Menu

Milk Booster Penting Untuk Ibu Menyusu

“Salam Puan, susu Amanda tak cukup lah. Saya kena beri susu formula ni”, luruh hati saya waktu terima mesej dari pengasuh anak pertama saya, Amanda Imani, sekitar tahun 2013.

Jauh di sudut hati saya rasa sangat bersalah sebab tak dapat cukupkan susu badan untuk anak sendiri waktu itu.

milk booster berkesan
Setiap hari kena sediakan 5 botol berisi 3oz susu untuk Amanda

Selepas melahirkan anak sulung, saya masih berkerja di sebuah syarikat swasta. Tempat kerja yang aman, bos yang memahami, tidak jauh dari rumah tetapi tahu sajalah di Kuala Lumpur, jarak 5 minit pun boleh ambil masa 2 jam kalau memandu dalam waktu yang peak.

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Kerja saya yang menuntut untuk memandu setiap hari dan ada juga ke luar daerah dan negeri. Bidang tugas saya di syarikat pertama di mana saya berkerja ialah untuk mengendali mesin yang berfungsi membersihkan darah sewaktu pembedahan berjalan dan akan dimasukkan semula ke badan pesakit.

milk booster ibu menyusu
Hari-hari menghadap mesin dalam bilik pembedahan

Jadi waktu kerja pun tidak menentu mengikut pada setiap pembedahan. Ada masa saya akan balik lambat sebab kes-kes yang perlu diselesaikan oleh doktor pakar adalah rumit.

Sebagai seorang ibu menyusu, tugas begitu sangat mencabar dari segi masa dan tenaga. Waktu tu saya memang tekad untuk menyusukan Amanda secara ekslusif, iaitu tidak campur dengan susu formula dalam tempoh 6 bulan pertama.

Demand dan Supply dalam Penyusuan Susu Ibu

Amanda masih lagi belum cukup 6 bulan ketika itu. Perlu kerja keras untuk tingkatkan demand supaya supply juga meningkat.

Bayangkan dengan bidang tugas begitu, banyak masa saya habis di dalam bilik pembedahan dan dalam kereta untuk ke sana sini. Cabaran besar untuk saya pam susu setiap 3 jam.

Kadang-kadang terlajak sehingga 6 jam baru dapat pam susu. Bila terlebih masa macam ni,  pengeluaran susu akan terganggu. Otak akan beri signal pada badan bahawa tidak ada demand, maka perlu kurangkan supply. Jadi susu badan akan berkurang. Begitulah susu badan bertindak.

Walaupun dengan milk booster ibu menyusu amalkan pun, bab demand and supply tetap kena jaga.

Ulangtahun pertama di hospital

Amanda menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama dalam hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

milk booster ibu menyusu
Amanda umur 1 tahun di hospital

Bila Amanda kerap jatuh sakit, orang akan tanya “Bukan Amanda minum susu badan sepenuhnya?”, antara soalan yang biasa yang saya dapat.

Saya pun tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan susu badan saya. Sedangkan apa yang saya faham, susu ibu sangat berkhasiat dan tinggi dengan antibodi. Dengan minum susu ibu, ketahanan badan bayi akan meningkat. Jadi lebih susah untuk dapat jangkitan.

Ini seakan-akan terbalik dengan keadaan anak saya. Lagi kerap masuk wad. Rupanya milk booster ibu menyusu ni bukan saja banyakkan susu, tapi tambah kualiti susu kalau pilih yang betul.

Selepas kemasukan wad kali pertama, ada lagi beberapa episod disebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan kuman, cirit birit dan demam sehinggalah hampir didiagnos dengan penyakit Tuberculosis di Hospital Kuala Lumpur, Naudzubillah!

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik

Saya tekad untuk susukan anak-anak dengan susu ibu sebab khasiat yang ada padanya tak ada pada susu formula. Dengan penyusuan susu ibu juga akan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak selain daripada mudahkan kerja dan penjimatan berganda. Cuma silap saya waktu tu ialah degil sebab tak nak amalkan milk booster ibu menyusu.

Kenangan bersama Amanda di Frankfurt

Keperluan Vitamin Untuk Penyusuan Susu Ibu

Walaupun susu ibu ia yang terbaik, namun khasiat pada susu ibu bergantung kepada pemakanan yang diamalkan setiap hari. Untuk saya, bab makanan sendiri kurang terjaga. Adakalanya saya hanya makan mi segera atau nasi dengan telur mata dan kicap yang tidak mengandungi nutrisi lengkap.

milk booster ibu menyusu
Senarai semak makanan ibu menyusu

Kalau makan sayur pun kuantitinya belum cukup untuk tampung jurang nutrisi. Sepatutnya masa tu lagi saya dah kena makan milk booster ibu menyusu ni untuk lengkapkan nutrisi harian.

Pengalaman mendewasakan. Jadi sewaktu mengandungkan anak kedua, Maryam Tihani, pada tahun 2015 saya dah mula amalkan vitamin termasuk milk booster daripada mengandung sehingga berpantang hingga ke hari ini.

Hasilnya Maryam tidak mudah jatuh sakit dan tak ada masalah kulit ekzema seperti Amanda. Perbezaan besar saya dapat rasakan bila amalkan vitamin, ibu akan dapat nutrisi harian yang lengkap.

Sejak dari tu saya belajar walaupun kita menyusukan anak dengan susu badan, tetap kena cukupkan nutrisi dan jaga pemakanan supaya anak dapat khasiat. Salah satunya dengan pengambilan milk booster ibu menyusu.

Milk Booster ada Nutrisi Penting Ibu Menyusu

Setiap hari sejak mengandung, bersalin, berpantang dan menyusu saya akan pastikan badan akan dapat nutrisi yang cukup melalui pengambilan vitamin harian ni.

milk booster
Milk booster untuk kesihatan ibu dan bayi

Vitamin harian untuk kualiti susu ibu yang optimum

Alfalfa 

Selain menjadi penggalak susu (milk booster) yang hebat, khasiat lain dari alfalfa:

milk booster alfalfa sprout
Alfalfa sumber milk booster semulajadi
  • Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semulajadi
  • Tinggi dengan serat yang membantu untuk mengawalatur pembuangan air besar selepas bersalin

Protein

Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Untuk ibu menyusu, keperluan protein adalah dua kali ganda berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

milk booster ibu menyusu
Sumber protein sihat

Protein juga membantu untuk:

  • Memberikan tenaga berpanjangan
  • Menyediakan badan untuk penghasilan dan pengekalan susu badan 

Kalsium

Sewaktu mengandung, bayi menyerap kalsium daripada tulang ibu untuk membina tulang mereka. Pengambilan kalsium yang mencukupi oleh ibu sewaktu menyusu penting untuk:

kandungan kalsium ibu menyusu
Nak penuhi keperluan 1200mg kalsium setiap hari perlu makan 3kilogram brokoli

Vitamin B

Ia tidak disimpan dalam badan, maka vitamin B perlu diambil setiap hari untuk:

  • Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga
  • Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak
  • Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat

Vitamin C

Vitamin yang tinggi dengan antioksidan untuk kesihatan sel. Ia menyokong pembentukan tisu badan yang baru serta pemulihan sel untuk:

  • Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka
  • Menguatkan ketahanan badan ibu dan bayi

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak perlu ini dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentanoik (EPA) penting untuk ibu dan bayi untuk:

kelebihan omega 3 ibu menyusu
Omega-3 untuk kualiti susu ibu dan tingkatkan ketahanan badan
  • Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat
  • Membantu merendahkan risiko ibu mengalami gejala gangguan emosi selepas bersalin

Multivitamin & Zat Besi

Lebih banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu selepas melahirkan untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan.

  • Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokong kesihatan bayi
  • Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik

Lecithin

  • Membantu mengurangkan risiko duktus susu tersumbat
cara atasi bengkak susu
Duktus tersumbat boleh sebabkan bengkak susu
  • Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu
  • Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi

Sejujurnya, untuk dapat penuhi keperluan harian dari makanan agak mencabar bagi saya. Sebab itu saya pilih untuk amalkan milk booster ibu menyusu ni.

Klik gambar untuk membuat belian vitamin lengkap Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu tetap yang terbaik dan beri banyak manfaat untuk ibu dan bayi. Namun untuk pastikan khasiat dan manfaat akan diperolehi bayi, ibu menyusu perlu jaga pemakanan dan lengkapkan nutrisi harian.

Pada saya, untuk cukupkan nutrisi dari pemakanan harian adalah sangat mencabar. Jadi saya amalkan vitamin yang ini setiap hari. Untuk order milk booster dan vitamin penyusuan susu ibu, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: