Diet & Kesihatan Wanita

Vitamin untuk IVF Suburkan Telur Sebelum Rawatan

Ramai suami isteri hari ini memilih rawatan IVF (In Vitro Fertilization) sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Namun, perjalanan ke arah kejayaan IVF bukan semudah yang disangka.

Ia bukan hanya bergantung pada prosedur semata-mata, tetapi juga bergantung kepada persediaan badan terutamanya dari segi kesihatan dalaman dan kualiti telur.

Perlukan pengorbanan

Sebab itu, ramai wanita yang mula mencari vitamin untuk IVF bagi menyokong kesihatan reproduktif mereka sebelum memulakan rawatan. Kali ni saya nak kongsikan jenis vitamin yang membantu untuk menjayakan IVF. Vitamin ini sebaiknya diamalkan sebelum prosedur dijalankan.

Apa Itu Rawatan IVF? (Prosedur Ringkas)

Bagi yang belum tahu, ini ringkasan tentang rawatan IVF. Ia adalah proses di mana telur wanita disenyawakan dengan sperma lelaki di luar badan, dalam makmal. Ia melibatkan beberapa langkah utama:

Proses ringkas bagaimana IVF dilakukan
  1. Rangsangan ovari iaitu suntikan hormon diberikan untuk galakkan pengeluaran lebih banyak telur dalam satu kitaran haid.
  2. Pungutan telur (egg retrieval) di mana telur yang matang diambil dari ovari menggunakan prosedur khas.
  3. Persenyawaan bilamana telur dan sperma dicampurkan di makmal untuk disenyawakan.
  4. Pemindahan embrio (embryo transfer) apabila embrio yang terbentuk dimasukkan semula ke dalam rahim wanita untuk proses penempelan.
  5. Ujian kehamilan dilakukan beberapa minggu selepas pemindahan. Ujian darah dilakukan untuk tentukan kehamilan berjaya atau tidak.
Proses pembahagian sel selepas bersenyawa

Setiap langkah ini memerlukan badan wanita bersedia secara fizikal dan hormon. Sebab itulah nutrisi dan vitamin memainkan peranan penting sebagai persediaan sebelum IVF dijalankan.

Kenapa Kualiti Telur Sangat Penting Dalam IVF

Dalam rawatan IVF, salah satu penentu kejayaan ialah kualiti dan kuantiti telur wanita. Telur yang sihat dan matang akan meningkatkan peluang persenyawaan yang berjaya serta pembentukan embrio yang kuat.

Namun, faktor seperti usia, gaya hidup, tekanan, pemakanan tak seimbang dan masalah kesuburan seperti PCOS boleh menjejaskan kualiti telur. Ini menyebabkan sebahagian wanita mengalami kegagalan IVF walaupun prosedur telah dilakukan dengan betul.

Nutrisi dan Vitamin untuk IVF :Apa Yang Disarankan?

Pemakanan dan nutrisi yang cukup memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan telur. Ini antara vitamin yang disyorkan untuk meningkatkan kesihatan kesuburan:

Vitamin untuk bantu kesuburan

1. Folic Acid (Asid Folik)

Vitamin asas yang penting untuk pembentukan sel baru, termasuk sel telur. Ia juga mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada janin.

2. Vitamin D

Kekurangan Vitamin D berkaitan dengan gangguan hormon dan masalah ovulasi. Kajian menunjukkan wanita dengan tahap vitamin D mencukupi mempunyai kadar kejayaan IVF yang lebih tinggi.

3. Coenzyme Q10 (CoQ10)

CoQ10 membantu menghasilkan tenaga dalam sel dan menyokong kesihatan mitokondria dalam telur. Ia juga bersifat antioksidan yang boleh melindungi telur daripada kerosakan oksidatif.

4. Vitamin C dan Vitamin E

Kedua-duanya merupakan antioksidan yang membantu melindungi telur daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan pada DNA telur.

5. Zinc dan Selenium

Mineral penting dalam keseimbangan hormon dan proses ovulasi. Ia juga membantu dalam pembentukan embrio yang sihat.

Antioksidan Meningkatkan Kualiti Telur

Antioksidan sangat penting dalam dunia kesuburan kerana ia melindungi sel telur daripada tekanan oksidatif, yang boleh berlaku akibat pencemaran, tekanan harian, makanan proses dan usia.

Telur wanita hanya ada satu set sejak lahir. Jadi, menjaga sel telur dari kerosakan adalah sangat penting. Sebab itu nutrisi kaya antioksidan sangat membantu sebelum menjalani IVF.

Ikhtiar Semula Jadi: Testimoni Wanita yang Amalkan Polifenol

Antara antioksidan semula jadi yang semakin popular adalah resveratrol dan polifenol, sebatian tumbuhan yang terbukti menyokong kesihatan sel dan hormon wanita. Sama seperti yang terkandung dalam Vivix Shaklee.

Telur bertambah selepas amalkan polifenol

“Selepas konsisten ambil suplemen kaya polifenol, doktor terkejut bila tunjuk telur saya makin banyak dan matang. Saya dah dua kali buat IVF tapi gagal. Syukur sangat lepas cuba Vivix, jumlah telur yang matang dan berjaua pun sangat meningkat”

Testimoni ini menunjukkan bagaimana nutrisi yang betul boleh bantu wanita meningkatkan peluang kehamilan secara semula jadi dan menyokong prosedur IVF.

Vivix Kaya Antioksidan untuk Wanita yang Ikhtiar Hamil

Vivix Shaklee ialah minuman botani yang mengandungi resveratrol dan polifenol yang tinggi. Ia bertindak sebagai antioksidan yang kuat, membantu:

Walaupun bukan ubat kesuburan, Vivix boleh menjadi ikhtiar semula jadi bagi wanita yang mahu memperbaiki kualiti telur sebelum IVF, atau sebagai persediaan untuk hamil secara semula jadi.

Berapa Lama Nak Ambil Vitamin Sebelum IVF?

Kebiasaannya, kita disarankan mula mengambil suplemen 2–3 bulan sebelum prosedur IVF, kerana kitaran pematangan telur mengambil masa lebih kurang 90 hari. Ini masa terbaik untuk memperbaiki kualiti telur dari dalam.

Usaha, Doa dan Konsisten

Setiap wanita yang melalui rawatan IVF pasti melalui perjalanan emosi dan fizikal yang besar. Vitamin bukan jaminan, tapi ia adalah sokongan penting dalam ikhtiar ke arah kehamilan yang sihat.

Cadangan Vitamin untuk Ikhtiar IVF

Jika kalian yang baca perkongsian saya dan sedang ikhtiar hamil atau bersedia untuk IVF, pertimbangkan untuk mula jaga kesihatan telur dengan nutrisi yang betul. Jangan tunggu hingga saat akhir. Bagi masa kepada tubuh untuk bersedia.

Untuk Dapatkan Vivix Harga Ahli

Nak tahu lebih lanjut tentang vitamin yang sesuai untuk ikhtiar IVF, saya sedia bantu.

Klik sini untuk bantuan dan dapatkan harga ahli untuk vitamin premium Vivix Shaklee.

Nina Salleh | 0123114040