Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Testimoni Shaklee Telah Merubah Kehidupan Saya

Imbas kembali masa saya masih berkerja 8 pagi hingga 5 petang, kena punch in dan punch out, terasa seronoknya kalau dapat kerja sendiri. Masa tu saya belum lagi terbuka hati nak buat bisnes Shaklee. Sekadar berseronok untuk tengok orang lain buat. Hingga kini, hampir setiap sudut kehidupan berubah selepas diri sendiri alami testimoni Shaklee.

Kenangan kerja di Sabah

Bezanya orang lain guna Facebook dapat duit, tapi saya guna Facebook untuk tengok orang. Kalau lah masa tu saya dah bertindak, saya dah awal sedikit dari hari ini. Tapi apa pun, Allah swt dah aturkan masa yang terbaik kan.

Ramai betul kawan sebaya yang dah mula aktif bina bisnes Shaklee 7-8 tahun lepas. Sampaikan bila skrol Facebook, penuh dengan kisah kawan-kawan sebaya duk berkongsi kisah mereka dengan Shaklee.

Saya masih seronok jadi “pemerhati”. Dalam masa sama tengah ligat otak berfikir bisnes apa nak buat sebab nak berhenti kerja.

Banyak kali cuba buat bisnes dari rumah

Saya jadi tak boleh “brain”, macam mana dengan bisnes Multilevel Marketing (MLM) Shaklee ni orang boleh sara kehidupan. Setiap kali saya skrol Facebook, ada kisah kawan-kawan beli rumah, beli kereta dan macam-macam hartanah dengan Shaklee. Buatkan saya tertanya-tanya, berapa ribu yang diorang dapat hasil bisnes Shaklee. Adakah melebihi pendapatan saya sebagai seorang pegawai kerajaan masa tu. Kalau boleh dapat lebih, saya pun nak jugak buat bisnes Shaklee.

Mana taknya, dari dulu lagi saya bercita-cita nak buat bisnes sendiri, ikut masa sendiri dan tak perlu punch in punch out.

“Seronok pusing dunia Shaklee bayarkan”

Bab melancong dengan Shaklee, ni pun perkara yang saya musykil. Macam mana nak pergi melancong dan Shaklee tanggung semua. Inilah testimoni Shaklee yang paling saya suka dan teruja.

 

Pelancongan dengan Shaklee boleh bawa suami, anak, mak ayah dan ada yang bawa mertua. Ish, biar betul semua ni Shaklee tanggung, beri tiket dan sediakan penginapan yang mewah. Semua bercuti bukan gaya backpackers, tapi gaya orang kaya jutawan. Semua benda diurus dan diatur. Dalam hati masa tu rasa teruja betul. Terus berangan nak melancong dengan suami, anak-anak dan keluarga walaupun belum daftar pun lagi.

Makan tengahari di Barcelona sebelum kami naik kapal terbesar di dunia

 

Disebabkan saya ni suka melancong, inilah yang saya kejar masa mula daftar sebagai ahli Shaklee bulan Jun 2016.

Testimoni dengan bisnes Shaklee

Saya dah ada testimoni sebagai pengguna dan pengamal vitamin Shaklee untuk masalah eczema. Kalau dulu, jari saya ni memang tak ada harapan tapi kini saya macam jadi diri yang baru. Bebas gejala eczema tanpa guna steroid.

Anak-anak juga jadi testimoni Shaklee yang buatkan saya tak dapat berenggang dengan Shaklee. Anak sulung dulu kerap masuk wad. Sebab masa tu saya belum kenal Shaklee.

Untuk anak kedua dan seterusnya, saya amalkan Shaklee sejak mengandung dan dalam proses menyusukan pun saya tak tinggal. Syukur Alhamdulillah, tak ada lagi episod masuk wad macam anak sulung.

Kenangan di lobi kapal terbesar di dunia

Benarlah, dengan amalkan vitamin, kesihatan pun bertambah baik. Saya sendiri jadi saksi dalam kehidupan bersama anak-anak. Kami sangat terhutang budi dengan vitamin Shaklee😅

Syukur Allah swt buka pintu hati supaya saya tak rasa lokek atau sayang duit untuk melabur pada kesihatan. Kalau orang lain berhabis untuk beli emas, tapi saya pilih untuk labur kepada kesihatan dan beli vitamin Shaklee setiap bulan.

Apa Erti Emas Tanpa Kesihatan

Baru ni ada kenalan terdekat, sampai ajalnya berakhir dengan penyakit kanser serta komplikasi buah pinggang. Beliau orang yang boleh dikatakan banyak duit.

Banyak harta. Kalau jumpa; mata saya akan nampak gelang emas besar yang beliau pakai, rantai leher yang labur hingga ke dada, serta gelang kaki yang besar dan sangat menonjol. Memang banyak harta dan banyak emas.

Setia dengan Vivix walaupun ke serata dunia

Tapi waktu beliau sakit, emas-emas semua diberi kepada anak menantu. Namun, emas itu semua tak dapat beri kesihatan.

Waktu muda, kita mungkin tak terfikir akan sakit begitu. Beliau masih muda, arwah meninggal ketika berusia 50 tahun. Lebih muda dari ma dan abah saya.

Kematian beliau jadi peringatan untuk diri saya dan semoga buat yang membaca juga. Waktu sihat, mungkin kita akan rasa “lebih baik beli emas 1 gram berbanding 1 botol Vivix” tapi ketahuilah hakikat bahawa kesihatan ni juga amanah. Ia tak dapat dijual beli.

Hargai Sebelum Terlambat

Sejujurnya saya pun pernah rasa tak perlu berhabis untuk beli vitamin. Kalau saya beli emas, boleh nampak pertambahan setiap gram.

Kalau saya beli Vivix, memang saya akan nampak duit yang berkurang. Tapi bila difikirkan balik, saya nak pilih umur yang panjang dengan kesihatan yang baik. Sebab itulah saya mula melabur dengan Vivix dan Res-V setiap hari. Semua ni untuk kesihatan di hari mendatang. Mudah-mudahan Allah beri umur panjang yang bermanfaat.

Res-V dan Vivix setiap hari buat kehidupan rasa lengkap

Minta dijauhkan daripada penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis dan masalah kesihatan lain. Benar, penyakit ni semua ada yang tak dapat diubah seperti penyakit autoimun. Namun, banyak juga penyakit yang boleh dielakkan dengan pemakanan, ubah gaya hidup dan amalkan vitamin.

Sementara Ada Masa

Sementara masih diberi ruang dan umur; sama-sama kita ikhtiar jaga kesihatan. Melaburlah dengan Vivix dan Res-V yang di dalamnya ada polifenol dan resveratrol.

Banyak manfaat polifenol & resveratrol untuk kesihatan, antaranya:

1. Menghalang kerosakan sel dari radikal bebas.

Radikal bebas boleh menyebabkan sel yang sihat menjadi rosak dan “cancerous”

Punca utama radikal bebas dari pemakanan, asap rokok dan persekitaran.

2. Menjaga kesihatan sel dari peringkat DNA

DNA manusia ialah apa yang membentuk keseluruhan sistem. Sekiranya baik, tersusun dan rapi DNA, maka seluruh badan akan berada pada kesihatan yang baik.

Jadi, polifenol dan resveratrol memainkan fungsi penting untuk memastikan DNA terjaga rapi.

3. Menjana tenaga dalam sel badan

Untuk pastikan sistem badan dapat berfunsi dengan baik, tenaga diperlukan dengan kadar yang optimum.

Kalau pasar malam akan gelap tanpa generator untuk janakuasa hidupkan lampu, begitulah fungsi badan akan merudum tanpa tenaga dalam sel.

Sel kulit susah nak membahagi, fungsi-fungsi lain akan merosot. Dengan polifenol&resverstrol, tenaga akan sentiasa di paras optimum.

Setiap hari nak berkerja pun rasa teruja dan senang hati sebab badan bertenaga dan tak ada ‘mood swing!’

4.Mengawal paras gula dalam darah

Dalam banyak kajian terbukti pengambilan polifenol&resverstrol dapat mengawal paras gula dalam darah.

Bahaya gula tinggi dalam darah bukan saja menyebabkan penyakit kencing manis, tapi boleh mengakibatkan kerintangan insulin. Inilah yang akan meningkatkan keradangan dalam tubuh badan. Lalu terjadilah banyak penyakit seperti gout, buah pinggang dan radang pada jantung dan organ lain.

Ingat, kesihatan kita ialah tanggungjawab kita. Bagaimana tahap kesihatan di hari tua, kita corakkan waktu masih muda dan sihat.

Promosi istimewa bulan Jun

Mulakanlah pengambilan polifenol & resveratrol dalam Res-V & Vivix Shaklee dengan harga promosi bulan Jun 2023. Nikmati diskaun 5% dan installment 6 bulan tanpa faedah dengan kad kredit Maybank.

Tanya Pengedar Shaklee Ampang untuk bantuan dan pembelian dengan rebat tunai.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang