Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Bahagia dengan Cara Sendiri Untuk Rasa Cukup

Ingat lagi dulu saya selalu terfikir, “Alangkah bahagia bila rasa cukup dan seronoknya kalau saya dapat kerja dengan masa sendiri tanpa perlu terikat dengan punch card“.

Masa tu memang saya berada diambang perang dengan emosi sendiri. Waktu sangat-sangat mencengkam jiwa bila saya terpaksa berkerja dan dalam masa sama separuh lagi diri nak duduk di rumah.

Waktu kerja di Sabah. Ada masa terpaksa berjauhan dengan suami dan anak..

Boleh katakan hampir setiap hari, dan setiap pagi saya akan menangis. Dan yang paling tertekan juga semestinya suami yang kena urus isteri ‘tantrum‘. Tantrum tak nak pergi kerja, tapi terpaksa berkerja haa macam tu lah.

Cuma ada kekangan untuk berhenti serta merta sebab waktu itu saya dah buat pinjaman peribadi. Nak tak nak, walaupun terpaksa heret kaki, saya wajib pergi kerja demi untuk dapatkan gaji nak selesaikan komitmen bulanan.

Mula Berjinak Untuk Cari Bahagia Sendiri

Dalam melayan emosi naik turun, ada masa saya terpaksa bawa anak kecil ke tempat kerja disebabkan kerja syif dan jauh dari saudara mara waktu kerja di Sabah. Bila fikir balik, saya pun tak tahu macam mana saya boleh lalui tempoh genting tersebut.

Angkut bersama anak kedua, di kala suami dan anak pertama di Kuala Lumpur. Masa ni saya berkerja di jabatan kecemasan

Ditakdirkan Allah swt, saya dapat tukar ke semenanjung Malaysia dalam masa setahun sahaja, syukur Alhamdulillah. Tapi itulah, walaupun jarak bukan lagi masalah, ujian di tempat kerja pula buatkan saya membuak-buak nak berhenti kerja dan nak cari jalan untuk bahagia bila rasa cukup dengan apa yang ada.

Selain eczema, saya juga ada masalah resdung yang teruk. Sejak konsisten amalkan Shaklee, dah lama lah tak rasa macam gini..

Cuma saya tak boleh mengalah sebab saya perlu cari jalan untuk langsaikan hutang dulu.

Dari Pengguna Kepada Pembina Bisnes

Nak dijadikan cerita, saya mencari milk booster sebab saya ada masalah kurang susu waktu anak pertama. Untuk anak kedua, saya tekad nak cari suplemen untuk banyakkan susu badan.

Rutin selepas bersalin buat lah stok susu badan.

Masa itulah saya jumpa tentang Shaklee. Lagipun saya ada masalah ekzema yang tak berkesudahan, masyaAllah tak sangkalah masalah ekzema pun selesai. Dan yang buat terkejut lagi sebab dengan Shaklee ni boleh tambah pendapatan dari rumah.

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, memang itulah yang saya nak cari iaitu nak ubah kesihatan dan dalam masa sama dapat juga pendapatan bulanan.

Turun Naik Bisnes untuk Muhasabah Diri

Tak berlengah masa, saya terus buat bisnes ni dan dalam bulan kedua rezeki dapat komisen 4 angka. Maka nampak lebih cerah masa depan untuk saya berkerja dari rumah. Dah terbayang rasa bahagia melalui pagi hari yang tenang.

Kenangan bersama rakan sekerja di Sabah.

Bukan saja tak perlu menangis berperang emosi sendiri, saya juga dah oleh berlepas diri daripada bersesak-sesak dalam trafik. Jangan main-main dengan trafik di kotaraya ni. Jarak rumah saya dengan tempat kerja hanya 10 minit, tapi waktu pagi dan petang boleh sampai 2 jam tau. Itulah yang menyesakkan dada ni.

Tak sangka dengan Shaklee, semua ini boleh jadi realiti. Rupanya Allah swt jawab doa-doa saya melalui masalah kesihatan yang saya hadapi sebelum ni.

Platform Ideal Untuk Mula Bisnes Sendiri

Shaklee ni macam satu platform yang membolehkan kita mulakan bisnes sendiri, dengan modal rendah dan risiko yang minimum. Tanpa perlu sewa premis, gajikan perkerja pun, boleh terus daftar sebagai ahli Shaklee dan terus mula bisnes.

Semuanya tersedia dari hujung jari

Tak perlu risau sebab vitamin Shaklee ni memang dikenali ramai, berkualiti, dan selamat digunakan. Bila kita dah alami sendiri kebaikan amalkan vitamin Shaklee, kita boleh kongsikan dengan orang lain, dan dari situ mula membina jaringan perniagaan kita.

Bisnes ni bukan sekadar jual barang, dapat untung begitu saja, tapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan kesihatan yang lebih baik.

Bila dapat feedback positif daripada pelanggan yang membeli dari kita, hati pun rasa sebak dan terharu. Kita rasa puas hati bila dapat jadi sebahagian daripada perjalanan kesihatan dan kebahagiaan orang lain. Itu yang buat perjalanan ni jadi betul-betul bermakna.

Bahagia dapat bantu mereka yang memerlukan

Bukan tentang duit semata-mata, tapi bahagia itu bila ada rasa cukup di hati yang terbitkan rasa syukur. Kebahagiaan adalah apabila kita dapat memberi dan berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Semoga kita semua dapat mencapai impian untuk menjalani kehidupan yang seimbang, bahagia dan berjaya, mengikut definisi masing-masing.

Perjalanan naik turun bisnes ni saya harung saja, sebab pastinya semua Allah swt tentukan. Ini antara doa saya yang Dia jawab, maka saya lalui dengan kesyukuran melimpah. Mudah-mudahan saya akan terus diberi rasa untuk sentiasa ingin kembangkan bisnes ni dan boleh diwariskan kepada anak cucu pula.

Moga Allah swt mudahkan untuk kembangan bisnes ni dan sambung legasi dengan anak cucu…

Jadi, bagi sesiapa yang sedang tercari-cari peluang untuk bekerja dari rumah, atau ingin lebih masa bersama orang tersayang sambil bantu ramai orang sihat, Shaklee mungkin jawapan untuk pencarian awak.

Ayuh, mulakan langkah pertama hari ini. Sama-sama kita bina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna dari rumah.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang