Nina Salleh | Coach Diet FBM

Resepi Bone Broth Menggunakan Tulang dan Rangka Ayam

Saya nak kongsi resepi bone broth kerana ia sangat bagus untuk tingkatkan ketahanan badan. Musim sekarang ni wabak Covid-19 sedang mengganas, anak-anak pun mudah terdedah dengan jangkitan kuman, lebih elok kalau dalam seharian kita banyakkan makan makanan yang boleh bantu sistem pertahanan badan.

Manfaat Kesihatan daripada Bone Broth

Pertama kali dengar pasal bone broth ni dalam posting di Facebook Dr Suryakhatun, beliau adalah doktor perubatan yang berkepakaran dalam bidang homeopathy. Terbaru, beliau juga membuat bone broth dalam bentuk kiub tanpa bahan pengawet yang lebih mudah untuk ibu-ibu yang sibuk.

Kalau berkesempatan saya akan buat sendiri dan simpan stok untuk dimasukkan dalam masakan. Ini ntara manfaat kesihatan daripada bone broth:

Cara Mudah untuk Sediakan Bone Broth

Bone broth mengandungi mineral dan zat galian daripada rawan dan sum-sum tulang yang berkesan untuk mengurangkan gejala demam, batuk, selesema serta jangkitan kuman. Ia bertindak dengan menjaga lapisan pada usus dan mengelakkan leaky gut.

Resepi Bone Broth

Bahan-bahan untuk buat bone broth:

1. Rangka atau tulang ayam seekor tanpa isi
( kalau nak lembu, tukar tulang lembu, yang pasti memang perlukan tulang temulang)
2. Daun saderi 1 batang
3. Lobak merah 2 batang dihiris
4. Bawang besar 1 biji
5. Bawang putih 1 labu
6. Asam limau (atau apa-apa yang masam seperti asam keping atau cuka epal)
Asam berfungsi untuk menarik keluar zat galian dan mineral daripada tulang.

Cara-cara untuk buat bone broth:

1. Tulang ayam yang sudah dibersihkan, masukkan dalam periuk besar. Perahkan asam limau untuk keluarkan zat galian dari tulang

Masukkan semua bahan dalam periuk

2. Masukkan air

Rebus hingga mendidih

3. Guna api perlahan dan biarkan hingga mendidih.

Atas permukaan air akan ada lapisan coklat, pastikan ia dibuang kerana mengandungi toksin dan lemak yang tidak sihat.

4. Selepas mendidih, masukkan ke dalam slow cooker dan biarkan dimasak begitu hingga 24 jam sekiranya tulang ayam, 48 jam sekiranya menggunakan tulang lembu.

Ia akan mengeluarkan zat galian dari tulang. Dalam masa yang sama air perlu sentiasa ditambah.

 

Biarkan sahaja dalam slow cooker

6. Selepas 24 jam, tapis airnya sahaja dan isi ke dalam bekas dalam kuantiti yang kecil.

Simpan bone both dalam peti sejuk beku supaya tahan lebih lama dan terjamin kualitinya.

7. Boleh tambah dalam masakan untuk anak-anak, tak perlu guna perencah sesedap rasa ke, ajinomoto ke, sebab yang itu beri kesan jangkamasa panjang. Sebaliknya gunakan bone broth untuk tingkatkan daya tahan badan melawan jangkitan kuman.

Nina Salleh | Empowering moms