Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Vitamin untuk Kesihatan Dalaman Wanita

Sebagai seorang ibu yang sudah melahirkan 4 orang anak secara normal, mneyusukan dan menjaga setiap seorang tanpa bantuan bibik, kesihatan dalaman saya sangat titikberatkan. Anak-anak jadi kekuatan untuk terus sihat. Dan sebab anak-anak juga saya perlu sihat.

Selain kesejahteraan emosi, saya amalkan vitamin penting untuk wanita ni untuk kesejahteraan badan dalaman. Nasihat saya untuk diri sendiri dan para ibu di luar sana, jom sama-sama kita cegah dari penyakit dan usaha kekal sihat sebagai tanda sayang pada diri sendiri.

Wanita sangat berharga, jaga dirimu

Duit boleh dicari tetapi kesihatan ialah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sebab tu penting untuk cegah sebelum terlambat.

1.Wanita Perlukan Asid Linolenik Gamma (GLA) 

Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga akan meningkat. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan kita. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.

Siapa perlukan GLA

Menggalakkan Kesihatan Kulit

Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat seperti:

Meningkatkan tahap kelembapan kulit

GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita.

Melegakan keradangan dan iritasi kulit.

Kulit yang mengalami iritasi dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan yang ada pada GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.

Melegakan Simptom Menopaus

Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati bermanfaat utuk memudahkan perjalanan menopaus dengan:

Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrien yang efektif membolehkan kita menikmati aktiviti kegemaran. Kajian pengambilan GLA dari minyak borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:

Sumber GLA Complex Shaklee

2. Asid Lemak Omega-3 Vitamin penting Untuk Wanita

Dalam banyak lemak, asid lemak omega-3 ialah yang kita perlu amalkan. Seperti GLA, omega-3 juga tidak dihasilkan sendiri oleh badan. Jadi perlu diambil dari sumber makanan dan suplemen. Secara am, omega-3 meningkatkan ketahanan badan, membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Untuk wanita, ini yang omega-3 buat.

Mengurangkan Sakit Senggugut

Kebanyakan wanita akan alami kesakitan apabila datang haid atau senggugut. Ini disebabkan oleh kontraksi yang kuat pada bahagian rahim yang dicetuskan oleh prostaglandin. Omega-3 membantu mengurangkan kesakitan ini disebabkan oleh fungsi antiradang.

Hanya 3 kapsul cukup 1g omega-3

Mencegah Tulang Rapuh

Wanita mempunyai risiko tulang rapuh lebih tinggi berbanding lelaki. Terutama selepas menapau disebabkan oleh hormon estrogen yang semakin rendah. Dengan bantuan suplemen kalsium, pengambilan omega-3 akan meningkatkan kepadatan tulang.

Cara pilih omega 3 yang berkesan untuk kesihatan

Menaikkan Rasa Bahagia (happy mood)

Omega-3 membantu mengurangkan masalah kemurungan.

3. Multivitamin Yang Wanita Perlu

Sering dipandang ringan, multivitamin sangat perlu untuk wanita penuhi keperluan harian vitamin. Lebih-lebih lagi bila sudah melahirkan anak. Paling penting untuk kesejahteraan harian yang membantu kekal sihat hingga usia tua. Bila dah berumahtangga, ada anak dan urus rumah kadang-kadang keperluan dan makan sendiri pun tak terjaga. Itulah kena wajibkan diri ambil mulitvitamin.

Ciri multivitamin yang perlu jadi pilihan

Salah satu ciri penting perlu ada dalam multivitamin ialah yang bebas ‘filler“, bahan kimia untuk penuhkan ruang. Selain itu perlu pilih yang diisi dalam botol terlindung dari cahaya. Buat pilihan bijak untuk kesihatan diri sendiri.

Kenapa multivitamin perlu diambil setiap hari

4. Kalsium dan Vitamin D untuk Wanita Kuat

Kesihatan wanita perlu dijaga seawal usia remaja dengan nutrisi yang cukup. Vitamin yang penting untuk wanita juga ialah kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat. Wanita akan alami tulang rapuh terutama selepas menopaus, sebab itu dari usia remaja perlu usaha untuk jaga kepadatan tulang. Kalau dah berusia, tulang dah rapuh nanti agak terlambat dah masa tu.

Keperluan harian

Tanda badan kurang kalsium. Sebaiknya jangan tunggu ada tanda ni tau

Pengambilan kalsium yang cukup mampu melambatkan masalah tulang rapuh. Untuk kesihatan tulang, wanita berumur 18-50 tahun memerlukan 800-1000mg setiap hari. Selepas umur 50 tahun, keperluan kalsium meningkat antara 1000-12000mg setiap hari. Makanan seperti yogurt, keju dan susu ialah sumber kalsium yang baik. Sumber kalsium yang bukan tenusu mempunyai kadar penyerapan yang rendah.

Tak semua kalsium tu berfungsi baik, perlu pilih yang cukup begini untuk bina tulang

Vitamin D ialah penting untuk penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium tidak diserap dengan baik ke tulang. Keperluan vitamin D harian ialah 400-600IU. Secara amnya, pendedahan kepadan sinaran matahari 10-15 minit setiap hari sudah mencukupi. Namun, ada hari yang kurang pendedahan akan mengurangkan penghasilan vitamin D dalam badan.

Ada banyak produk di luar sana, pastikan ada kajian bukti ia berkesan dan menyerap

Sumber yang lebih mudah dengan mengamalkan Ostenutrix Shaklee.

Inilah 4 vitamin penting untuk kesejahteraan wanita. Hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk dapatkan vitamin berkesan dengan harga jimat.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang