Nina Salleh | Coach Diet FBM

Cara untuk Mula Bisnes Tanpa Modal

“Tak sayang ke berhenti kerja kerajaan? Ramai yang teringin nak masuk kerja tu. Nanti kalau berhenti tak dapat la pencen.”

Ini antara soalan sanak saudara bila mengetahui tentang perletakan jawatan saya sebagai sebagai kakitangan kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia bergred U41 pada tahun 2016.

Jadi bos sendiri supaya tak perlu minta cuti bila anak masuk wad.

Sejujurnya mestilah rasa sayang lagi-lagi sebab dapat pencen, tetapi saya sendiri lebih senang untuk ada masa sendiri. Tak terikat dengan siapa-siapa dan tak perlu nak “kipas” bos atau orang atasan. Jadi saya pilih untuk fokus bisnes dari rumah sahaja.

Mula buat ‘marketing’ percuma dengan kelek botol air Shaklee

Mula Bisnes Tanpa Modal Dari Rumah

Bisnes yang saya buat sejak 2016 hingga hari ini tak perlukan modal untuk beli stok pun. Tak seperti bisnes lain yang memerlukan modal untuk pendahuluan stok barangan untuk dijual. Ia adalah bisnes yang tidak berisiko. Sistem seperti dropship (untung atas angin) namun boleh memberikan keuntungan dan komisen yang berganda-ganda.

Dapat akses kepada perkembangan bisnes dari atas talian

Hanya perlu daftar secara percuma atau bayar keahlian serendah RM35 sahaja untuk seumur hidup dan akan dapat akses ke website untuk:

Semak komisen bulanan melalui atas talian
  • Semak perkembangan perniagaan
  • Semak jumlah jualan
  • Buat belian untuk pelanggan
  • Semak bonus yang akan diterima
  • Dapatkan akses untuk kelas daripada ahli nutrisi Shaklee yang bertauliah
Belian secara atas talian

Guna sendiri dan rasakan perubahan

Saya pilih untuk fokus bisnes ni bermula dengan mencari penyelesaian untuk masalah eczema yang saya hadapi.

Anak jadi model tak berbayar

Setelah berpuluh-puluh klinik saya pergi, bermacam-macam ubat yang saya telan dan banyak saranan orang sekeliling yang saya ikut, gejala eczema tetap tak dapat diatasi malah semakin hari semakin teruk keadaannya.

Sehingga saya cuba vitamin Shaklee sekitar tahun 2016, akhirnya jari jemari saya kembali sihat. Melihat sendiri mereka yang sedang membina bisnes Shaklee sebagai lifestyle, tanpa teragak-agak saya pun mulakan juga hanya dengan langkah seterusnya.

Berkongsi di Media Sosial

Ada bisnes yang perlukan modal besar untuk beli stok barang, sewa gudang dan kos operasi lain. Tapi bissnes Shaklee hanya perlukan modal kerajinan untuk berkongsi di media sosial atau website sendiri.

Antara status terawal saya sewaktu mula berkongsi di media sosial

Awal dulu saya hanya gunakan Facebook peribadi sebagai “kedai online”.

Perkongsian yang konsisten setiap hari agar mereka yang ada masalah sama dapat penyelesaian seperti yang saya rasa. Bantu orang dan sentiasa beri manfaat, itu yang pertama. Yang kedua dan seterusnya seperti team yang berkembang, bonus yang besar dan kehidupan yang lebih baik akan menyusul. Percayalah!

Teruja dapat bantu kawan yang ingin hamil

Ramai yang salah faham bila beranggapan bisnes Shaklee akan beri pulangan besar tanpa perlu buat apa-apa. Walaupun tak perlukan modal besar, ia bukan bermakna boleh goyang kaki.

Memulakan bisnes seorang diri

Tak kurang juga yang ambil kesempatan sebab bisnes tanpa modal, jadi kalau tak berkongsi pun takkan rugi. Mentaliti beginilah yang akan buat kita kecundang sebelum bermula.

Kalau baru nak bermula, aktifkanlah diri di media sosial. Tak perlu buat iklan berbayar, memadai dengan konsisten berkongsi. Kemudian baru lah saya upgrade dengan tambah:

Sebagai tambahan cawangan “kedai online”.

Bina Kumpulan Perniagaan Sendiri

Bermula dengan seorang diri, saya kongsikan juga peluang untuk bina bisnes tanpa modal begini di Facebook. Bisnes ni sudah bantu ringankan beban ekonomi (saya buat pinjaman peribadi sewaktu kerja kerajaan), jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi agar ia akan bantu lebih ramai kawan-kawan untuk tambah pendapatan.

Daripada ratusan ringgit sebulan, kini jumlah jualan cecah ratusan ribu ringgit.

Daripada seorang diri, hari ini kumpulan yang saya mulakan  iaitu TBS Wellness sudah ada lebih 100 ahli yang berdaftar dan aktif membina kumpulan masing-masing. Dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan tak kurang juga surirumah yang nak memperkasakan ekonomi.

Impak Covid-19 terhadap ekonomi keluarga

Orang ramai diminta berada di rumah kerana Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan tidak ada pembeli dan semua kedai terpaksa ditutup. Sektor ekonomi lumpuh kerana tidak ada pegerakan.

Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dan semua pergerakan ekonomi kecuali yang perlu, dihentikan

Kedai dengan nama besar seperti Robinson juga akhirnya dilaporkan akan menutup tirai. Begitu terkesan wabak ini pada kita semua dan seluruh dunia.

Banyak pekerja dibuang kerja dan para peniaga terpaksa menutup kedai sejak wabak Covid-19  melanda dunia. Segah hotel mewah di ibu kota juga ada yang terpaksa menghentikan operasi.

Mujurlah bisnes yang dijalankan oleh TBS Wellness berada dalam industri kesihatan. Allah beri rezeki yang tidak terjangka melalui wabak ini. Ia beri peluang besar kepada seluruh team untuk sebarkan manfaat kepada orang ramai tentang pentingnya amalkan vitamin.

Melalui wabak ini juga lebih ramai yang cakna dan sedar akan kepentingan vitamin. Disebabkan ia sentiasa jadi keperluan sepanjang masa, permintaan meningkat sehingga 600% dan jumlah jualan keseluruh team meningkat dengan mendadak.

Ini membuktikan yang kesihatan badan tetap yang utama walaupun dalam keadaan ekonomin yang terdesak. Banyak mana pun harta, tanpa kesihatan ia tak akan beri makna pada kehidupan.

Mula Bisnes Tanpa Modal Hari Ini

1. Daftar di sini

2. Whatsapp Nina Salleh untuk dimasukkan ke dalam group support di Telegram dan Facebook serta akses kepada kelas-kelas online.

4. Lihat sendiri bagaimana income semakin bertambah di shaklee.com.my.
5. Terus kongsi untuk bantu kawan-kawan yang lain agar dapat tambah pendapatan bersama-sama. Ringankan beban, tunjukkan jalan.
6. Tak perlu beli stok. Hanya kongsi agar lebih ramai dapat manfaat dan hidup lebih sihat dengan mengamalkan vitamin Shaklee.
Bahagian logistik TBS Wellness akan urusan pembelian stok dan pengeposan

Banyak lagi peluang yang Shaklee tawarkan. Jom saya bantu untuk bisnes tanpa modal.

Nina Salleh | Founder of TBS Wellness