Nina Salleh | Coach Diet FBM

Testimoni Turun Berat Pengguna Set Kurus Shaklee

Selepas beberapa bulan pelancaran set kurus Shaklee Hello New You, syukur ramai yang dapat manfaat dan berikan testimoni kurus dengan set Shaklee. Selain daripada berat turun, mereka juga:

Program Kurus dengan Set Hello New You

Saya sendiri hadapi kesukaran untuk turunkan berat selepas bersalin anak ke-4. Bayangkan berat saya sehingga sebelum bersalin 80KG, lepas bersalin hanya turun 10KG. Mana maunya. Baju yang loose pun boleh nampak ketat dengan ketara.

Jadi terpaksa juga buat betul-betul dan ikut program kurus dengan set Hello New You.

Bukan senang nak tekad tu

Program yang mudah untuk diikuti dan menggabungkan pelan berpuasa (intermittent fasting) yang fleksibel dengan pemakanan serta produk yang bernutrisi seimbang bagi membantu menguruskan berat badan secara berkesan, memenuhi nafsu makan tanpa berlapar, kekal bertenaga dan sihat sepanjang program ini.

Testimoni Set Kurus Shaklee

Boleh pakai semula baju sebelum hamil

Selepas kehamilan ketiga, saya hadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan. Selepas mengambil produk Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat, akhirnya saya berjaya menurunkan berat badan!

Saya sangat gembira kerana boleh menggayakan semula pakaian sebelum hamil. Shaklee memang benar-benar berkesan!

Gembira dapat pakai kembali baju lama

Nafas tercungap dan sakit kaki tiada lagi

Selepas bersalin, terlalu sukar untuk saya mencapai Indeks Jisim Badan (BMI) yang normal. Nafas saya mula tercungap-cungap dan kaki juga mudah terasa sakit apabila berdiri terlalu lama.

Selepas mengamalkan ‘intermittent fasting’ dan mengambil produkproduk Shaklee, saya berjaya menurunkan berat badan dan kembali kepada BMI yang normal dan sihat. Badan saya juga terasa lebih segar dan lebih ringan. Kini, saya juga berasa lebih bertenaga untuk menjaga anak-anak saya.

Tiada lagi nafas tercungap

Keyakinan diri lebih baik

Saya sentiasa berasa letih. Melakukan aktiviti yang mudah seperti menaiki tangga terasa seperti satu tugas yang sangat sukar. Saya juga sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai sehingga melemahkan lagi semangat saya.

Kini, selepas berjaya menurunkan berat badan menggunakan produk-produk Shaklee, saya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri dan berasa lebih bertenaga untuk memulakan hari saya!

Berasa lebih yakin diri

Lebih yakin tanpa masalah gastrik

Sebelum mula menjaga kesihatan, saya sentiasa berasa lesu dan turut mengalami masalah gastrik. Selepas berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan, saya berasa lebih sihat, pergerakan menjadi lebih baik dan tahap kecergasan turut meningkat.

Selain itu, ramai yang memuji kulit saya kelihatan lebih cantik! Terima kasih Shaklee. Saya kini berasa lebih gembira, lebih yakin dan lebih sihat.

Tiada lagi gastrik

Stamina lebih baik

Saya menyedari stamina saya berkurangan apabila berat badan bertambah sehingga telah melemahkan semangat saya.

Tidak dapat saya gambarkan perbezaan menakjubkan yang saya lalui dengan produk-produk Shaklee yang membantu saya menurunkan berat badan secara lestari. Amalan pemakanan sihat juga memainkan peranan penting. Paling saya suka apabila saya berasa hebat dan lebih bertenaga!

Stamina lebih baik

Tiada lagi muka yang bulat bagai mengandung

Walaupun mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) dalam julat yang normal, namun perut dan muka saya tetap bulat sehingga orang sekeliling menyangka saya mengandung!

Selepas menjalani intermittent fasting yang disertakan dengan pengambilan produk-produk Shaklee, saya berjaya merubah penampilan saya! Otot jadi lebih pejal dan pergerakan saya juga semakin mudah selepas menurunkan berat badan.

Keseluruhan perjalanan bersama Shaklee sangat menyeronokkan dan menenangkan kerana saya tidak berasa lapar dan tertekan.

Semakin sihat

Lebih bertenaga dan kulit lebih berseri

Saya memang suka makan makanan manis. Tanpa disedari, berat badan saya semakin meningkat sehingga menyebabkan stamina saya merosot dan cepat berasa penat. Tumit saya juga berasa sakit apabila berjalan.

Sejak diperkenalkan dengan Shaklee, saya tidak lagi menoleh ke belakang kerana apa yang saya perolehi kini lebih banyak daripada yang saya hilang. Saya berasa lebih bertenaga, kulit lebih berseri dan saya turut mengamalkan pemakanan sihat.

Tekad yang kuat sangat perlu untuk memulakan perjalanan menurunkan berat badan agar lebih sihat dan meneruskan usaha untuk merubah penampilan diri.

Dari tak sengaja perlu kurus

Gembira dengan diri yang baru

Saya mengalami sakit lutut dan sesak nafas apabila melakukan aktiviti harian. Perkara ini mendorong saya untuk mencuba Set Kurus Hello New You Shaklee. Saya dapati berat badan saya turun secara konsisten dan tabiat makan juga mula berubah ke arah yang lebih baik. Kulit saya kelihatan lebih sihat dan badan terasa lebih segar.

Saya lebih gembira dengan diri saya yang baharu!

Rasa lebih cergas

Turun 20KG dalam 2 bulan

Pada suatu hari, saya berasa sakit pada bahagian buku lali dan kaki. Rupa-rupanya, berat badan saya sudah meningkat dengan ketara. Saya cuba untuk mencari jalan penyelesaian dan saya dipertemukan dengan produk-produk Shaklee.

Selepas mengambil produk-produk Shaklee secara berterusan dan digabungkan dengan senaman dan pemakanan sihat, saya berjaya menurunkan 20kg dalam masa 2 bulan! Ramai yang memuji saya kelihatan lebih muda dan lebih bagus!

Terima kasih Shaklee kerana menawarkan program pengurusan berat badan yang mudah untuk diikuti.

Berjaya dapat berat ideal

Dari saiz XXXL ke saiz M

Sebagai wanita bersaiz besar, saya memang berdepan dengan pelbagai isu seperti kritikan terhadap diri sendiri, nilai diri, kulit kusam dan sakit kaki.

Ketika bertekad untuk mengubah gaya hidup, saya menemui set kurus Shaklee. Saya berjaya menurunkan berat badan dan kesihatan juga bertambah baik. Kini, saya berasa lebih gembira dan yakin.

Jom jalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee!

Siapa sangka dari ratus ke 90kg

Pulihkan keyakinan diri sendiri

Dulu saya berasa malu kerana saya tidak selesa dengan bentuk badan sendiri. Namun, dengan kesan Set Kurus Shaklee yang saya amalkan sangat menakjubkan, kini saya berkeyakinan tinggi untuk membantu lebih ramai orang mencapai kehidupan yang lebih baik dan sihat. Apa yang saya dapat?

Saya berasa lebih bertenaga, lebih kuat,lebih ringan dan kulit yang semakin berseri!

Set kurus Shaklee berkesan

Ini antara testimoni set kurus Shaklee dari mereka yang mendapat kesan dan puas hati selepas mengamalkan set Hello New You untuk kurus, di samping ribuan lagi di luar sana. Berminat untuk ubah tahap kesihatan, terus hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk bantuan, kumpulan sokongan serta mealplan.

Set Hello New You pelengkap untuk turunkan berat badan

Setiap pembelian akan dapat keahlian, penghantaran dan juga kumpulan sokongan dari ahli nutrisi yang bertauliah.

Mak-mak macam saya yang turut struggle nak turunkan berat badan, ini adalah masanya untuk kita ubah kerana yakinlah bahawa bilangan anak tidak menentukan saiz badan.

Nina Salleh | Empowering moms