Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Trip percuma Shaklee 2018: Mediterranean Cruise

Hampir sebulan sudah pun berlalu sejak pulang dari percutian mewah merentasi 6 bandar di Eropah dengan menaiki kapal terbesar Symphony of the Seas.

Terlalu rindu dengan kehidupan dilayan bagai puteri raja atas kapal terbesar di dunia!

Perbandingan kapal yang kami naiki dengan Titanic yang popular sehingga kini

Percutian ini adalah hadiah daripada Shaklee untuk mereka yang layak bagi tahun 2017/2018. Destinasi untuk percutian antarabangsa pula ada dua pilihan sama ada mediterranean cruise atau umrah.

Kos keseluruhan untuk percutian ini hampir RM20,000 setiap orang dan Shaklee taja sepenuhnya termasuklah pemberian duit poket.

Percutian Tajaan Penuh dari Shaklee

Ini adalah kali kedua saya berjaya melayakkan diri untuk trip percutian tajaan penuh daripada Shaklee. Untuk layak mendapat percutian yang ditawarkan, para pemimpin perniagaan perlu cukupkan mata ganjaran dengan kenaikan pangkat dalam Shaklee.

Trip pertama saya pada tahun 2017/2018 layak untuk ke Phuket, Langkawi dan Penang dengan menaiki Libra Cruise .

Kali ini saya nak bawa kalian untuk sama-sama melancong dan rasai pengalaman perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), menaiki kapal dan perjalanan merentas benua sehinggalah sampai ke KLIA kembali.

Perjalanan Ke Barcelona

Disebabkan kapal berlabuh di Barcelona, Sepanyol, kami semua perlu terbang ke sana terlebih dahulu. Jadi hari pertama kami berada di Barcelona untuk makan, jalan-jalan melawat tempat bersejarah dan yang menjadi mercu tanda Barcelona.

Dari Kuala Lumpur ke Dubai

Berangkat dari KLIA ditemani oleh suami, mak dan adik beradik. Dah jadi tradisi keluarga kami, setiap kali ada yang nak berangkat ke luar negara, yang tukang hantar dah macam rombongan sekolah.

Ada budak bakal kena tinggal tu

Tak dapat ikut ke luar negara, dapat ikut pergi airport pun dah cukup seronok. Makan sama-sama dan bergelak ketawa sebelum mula drama air mata.

Lebih ramai lebih meriah. Sebelum drama air mata..

Pengalaman dalam Kapal terbang Emirates

Perjalanan percutian untuk trip Shaklee kali ini bermula dengan penerbangan Emirates Airline yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 2 pagi, 8 September 2018.

Kali pertama saya terbang dengan Emirates Airline memang dapat rasakan suasana, pengalaman dan menu dalam kapal terbang yang belum pernah ada sebelum ni.

Menu yang akan dihidang sepanjang perjalanan

Makanan yang dihidang memang kena dengan tekak Melayu asli kita ni. Rasa nak tambah-tambah pula kan.

Bisnes Shaklee beri trip percuma

Sepanjang perjalanan, saya banyak habiskan masa dengan menonton cerita. Lagipun saya perlu pam susu setiap 3 jam sebab anak ketiga masih menyusu dengan susu badan. Untuk elakkan susu badan berkurang, saya perlu usahakan untuk ikut jadual pam susu sepanjang percutian ni.

Peralatan pam susu sentiasa dibawa dalam bag

Mak-mak kena berkorban macam ni lah. Bag galas pun besar sebab isi barang pam susu anak. Handbag yang kecik-kecik semua kena simpan masuk stor je. Doanya semoga anak-anak membesar jadi orang yang menyenangkan dan hamba Allah yang bertaqwa. Tiber doa pulak.

Keistimewaan Emirates Airline yang saya tak pasti dalam kapal terbang lain ialah waktu bukan meal-serving time pun kita boleh minta makanan seperti mi segera secara percuma selain daripada free flow kopi, jus buah-buahan dan air kosong.

Dalam kapal terbang tu rasanya saya orang yang paling banyak order air. Mujur lah pramugari semua baik dan masih boleh senyum melayan permintaan.

Menu yang ini memang sedap sungguh. Rasa macam maggi ayam. Teringat sampai sekarang

Mungkin lepas ni untuk jalan-jalan ke luar negara saya akan pilih Emirates Airline.

Transit Di Dubai

Selepas 7 jam, kami selamat mendarat di lapangan terbang Dubai dan transit untuk 3 jam. Kami jalan-jalan di sekitar airport dan sempat makan piza, sandwich dan minum kopi bersama.

Lepak sambil makan di Dubai Airport

Dari Dubai Ke Barcelona

Penerbangan seterusnya untuk ke Barcelona pada jam 7.50 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Keseluruhannya dari Kuala Lumpur ke Barcelona 14 jam masa penerbangan.

Sepanjang itu juga saya nak terima kasih kepada pramugari Emirates Airline yang tak jemu-jemu melayan semua permintaan saya. Di raut wajah walaupun nampak kepenatan tapi tetap memberikan senyuman. Belajar dari pramugari dan pramugara, mereka tidak mudah mengalah dengan emosi. Mereka tetap rasional. Ia satu sikap yang perlu dicontohi.

Duit poket dari Shaklee 170Euro yang diberikan sewaktu di KLIA

Hola Barcelona!

Selepas 7 jam terbang dari Dubai, saya selamat sampai dan jejakkan kaki pertama kali di Barcelona. Di lapangan terbang Barcelona, ada beberapa buah bas yang menanti untuk bawa kumpulan Shaklee ke destinasi yang seterusnya.

Ada staf yang sudah bersedia untuk mengatur pergerakan termasuklah membawa bagasi ke lokasi seterusnya

Keluarga besar Shaklee dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan pergerakan dalam tempoh trip ini serta untuk memudahkan urusan tour guide.

La Ramblas

Destinasi pertama kami di Barcelona ialah La Rambla. Ia adalah lorong yang sangat terkenal di kalangan pelancong. Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan gerai yang menjual banyak cenderamata yang sesuai untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Saya memang tak cadang nak membeli belah pun, memang nak menikmati percutian yang Shaklee taja dan melihat keindahan bumi Tuhan.

Mercu tanda La Rambla

Bangunan di kiri dan kanan lorong ni juga sangat tinggi dengan nilai senibina yang menarik dan bersejarah.

Jalan-jalan di sekitar La Rambla

Kalau ke Barcelona tanpa singgah di La Rambla memang tak lengkap lah perjalanan tu.

Simpan dulu handphone dan nikmati pemandangan yang indah

Makan tengahari di Marina Bay

Restoran yang dekat dengan laut ini memberikan rasa seolah-olah sedang makan di persisiran pantai. Hidangan yang disediakan dari makanan laut yang sangat segar dan juga nasi.

Di bahagian depan restoran dua tingkat

Makan di sini sudah siap dipesan oleh pihak Shaklee Malaysia. Kami hanya ambil tempat masing-masing dan tunggu sahaja makanan sampai.

Dah ada sebotol chewable C sebagai saguhati di tempat duduk

Ya Allah, paling saya teringat ialah seafood paella di sini. Tak puas makan dan kalau boleh nak pergi lagi sekali untuk makan paella. Gitu sedap sampai bertambah-tambah.

Menu pembuka
Menu permulaan pun dah sedap macam ni. Sepanjang ikut trip percuma Shaklee, menu semua sentiasa tip top dan kita bawa badan je ya.
Seafood Paella terlampau sedap sampai saya minta tapau nak bawak balik ke bilik
Penutup menu dengan lobster

Sepanjang tip ni, untuk makan semuanya ditanggung oleh pihak Shaklee Malaysia. Kalau kata tak nak shopping, duit 170eura yang diberi tu sudah sangat memadai.

NH Hotel Barcelona

Selepas seharian berjalan-jalan di La Rambla dan makan di Marina Bay, kami dibawa ke NH Hotel Gran Collection untuk bermalam. Esoknya baru lah akan ke pelabuhan yang menempatkan kapal Symphony of the Seas.

Transit dan bermalam di sini sebelum naik cruise

Berdekatan dengan hotel ni ada pasaraya Primark. Sempat juga saya ke sana untuk beli baju anak-anak. Baju murah tapi kualiti tiptop hanya di Primark. Ha iklan gitu.

Selepas makan pagi di NH Hotel, kami terus check-out untuk jalan-jalan di sekitar Barcelona.

Park Güell

Lokasi pertama kami ialah Park Güell, sebuah taman dalam bandar yang popular dengan mosaic dan cicak besar di tengah-tengahnya.

Sebelum memasuki pintu Park Güell

Pada tahun 1900, Eusebi Güell, orang kaya dan keturunan diraja Barcelona telah mengupah Auntoni Gaudi untuk membina perumahan mewah di kawasan ini.

Antara keunikan taman ini ialah cicak besar di antara 2 tangga dengan menggunakan mosaic yang tak terkira banyaknya. Namun, hanya 2 buah rumah yang berjaya dijual.

Taman ini telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1984. Selepas kematian Eusebi pada 1922, taman ini telah dihadiahkan kepada kerajaan Barcelona.

Bersama otai dalam bisnes Shaklee, dah lebih 20 tahun. Berpuluh negara dah pergi dengan Shaklee
Bersama aster Syaheera (upline saya dalam Shaklee), Mona dan Master Salwa
Mercu tanda Park Guell ialah binaan cicak dari mosaic ni
Keunikan binaan bergabung dengan keindahan flora

Sagrada Família

Sebuah gereja yang dibina bermula tahun 1882, sehingga sekarang masih belum siap dan melibatkan arkitek yang silih berganti.

Dari jauh dapat ambil gambar keseluruhan bangunan

Pembinaan gereja ini sangat perlahan kerana menggunakan hasil kutipan derma orang persendirian. Bayangkan gereja sebesar seakan KLCC dibina dengan kutipan duit orang awam.

Sagrada Família di belakang kami masih ada lagi kren kerana belum siap sepenuhnya

Hospital de Sant Pau

Hospital yang dibina antara tahun 1901 dan 1930, berfungsi sepenuhnya sehingga bulan Jun 2009. Seterunya ia dijadikan musium dan tapak senibudaya selepas ada sebuah hospital lain dibina di sebelahnya.

Hospital ini dijadikan tapak UNESCO World Heritage pada 1997 dan dibuka untuk lawatan pada tahun 2014.

Dulunya sebuah hospital besar di Barcelona
Dalaman hospital. Ini kalau masuk boleh sihat terus lah ye

Selepas itu, kami menaiki bas untuk ke pelabuhan yang menempatkan kapal terbesar Symphony of the Seas.

Embarkation to Symphony of the Seas

Pelabuhan untuk parking kapal Symphony of the Seas bersize lebih kurang tapak menara berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Dari kawasan parking kapal Symphony of the Seas (Gambar kredit: Catalan News)

Saat yang dinanti-nanti telah pun tiba. Rasa macam baru semalam dapat layakkan diri ke trip tajaan Shaklee kali ni, selepas 9 bulan hari ni dah boleh tengok depan mata dan akan masuk rasai sendiri pengalaman dalam kapal mewah ni.

Gambar ni tak dapat beri gambaran besar nya kapal ni. 15 tingkat dan paling besar di dunia.

Ini kalau pergi sendiri, mungkin lah kami tak pilih untuk ke sini sebab kosnya memang mahal sungguh.

Sebelum dibenarkan masuk ke dalam kapal, kami perlu ambil Sea Pass Card di sini. Kad yang akan digunakan untuk urusan keluar masuk kapal, buat pembelian dan juga sebagai kunci pintu bilik nanti.

Kaunter untuk check-in untuk naik kapal
Sea Pass Card untuk Symphony of the Seas

Ada nombor bilik, nombor meja untuk seisi makan malam di dewan makan utama sepanjang atas kapal juga.

Sebarang pembelian yang dibuat menggunakan kad ini akan dikira sebelum check-out dan pembayaran perlu diselesaikan sebelum keluar. Untuk pembelian secara tunai, pembayaran boleh dibuat terus di kaunter bayaran setiap kedai.

Welcome onboard Symphony of The Seas

Tempat makan

Selepas seharian berjalan dengan beralaskan makan pagi di hotel sahaja, memang perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Masuk je dalam kapal, tempat makan lah yang pertama kami tuju.

Windjaimers Marketplace

Salah satu tempat makan yang ada dalam kapal Symphony of The Seas ialah Windjammers Marketplace. Di sini makanan dihidangkan secara buffet.

Tempat makan buffet dalam kapal

Terlalu banyak pilihan makanan yang kena dengan tekak Melayu. Ini antara restoran pilihan saya.

Pilihan dessert di Windjammers Marketplace

Menu yang saya pilih untuk hari pertama:

Nenas kegemaran mestilah yang dipilih
Puding roti pun ada
Banyak pilihan dessert
Pelbagai pasta juga dihidang
Akhirnya bertemu kembali dengan nasi

 

Ruang makan yang menghadap lautan

Restoran dalam kapal ni ada yang percuma dan ada juga yang perlu bayar seperti mana, ada berbayar dan percuma (complimentary).

Kedai makan yang berbayar

Untuk yang percuma, kami dapat makan di mana-mana restoran pun selain Windjammers:

Menu sandwich yang pelbagai di Park Cafe

Sangat teruja untuk kongsikan pengalam trip percuma dengan Shaklee. Kami mulakan pengembaraan untuk merentasi 6 bandar dalam 3 negara di Eropah, iaitu Itali, France dan Spain.  Saya akan kongsikan review dari bilik dan perjalanan kami ke 6 bandar dalam post seterusnya.

Nina Salleh | Empowering moms