Kesihatan Wanita

Cara Kuatkan Ketahanan Badan Cegah Influenza

Setiap kali musim hujan atau perubahan cuaca, berita tentang influenza mula naik di media sosial. Inilah masa bila anak-anak ramai tak hadir sekolah, ibu bapa pula silih berganti jatuh sakit.

Kalau dulu influenza dianggap “demam biasa”, sekarang makin ramai sedar ia bukan sekadar selsema. Influenza boleh menyebabkan demam tinggi, batuk teruk, sendi sakit, dan dalam kes tertentu sampai perlu masuk wad dan sudah ada kes kematian terbaru melibatkan influenza.

Yang paling risau tentu sekali ibu-ibu, sebab bila seorang anak dijangkiti, selalunya satu rumah ikut tumbang.

Tapi sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh kita buat untuk kuatkan sistem imun keluarga sebelum terkena, bukan selepas.

Apa Itu Influenza Sebenarnya?

Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A atau B.

Simptomnya seakan-akan selsema, tapi jauh lebih teruk:

Yang paling berisiko ialah kanak-kanak kecil, warga emas, dan mereka yang ada imun rendah.

Kenapa Keluarga Mudah Kena Influenza?

Ada beberapa sebab kenapa sekarang influenza senang merebak walaupun kita dah jaga diri:

1. Kekurangan tidur & rehat

Anak-anak sekolah bangun awal, ibu bapa tidur lewat — sistem imun tak sempat “recharge”.

2. Makanan harian tinggi gula & proses

Gula berlebihan boleh menekan sistem imun.

3. Persekitaran tertutup & kurang cahaya matahari

Kurang vitamin D menyebabkan imun badan lebih lemah.

4. Stress berpanjangan

Stress kronik meningkatkan hormon kortisol yang melemahkan imun semula jadi.

5. Kurang nutrisi asas

Badan perlukan vitamin & mineral tertentu (seperti Vitamin C, Zinc, dan fitonutrien) untuk hasilkan antibodi lawan virus.

Langkah Mudah Pencegahan Influenza untuk Sekeluarga

Sebenarnya, mencegah jauh lebih mudah (dan murah!) daripada merawat.

Ini antara langkah praktikal yang boleh ibu bapa amalkan dari rumah lagi. Dan sebelum terkena jangkitan.

1.Tingkatkan Pertahanan Imun dari Dalam

Pastikan setiap ahli keluarga cukup nutrisi harian:

2. Sokong dengan Suplemen Imuniti

Vitamin C sebagai Perisai Harian Tubuh

Vitamin C bukan sekadar untuk kulit cantik malah ia benteng pertama sistem imun.

Fungsinya:

Keistimewaan Vitamin C Shaklee (Sustained Release):

Nutriferon “Booster” Imun Semula Jadi

Kalau Vitamin C ialah benteng, Nutriferon pula “penggera imun” semula jadi tubuh.

Nutriferon memang mujarab untuk keluarga kami

Dicipta oleh saintis Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima, Nutriferon berfungsi mengaktifkan interferon tubuh, iaitu sejenis protein pertahanan penting untuk lawan virus.

Manfaat Nutriferon:

Ramai yang ambil Nutriferon, termasuk saya dan keluarga, bila rasa “nak demam”, dan hasilnya badan cepat pulih sebelum virus sempat merebak.

Cara cepat nak kawal demam dan jangkitan

3. Jaga Kebersihan & Persekitaran Rumah

Basuh tangan sebelum makan & selepas keluar rumah. Tukar tuala, cadar & sarung bantal setiap minggu. Buka tingkap setiap pagi supaya udara segar masuk.

4. Tidur & Rehat Cukup

Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam penting untuk “reboot” sistem imun.

Kajian menunjukkan, mereka yang tidur kurang 6 jam lebih mudah dijangkiti virus influenza.

5. Elak Kongsi Barang Peribadi

Tisu, sudu, botol air semua mungkin kelihatan remeh tapi boleh jadi punca jangkitan silang (cross-contamination) dalam rumah.

Waktu kena kuaranti sebab Covid-19, inilah teman setia saya.

Kain pelikat suami, omega guard, vitamin c dan nutriferon

Selain saya sekeluarga kena Covid-19, ada beberapa episod getir lagi antaranya anak-anak kena jangkitan demam denggi kritikal, jangkitan rotavirus dan chicken pox sebelum ini. Saya konsisten beri anak Nutriferon sebagai ikhtiar kuatkan badan.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Segera ke hospital jika:

Rawatan awal boleh elak komplikasi lebih serius.

Sediakan Perisai Sebelum Musim Influenza Menyerang

Influenza boleh jadi berat bila imun badan lemah. Tapi bila keluarga dijaga dengan betul iaitu jaga makan, cukup tidur & sokong dengan nutrisi seperti Vitamin C & Nutriferon, imun badan lebih bersedia melawan virus.

Kecil tapi berbisa

Bila satu rumah sihat, emosi pun stabil, dan suasana keluarga pun jadi lebih harmoni. 

Kalau awak nak ikhtiar kuatkan imun seisi keluarga dengan cara semula jadi boleh klik sini untuk dapatkan Vitamin C & Nutriferon Shaklee daripada saya.

Saya akan bantu sesuaikan dos & cara makan ikut umur dan keperluan setiap ahli keluarga.

Nina Salleh | Kesihatan keluarga dari rumah