Coach Diet FBM & GGA

Being ME;Muslimah Empowered

Assalamualaikum and good day to all..:)
Alhamdulillah.Cepat masa berlalu,sekarang dah Sya’ban.InsyaALLAH semoga kita semua dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan kali ini,dan jika tiba masanya kita masih diberi peluang,sama-sama kita lakukan yang terbaik seolah-olah ini Ramadhan kita yang terakhir.InsyaALLAH..
Setinggi syukur,tidak terhingga kepada ALLAH swt yang telah menggerakkan hati ini untuk mendaftar sebagai peserta untuk konferens Being ME;Muslimah Empowered yang julung kalinya diadakan di Malaysia.Semalam tanggal 30 Jun 2012 telah selesai konferens yang dinantikan menampilkan speaker hebat dari seantero dunia seperti Sis Yasmin Mogahed, Raya Shokatfard, Myriam Francois-Cerrah,Sheikh Yahya Ibrahim dan Sheikh Daood Butt.
Subhanallah!
Very inspiring talk from those speakers.
I wish I could describe here what I felt when I was one of their audiences.The feeling,was unexplainable..
Rasa semacam ada sebak di hati,ada rasa jiwa yang tenang,ada dapat kekuatan dalaman dan sangat menyentuh jiwa.
Islam dan Imaan,nikmat paling besar.Hargai dan bajai Imaan kita.InsyaALLAH sama-sama kita berusaha..
Sebelum ni aku pergi sebab nak dengar from Yasmin Mogahed,I’m her follower in twitter and facebook as well as her blog at www.yasminmogahed.com .Memang dia je aku ‘kenal’,benar nama-nama lain aku memang tak ‘kenal’.
Program bermula pukul 10 dengan alunan bacaan quran dari Sharifah Khasif,a Malaysian Celebrity Quran Reciter,tapi ada masalah timing lari sikit,so semua slot macam ada yang kena pendekkan.Sedih sangat.Bukan senang nak dengar dari mereka semua.Beliau membacakan ayat 32-34 dari surah Al-Ahzab.Sungguh indah,merdu alunannya.MasyaALLAH..
Apa yang istimewa pasal konferens ni ialah semua yang ada dalam dewan ialah wanita,termasuk jurukamera terkecuali speaker dan seorang yang bernasyid untuk slot entertainment.
Petang semalam,slot bersama Raya Shokatfard dengan tajuk My Journey Back To Islam.
Untuk sesi tersebut.beliau ada video screening untuk documentary yang beliau sendiri producer dan director.All by her own.
Cerita beliau sangat sangat menitiskan air mata.Kita yang lahir Islam,dan masih dalam Islam,mungkin tak rasa berharganya Islam kita ini sampai kita kehilangannya.May ALLAH swt protects us..
Beliau berasal dari Iran,dilahirkan pada 1949,berhijrah bersama keluarga ke Northern USA.Setelah di USA,seluruh ahli keluarga termasuk ibu dan bapa beliau telah meninggalkan dan melupakan Islam.Beliau juga sangat berjaya,yang pada ketika itu didefinisikan sebagai mempunyai banglo mewah di Beverly Hills,memiliki beberapa lagi rumah di US,memiliki kebun,haiwan ternakan,melancong ke seluruh dunia,just name it.
Suatu hari beliau rasakan ada sesuatu yang missing dalam hati,beliau mula mencari Tuhan.,dimulakan dengan menjadi penganut Hindu,Buddha,Nuish(tak pasti ejaan) dan kemudian Kristian.Sempat keluar masuk Church selama 7.5 tahun!
Meskipun berkepercayaan Kristian ketika itu,beliau tidak dapat menerima tentang trinity.Suatu hari paderi datang kepada beliau dan bertanya tentang trinity,sama ada beliau sudah mempercayainya atau belum.Beliau meminta diberi masa 4 hari untuk mencari dan membuat keputusan.Pada ketika itu,Kristian adalah pilihan terakhir kerana Islam telah dilupakan sepenuhnya,seperti tidak ada wujud agama Islam.
Sebaik pulang ke rumah,ada ternampak naskhah al-Quran yang dibawa dari Iran dulu.Dibawa naskhah itu bersama untuk mencari apa yang missing..
Di tempat itu,di sebuah gunung(atau yang seumpamanya) beliau membelek naskhah al-Quran dan ditemuinya apa yang dicari dalam Ummu al-Kitab,surah al-Fatihah.
Sehingga ayat ke-7 iaitu ayat terakhir,beliau pengsan dalam masa yang tidak dapat dipastikan,setelah terbangun perasaan beliau ketika itu seperti anak yang hilang dan baru menjumpai ibunya.Ya ALLAH,hidayah itu benar milik ALLAH untuk yang mencarinya..Beliau kembali semula dalam agama Islam,sebagai pendakwah,dan degree dalam Journalism dan Mass Communication kerana beliau ingin menguasai media massa yang selama ini telah banyak menjatuhkan Islam.Semoga ALLAH swt memberi bantuan kepada beliau.
InsyaALLAH beliau akan berhijrah ke Langkawi dan menjadi pendakwah kepada pelancong di sana yang tidak pernah mengetahui tentang Islam.Doakan beliau dan semoga rahmat ALLAH swt sentiasa buatnya.Ameen..
Banyak lagi yang nak dikongsikan,sehingga ada masa dan ruang.
InsyaALLAH..
Bersama tingkatkan Imaan dan amal soleh.Hargai Islam yang kita ada.
Semoga semua dalam rahmat ALLAH swt.Ameen.:)