Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Pengalaman Travel dengan Tajaan Shaklee

Baru lepas musim haji, memang rindu ni membuak-buak untuk sampai ke Tanah Haram. Lagi-lagi bila musim haji 2023 ni ramai kawan sebaya yang Allah swt jemput untuk tunaikan rukun Islam ke-5. Kalau boleh, saya nak sangat pergi haji waktu masih muda dan sihat tubuh badan. Sebab kerja haji ni bukan macam kerja umrah. Ibadah yang betul-betul menguji mental dan fizikal.

Lagipun jutaan manusia berkumpul pada musim haji. Waktu umrah, keadaan tidak lah se sesak musim haji.

Betapa ramai umat Islam berkumpul di satu tempat pada satu masa, itulah musim Haji

Bayangkan nak bersama dengan umat Islam seluruh dunia di Mina, di Arafah, jugaan umat Islam akan berkongsi tandas terhad, tempat yang bukan selesa macam di rumah tapi itulah sisi manis ibadah haji. Di mana kita dapat rasa diri hamba yang hina, tinggalkan anak dan segalanya untuk Allah swt.

Kenangan umrah lebih 10 tahun lalu. Bawah tu ialah laluan untuk saie. Lampu hijau tu kawasan bermula lari-lari anak. Simbolik waktu Siti Hajar mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail a.s. Makkah hanya tanah tandus masa tu.
Saya dan adik di hadapan Ka’bah.

Tapi itulah, bukan rezeki lagi. Terus berdoa je. Di samping banyak lagi hutang kena langsai.

Rezeki dan jemputan haji tu pun rahsia Allah swt. Kalau sekarang ni belum nampak jalan, tak apa. Kita berdoa dan terus berharap agar dibukakan jalan, ada magik untuk jadi tetamu Allah swt bagi menunaikan rukun Islan ke-5 ini.

Teringin Nak Tengok Kaabah

Masa solat, ada sejadah gambar Ka’abah. Anak sulung saya tanya, “bila kita boleh pergi tengok Ka’bah?”

Jauh di sudut hati, memang itulah niat saya. Sampai hari ni saya masih tetap optimis akan dapat pergi terutama umrah percutian dengan Shaklee. Semuanya Shaklee tanggung untuk saya, suami dan 4 orang anak kami.

InsyaAllah doakan agar tercapai nak dapat 6 tiket umrah Shaklee. Allah Maha Baik🤲🏻

Walaupun belum pernah pergi umrah tajaan Shaklee, tapi pengalaman travel dengan Shaklee sejak tahun 2017 tak pernah mengecewakan. Travel ke luar negara Eropah atau Asia, Shaklee sangat menjaga setiap pengedarnya dan keselesaan kami semua paling diutamakan.

Pengalaman Travel dengan Shaklee 

Setiap tahun, pengedar Shaklee yang layak untuk dapat tajaan percutian antarabangsa diberi pilihan sama ada nak menunaikan Umrah atau pergi ke destinasi yang ditetapkan. 

Sebelum ni, saya pernah ke Eropah menaiki kapal terbesar di dunia. Selain kami delegasi Shaklee, mereka yang ada dalam kapal ni orang-orang kaya. Yang saya jumpa ada pakar bedah, juruterbang dan banyak lagi latar belakang pekerjaan bukan calang-calang.

Di lobi dalam kapal terbesar dunia

Masa tu, bila diberitahu kami dibawa oleh Shaklee; mereka pun terkejut. Tak banyak syarikat yang sanggup melabur untuk orangnya tetapi Shaklee begitu. Bukan saja pengedar; mereka yang amal vitamin Shaklee pun dijaga supaya makan vitamin dan dapat kesan positif untuk kesihatan.

Umrah dengan Shaklee

Bila anak saya yang umur 10 tahun selalu ajak nak pergi tengok Ka’bah, insyaAllah saya akan usahakan untuk dapat umrah tajaan Shaklee. Untuk saya, suami dan anak-anak 4 orang. Iya, Shaklee akan taja keluarga termasuk ibu dan ayah serta mertua mengikut kelayakan tiket tanpa perlu bayar apa-apa.

Waktu umrah pula, mengikut pengalaman mereka yang sudah berkali-kali menunaikan umrah dengan Shaklee. Hotel yang diberikan yang dekat dengan Masjidil haram dan Masjid Nabawi. Jadi, kalau ada orang tua atau anak kecil, perjalanan lebih mudah. Waktu saya ke sana tahun 2010 dan 2012, kedudukan hotel juga dekat tapi hotel biasa saja. Dengan Shaklee, sudahlah hotel dekat bertaraf 5 bintang pula tu.

Sebelum berangkat, ada luggage dan telekung Siti Khadijah yang dihadiahkan buat tetamu Allah. MasyaAllah, seronoknya. Saya boleh bayangkan macam mana anak-anak nanti bila Ka’bah yang selalu mereka nampak di sejadah, kini ada depan mata.

Mohon doakan agar saya sekeluarga dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan dapat menikmati umrah tajaan Shaklee. Paling teruja nak tunaikan permintaan anak sulung, tapi Shaklee yang akan sponsor.

Luggage dan telekung dari Shaklee untuk umrah

Doakan hajat dan cita-cita anak saya, Allah swt makbulkan. Kalau teringin nak travel setiap tahun, hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk tahu bagaimana. Tak kiralah apa latar belakang, Shaklee tetap beri peluang sama rata untuk berjaya bersama-sama.

Nina Salleh | Shaklee Business Leader