Coach Diet FBM & GGA

Cara Hilangkan Craving Manis Untuk Kurus

Punca kesihatan merosot ialah salah kita sendiri bila tak jaga makan.

Biasanya akan lupa diri lepas tu mula lah craving manis tak menentu. Tapi belum terlambat lagi nak tahu cara hilangkan craving manis selagi masih boleh baca post ni.

Punca Berat Badan Berlebihan

Negara Malaysia sebagai negara paling ramai rakyat obesiti di Asia Tenggara, memang tak pelik sebab kalau tengok sekeliling kita pun dalam 10 orang, sekurangnya ada 2 orang yang buncit.

Perut ke depan ni sudah jadi normalisasi, malah ada yang jadikan sebagai tanda bahagia. Ini yang merisaukan sebab buat kita rasa tak bersalah walaupun tahap kesihatan semakin merosot.

Malaysia sebagai populasi paling gemuk di Asia Tenggara

Dengan apa cara pun perlu usaha untuk hilangkan craving makanan manis supaya kitaran insulin resistance dapat dihentikan.

Walaupun ramai yang obesiti, mereka yang ada berat ideal juga ada risiko masalah kesihatan sebab keadaan skinny fat. Nampak kurus tapi sebenarnya kurus yang berisiko.

Mereka kurus tetapi ada masalah ini biasanya mempunyai:

Banyak yang berpunca daripada craving makanan manis.

Cara Hilangkan Craving Makanan Manis

Kajian dah tunjuk yang makanan yang tinggi gula dan tinggi indeks glisemik ni boleh buat keadaan ketagihan tidak kurang daripada heroin dan kokain.

Makanan yang tinggi indeks glisemik

Makanan yang tinggi indeks glisemik dan tinggi gula akan mencetuskan (trigger) bahagian istimewa dalam otak manusia iaitu nucleus accumbens.

Bahagian otak ini seakan menyala bila diberi ‘pleasure’

Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan bahagian ini diaktifkan. Maka akan wujud rasa seronok dan mula ketagihan untuk cari lagi makanan untuk dapatkan kembali rasa itu.

Apa saja makanan yang menyebabkan kenaikan gula dalam darah terbukti menyebabkan ketagihan. Inilah punca ramai manusia yang berlebihan berat badan dan jatuh sakit. Buatlah apa cara supaya dapat hilangkan craving manis.

Ketahui Tahap Ketagihan terhadap Makanan

Soalselidik ini telah dibuat diuji dan dibuktikan secara saintifik untuk mengetahui adakah kita sedang alami ketagihan pada makanan manis, tepung dan juga makanan proses.

Lebih banyak ‘Ya’, lebih tinggi ketagihan pada makanan.

1.Makan bukan sebab makan, tetapi sebab teringin (craving).
2.Kerisauan untuk mengurangkan makanan tertentu.
3.Rasa lesu dan lemau akibat makan berlebihan.
4.Banyak masa dihabiskan untuk melayan perasaan negatif selepas makan secara berlebihan. Sepatutnya, masa tersebut digunakan untuk perkara penting seperti luangkan bersama keluarga atau beriadah.
5.Kesan tarikan (withdrawal) yang teruk seperti kecelaruan, keresahan dan rasa berbolak balik bila kurangkan makanan tertentu. (Tidak termasuk kopi, teh dan minuman tenaga)
6.Kelakuan terhadap pemakanan dan makanan menyebabkan keresahan.
7.Perkara berkaitan makanan akan mengurangkan kebolehan diri untuk melakukan aktiviti harian dengan baik dan berkesan.
8.Perlu makan makanan yang diinginkan lagi dan lagi untuk membenamkan emosi negatif.

Sekiranya ada jawapan ‘Ya’ pada soalan di atas, jangan risau masih ada masa dan ada cara untuk hilangkan craving manis dengan diet FBM.

Kitaran ini perlu diperbetulkan

Dengan formula diet FBM, kitaran pemakanan disediakan untuk kurangkan ketagihan dan ajar perut untuk rasa cukup dan dapat hantar signal kepada otak mengatakan sudah kenyang.

Kesan Industri Pemakanan Kepada Faktor Obesiti

Entah siapa yang salah menyebabkan kita craving makanan manis. Tetapi industri makanan juga memainkan peranan yang penting. Kita semua membesar dengan menganggap minum tinggi gula sebagai minuman yang sihat dan kuat, makan tinggi gula sebagai sarapan yang lengkap dan makanan segera sebagai menu pantas.

Kita sebenarnya lalai, mereka sudah lama merancang untuk ‘trick‘ untuk menjadi ketagih kepada apa saja yang disediakan di pasaran.

Minuman tenaga sebenarnya beri kesan ketagih

Jadi bermula hari ini, sama-sama kita jadi pengguna yang bijak dan ubah untuk kesihatan. Benar, semua perlu sederhana. Tetapi sebagai pengguna kita perlu jadi bijak untu menilai.

Untuk bakar kalori dalam 20 oz minuman bergas, kita perlu berjalan 4 batu setengah. Inilah hakikat sederhana yang dimaksudkan.

Dan betapa canggih resepi dalam minuman ini, ia akan buat kita mahukan lagi dan lagi. Sebelum terlambat, cari lah cara untuk hilangkan craving manis ni.

Mereka kata punca berat berlebihan sebab tak bersenam tapi sebenarnya dalam makanan harian pun mereka sudah programkan supaya kita jadi lebih ketagih.

Testimoni salah seorang protege yang ada sindrom eating disorder

Buat diet FBM dan jadikan amalan gaya hidup. Bukan saja membantu kurangkan craving manis, kita akan baiki usus supaya jadi lebih sihat.

Nina Salleh | Coach Diet FBM