Nina Salleh | Coach Diet FBM

Elakkan 7 Bahan Ini dalam Produk Penjagaan Rambut

Jenis rambut yang berbeza memerlukan penjagaan yang berbeza juga. Tambahan pula, kulit kepala mempunyai keperluan yang berbeza daripada rambut kerana ia adalah kulit, manakala rambut bukan kulit. Persamaan bagi kedua-duanya, ia memerlukan penjagaan yang sihat dan tidak memberi risiko terhadap kesihatan.

Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam set penjagaan rambut iaitu syampu dan perapi komersial yang boleh membahayakan hingga mengancam nyawa dalam jangka masa panjang.

Bahan Terlarang Dalam Set Penjagaan Rambut

Dilema bagi kebanyakan wanita terutamanya selepas melahirkan, dalam fasa berpantang dan menyusukan bayi ialah masalah rambut gugur. Ada banyak faktor dalaman dan luaran. Antara faktor luaran ialah kesihatan kulit kepala.

Elakkan bahan-bahan toksik ini dalam set penjagaan rambut iaitu syampu dan perapi antaranya:

1.Sulfates (Sulfat, SLS/SLES)

Sulfate ialah sejenis garam yang terbentuk hasil daripada gabungan antara asid sulfurik dengan bahan kimia yang lain. Sulfate ialah terma yang lebih meluas untuk sulfate sintetik yang berasaskan bahan kimia seperti sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sulfate (SLES).

Pemanasan global akibat kesan rumah hijau

Sulfate dihasilkan daripada petroleum. Petroleum pula berkait rapat dengan pencemaran, perubahan klimat dan juga penghasilan gas rumah hijau. Walaubagaimanapun ia juga terdapat dalam sesetengan tumbuhan dan boleh dijumpa secara semulajadi dalam air.

Kesihatan

SLS dan SLES boleh menyebabkan keradangan pada kulit, mata dan paru-paru bila digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh dicemari dengan 1,4-dioxane, iaitu sejenis bahan yang menyebabkan kanser kepada haiwan makmal. Pencemaran ini berlaku semasa proses pembuatan SLS dan SLES.

Untuk mereka yang ada kulit sensitif, sulfate akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat.

Persekitaran

Minyak kelapa sawit sangat kontroversi atas sebab kemusnahan hutan hujan tropika untuk membuat penanaman pokok kelapa sawit. Produk dengan sulfate akan mengalir ke dalam sungai dan laut yang akan membahayakan haiwan laut.

Ujian ke atas haiwan

Kebanyakan produk dengan sulfate akan diuji ke atas haiwan untuk mengukur tahap keradangan pada mata, kulit dan paru-paru manusia. Atas sebab ini juga sebaiknya elakkan produk yang mengandung sulfate.

2.Parabens (Paraben)

Paraben ialah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam kosmetik untuk memberikan ketahanan yang lebih lama terhadap sesuatu produk.

Beberapa kajian yang menunjukkan penggunaan bahan dengan paraben boleh menyebabkan kanser kulit.

Kajian toksikologi terhadap kulit yang dirawat dengan produk yang mengandungi paraben menunjukkan, apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terik, ia akan menyebabkan sel kulit mati lebih cepat dan penghasilan nitrik oksida. Ini menunjukkan kerosakan boleh terjadi bila kulit dirawat dengan produk yang mengandungi paraben terdedah dengan cahaya matahari yang terik.

Penarikan balik shampoo jenama antarabangsa

Kajian lain menunjukkan penggunaan produk yang mengandungi paraben boleh mengakibatkan penyakit kanser apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh oksidasi pada peringkat DNA.

3.Polyethylene Glycols (Polietilena Glikol, PEG)

PEG ialah bahan kimia yang berasaskan petroleum. Biasanya ia digunakan secara meluas sebagai agent pemekat, pelembut dan pelembap dalam alat kosmetik.

Bergantung pada cara pemprosesan, ia mungkin tercemar dengan ethlene oxide dan 1,4-dioxane, keduanya dikelaskan sebagai bahan penyebab kanser kepada manusia oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa. Kedua-dua bahan yang mencemarkan PEG ini akan kekal dalam alam sekitar. Ia boleh dibuang namun perlu melalui proses yang sukar.

Sebagai pengguna, semestinya ia tidak dapat diketahui sama ada PEG itu bebas pencemaran atau tidak. Jadi, ambil tindakan yang lebih bijak untuk elakkan menggunakan produk kosmetik atau penjagaan rambut yang mengandungi PEG.

4.Phthalates (Ftalat)

Ftalat sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik yang lebih tahan. Terdapat juga dalam perlantaian vinyl, minyak pelincir dan produk penjagaan badan seperti shampu dan sabun. Manusia boleh terdedah kepada ftalat melalui udara.

Di rumah pula apabila anak kecil merangkak di atas lantai kemudiannya memasukkan tangannya ke mulut juga boleh terdedah kepada ftalat.

Para pengkaji mengaitkan ftalat dengan masalah kesihatan seperti:

5.Haruman

Haruman kimia ialah sebatian organik yang meruap ke udara yang membolehkan hidung dapat menghidu bauan. Ia dimasukkan ke dalam produk untuk memberi bauan yang wangi. Namun, wangian ini boleh menyebabkan udara yang terjejas seterusnya memberi banyak masalah kesihatan.

Pendedahan kepada haruman kimia boleh menyebabkan:

Ia juga penyebab utama alahan terhadap alat kosmestik.

6.Formaldehyde (Formaldehid)

Formaldehid digunakan secara meluas dalam produk penjagaan rambut seperti shampu, pernjagaan kulit seperti losyen, deodoran dan alat kosmetik seperti maskara. Ia juga digunakan sebagai formulasi dalam rawatan untuk mengeraskan kuku.

Selain digunakan sebagai pengeras kuku, ia juga boleh dibebaskan daripada bahan lain seperti quaternium-15 dan imidazolidinyl urea.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa dan Program Toksikologi Kebangsaan mengekelaskan formaldehid sebagai penyebab kanser kepada manusia. Ia dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser nasopharyngeal dan sianonasal. Selain itu, ia boleh menyebabkan kulit kepala terbakar dan rambut yang gugur.

7.Selenium Sulfid

Ia boleh menyebabkan rebound kepada rambut yang berminyak. Ia boleh menyebabkan toksik kepada sistem badan. Sebab itu selenium sulfid perlu dielakkan pada ruang kulit yang terdedah.

Rambut sihat bermula dengan penjagaan yang baik

Semak bahan-bahan dalam produk penjagaan rambut di rumah. Seeloknya, elakkan 7 bahan ini bagi memastikan kesihatan rambut dan tubuh badan untuk jangka masa yang panjang. Sebaliknya, pilih produk penjagaan rambut yang bebas kimia serta diperkaya dengan nutrisi dari bahan semulajadi seperti yang ada dalam Prosante Hair Care.

Bahan Semulajadi Untuk Rambut Yang Sihat

Kulit kepala yang sihat ialah asas kepada rambut yang sihat. Formula yang ada dalam set penjagaan rambut Prosante ini terbukti secara klinikal berkesan untuk menyelesaikan masalah rambut gugur, kulit kepala bersisik dan mengurangkan rambut rosak.

Ini bahan semulajadi yang terkandung dalam Prosante Hair Care untuk pastikan kesihatan rambut dari kulit kepala.

1.Scalp Health Complex

Campuran 10 vitamin, mineral dan herba yang menyediakan persekitaran optimum supaya rambut sihat tebal dan berkilauan.

2. Ekstrak Swetia dan Halia

Merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk menyuburkan folikel rambut. Ia memberikan nutrisi untuk kulit kepala menghasilkan rambut yang sihat.

3. Tembaga, Zink, Mangan, dan Vitamin A, E dan Koenzim Q10

Menyokong pembaharuan kulit kepala yang sihat. Ia juga dapat melindungi kulit kepala daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.

4. Minyak Daun Tea Tree dan Ekstrak Teh Hijau

Melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran yang lain.

Sistem Penjagaan Rambut Prosante

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Sebab itulah setiap produk Prosante mengandungi Scalp Health Complex, campuran 10 vitamin, mineral dan herba yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Yang penting, tidak ada bahan kimia keras yang boleh merosakkan rambut akan ditemui dalam produk penjagaan rambut Prosante.

Set penjagaan rambut Prosante terdiri daripada:

1. Revitalizaing Shampoo

Kelebihan Shampoo

Sistem pembersih berpaten diformulasi dengan ramuan daripada tumbuhan termasuk jagung dan kelapa. Diformulasi untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut yang optimum. Mengandungi bahan pelembap untuk mengekalkan kelembapan rambut.

2.Replenishing Conditioner

Kelebihan conditioner

Diformulasi dengan humektan, emolien dan protein sayur-sayuran. Mengandungi Scalp Health Complex, diformulasi untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut yang optimum.

3.Nourishing Scalp Treatment

Formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté®.

Mengandungi kepekatan tertinggi Scalp Health Complex, iaitu campuran unik 10 vitamin, mineral dan herba berkesan yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Antioksidan vitamin A dan E, serta Koenzim Q10 melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas. Formula yang terbukti secara klinikal boleh digunakan setiap hari pada rambut yang basah atau kering.

Rambut tumbuh dengan sihat
  • Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran semasa disikat.
  • Formula tanpa bilas, melegakan kulit kepala.
  • Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.

Testimoni Pengguna Sistem Penjagaan Rambut ProSanté®

Berikut antara testimoni pengguna yang berpuas hati dan dapat menyelesaikan masalah rambut selepas menggunakan sistem penjagaan rambut Prosante.

Rambut gugur berkurangan
Kulit gatal dan kelemumur tiada lagi
Feedback pengguna dari US
Rambut semakin lebat
Rambut lembut dan cantik
Sistem penjagaan rambut Prosante

Untuk dapatkan sistem penjagaan rambut Prosante dengan harga yang lebih jimat, daftarkan sebagai ahli Shaklee. Kemudian log masuk dan kemaskini maklumat untuk pembelian dan penjimatan hingga 20%.