pemprosesan koko pun sebab hari kami pergi tu tempahan dah penuh.

Maka kami bergambar dari luar saja.

Dari luar museum
Sejarah koko di Tawau

Tawau Hills Park

Sebenarnya Tawau Hills Park ni kalau dapat masuk memang sejuk mata memandang. tapi disebabkan kami tidak merancang maka sampai di sana pun tempat ni dah tutup. Jadi singgah sekejap untuk buat regangan sebelum mulakan perjalanan yang panjang.

Mampu bergambar sini je sebab pintu dah tutup

Dekat sini juga boleh jumpa ramai penyelidik serangga dan haiwan. Siapa yang sukakan keindahan alam flora dan fauna, jangan lupa untuk masukkan Tawau Hills Park dalam list okeh.

Menara Kayangan Lahad Datu

Menara Kayangan Lahad Datu mula dibina pada tahun 2011 dan dibuka sebagai tempat tarikan pelancong pada tahun 2012, masih baru dan masih ramai juga yang tak tahu tentang kewujudan kawasan ni. Sampai di sini kami hanya bergambar di bawah sahaja.

Pintu masuk ke Menara Kayangan
Menara setinggi 30 meter

Menara ni dibina untuk melihat pemandangan dari Gunung Silam, dengan ketinggian 884 meter dari paras laut. Ia adalah titik tertinggi di Lahad Datu. Untuk naik ke menara ni perlu bayar tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia.

Kami hanya bergambar di bawah sahaja

Urut Kaki Ikan Sungai

Kami singgah di sungai sekitar Kota Belud untuk buat fish massage. Kalau ikutkan memang banyak tempat sepanjang perjalanan ni yang ada fish massage, kami pilih secara random sahaja mana yang paling tak ramai orang untuk dapat privacy. Malangnya anak-anak takut sebab ikan semua size besar. Saya pun tak berani nak letak kaki lama-lama kang tanggal ibu jari haha.

Eisyal sakit mata tapi masih steady jalan-jalan

Desa Cattle Dairy Farm

Dari Tawau, pemanduan kereta diteruskan ke Kundasang melalui Keningau dan Ranau. Kami singgah bermalam di Kundasang dan keesokan harinya singgah di Desa Cattle Dairy Farm atau New Zealand Malaysia gais. Singgah minum susu, makan roti dan tengok lembu-lembu yang banyak di sini.

Bergambar di tempat sebelum masuk ke Desa Cattle Dairy Farm

Poring Ranau

Selepas di Kundasang, saya teruskan misi untuk melihat dengan mata sendiri bunga Rafflesia, iaitu bunga yang terbesar di dunia. Jadi suami pun terpaksa lah ikutkan kemahuan isteri kan. Sepanjang duduk Sabah tahun 2016 pun tak pernah berpeluang tengok bunga ni depan mata.

Nak tengok bunga ni kena jalan kaki sikit sebab dia tak hidup di bandar

Kalau ada sekitar Kundasang, tak jauh pun untuk teruskan perjalanan ke Ranau, mungkin dalam 10 minit sahaja. Dekat Poring Ranau di tepi-tepi jalan ada banyak papan tanda “Rafflesia Blooming” maknanya ada bunga yan g sedang mekar. Parking kereta pun tepi jalan je untuk masuk tengok bunga ni.

Ini gambar sendiri tau bukan Google (bangga)

Gambar bunga Rafflesia ni hanya boleh diambil dari jauh je sebab kawasan bunga ni dipagar dan dilindungi, kiranya tak boleh nak dekat sangat dengan bunga ni. Musnah harapan untuk selfie dengan bunga ni. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa yang ada MyKad. Secara keseluruhannya saya memang puas hati sebab tercapai hajat lama terpendam sejak nampak dalam buku Teks Kajian Tempatan darjah 5 atau 4 lagi, sekarang boleh tengok bunga Rafflesia kembang mekar di depan mata.

Bergambar dengan yang ini boleh pegang

Selepas Ranau, kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan kemudiannya ke Labuan untuk beberapa malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Nina Salleh | Empowering moms