Hari ni hari pertama Amanda mula bersekolah di Tadika On Pong. Lepas sebulan Amanda rehat, mom ambik keputusan, untuk hantar ke sekolah tadika Cina. Saya akan kongsikan sedikit sebanyak cara saya pilih tadika untuk anak. Maklumlahm, tadika ialah sekolah pertama anak-anak. Jadi kena buat pilihan yang betul.
Sebelum ni rancangan saya untuk hantar anak ke Khalifah Model School (KMS), oh my dream school. haha. Mom yang mengidam sekolah tu sebenarnya.
Cara Saya Pilih Tadika untuk Anak
Dari KMS, jauh melencong ke tadika cina, dah kenapa pulak kan. Lari terus dari islamik kepada aliran anak.
Ok pertama sekali, kalau nak teruskan sekolah Amanda di KMS, Amanda boleh je terus sekolah di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM), aliran kat sana sesuai untuk teruskan di KMS.
Yang mana benda apa yang mereka belajar, sangat bagus untuk long term, membentuk peribadi dan khalifah, bukan terlalu fokus kepada akademik. Tapi sebab buat masa sekarang, mom dah kena buat keputusan, sebab Amanda dah 5 tahun.
Tak ada fikir dulu atau kemudian, sekarang jugak kena buat keputusan. Lepas fikir, tengok orang, buat research, observe, tertarik juga dengan cara angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, yang sekolahkan anak beliau di sekolah aliran Cina. Mom memang peniru bersiri😝
Banyak yang saya belajar dari beliau, teruatamanya belajar cara parenting issues, spending time with kids. Memang lah tak ada ibu bapa yang sempurna, tapi kita boleh cuba cari jalan untuk beri yang sesempurna mungkin kepada anak-anak.
Cuba tengok jadual Bella and Tasha, perghhh, memang hectic tapi anak-anak kan memang masa ni nak bagi dia serap
Yes! Dapat idea nak sekolahkan Amanda di sekolah Cina, maksudnya sekarang Amanda dah kena masuk sekolah Cina, kalau nak tunggu 6 tahun lambat sangat. Bermula pencarian sekolah untuk Amanda..
TASKA/TADIKA/PRA SEKOLAH CINA SEKITAR AMPANG, KUALA LUMPUR
Bermula seisi tanya Mr Google, nak tanya siapa lagi kan, mana ada adik beradik Nina sekolah Cina pun. In fact, Nina memang tak pernah fikir sebelum ni nak masukkan Amanda ke sekolah Cina sehinggalah Nina tertarik dengan Bella dan Tasha , yang seawal 5 tahun dah di train.
Nina kena cari tadika Cina untuk Amanda, tapi pilihan pertama Nina, ialah pra sekolah Cina. Tak banyak lepas tu kena research sendiri, sebab tak tahu macam mana nak cari🤧
Bermula dengan SRJK (C) Tsun Jin, paling dekat dengan area rumah Abah Nina, so senang. Dekat Taman Maluri je, masuk pejabat tanya pasal pra sekolah, memang tak ada.
Katanya, ada 1 je kalau area KL ni yang ada pra sekolah, SRJK (C) Kung Min, sini je yang ada pra sekolah. Bila telefon pejabat, sekolah cakap dah tutup, semua kena buat online. Dah terlambat untuk 5 tahun. Tapi korang yang belum 5 tahun, bersedia 1 MAC nanti register online untuk kemasukan tahun 2019😁
1 Mac nanti apply darjah 1 SRJK (C) On Pong untuk Amanda
Anak 6 tahun pun boleh apply, tapi kena online jugak.
Kami okay sebab tu bukan pilihan kami jugak, jauh dari rumah sendiri di Pandan Indah, dan rumah keluarga di Desa Pandan.
Kalau sekolah Cina lain yang tak ada pra sekolah Cina, kena masuk tadika swasta dulu. Jadi, dari google Nina jumpa SRJK (C) On Pong dekat Ampang. Siap ada tadika! Okay then this is it!
Sama kawasan dengan sekolah rendah, macam pra sekolah tapi sebenarnya swasta
Terus telefon pejabat, ‘ada satu kekosongan’ , Alhamdulillah! Memang rezeki Amanda. Sebab sekolah Cina diorang ada quota untuk Melayu Islam, 5 orang saja katanya. Kami terus ke sekolah tu, tadika tu dalam sekolah rendah, tapi bukan kerajaan punya.
Yang bestnya, anak yang tadika di On Pong, akan diberi keutamaan untuk teruskan darjah 1 di SRJK (C) On Pong, tapi mesti kena isi online jugak. Bersedia saja 1 Mac, jangan sampai lupa🤭
TADIKA ON PONG
Alhamdulillah, ALLAH swt mudahkan. 30hb Januari 2018 kami siap register, yuran sebanyak RM800 , bulanan RM150.
Yuran dah termasuk 2 pasang uniform, 1 pasang baju sukan, dan buku sekolah.
2 pasang uniform
1 pasang baju sukan setiap Jumaat
Jumpa guru kelas, dan mereka sangat minta kerjasama untuk pantau anak supaya siapkan homework. Kami faham, ye la bayangkan tak ada basic, dan kami pun memang tak pandai, sendiri punya ingat la kan.
Kena kerja kuat sama-sama dengan Amanda, mom anggap mom boleh sama belajar dengan Amanda, sama-sama kita pandai Cina ok😁
Good luck sayang! Tak sabar nak tau apa feedback Amanda untuk hari pertama ni😆
P/S: Amanda dah 6 tahun, dan Maryam 4 tahun pun sekolah yang sama. Nina kongsikan review di sini.
Nina Salleh | Empowering moms