Menu

Insulin Resistance Punca Berat Susah Turun

Dulu kan saya tak faham juga apa benda lah insulin resistance ni. Kedengaran sangat canggih di telinga saya. Terus terbayang-bayang subjek Biologi dengan mitokondria dalam sel, sebagai unit asas benda hidup. Hah tudia. Otak rasa malas nak hadam. Gitulah.

insulin resistance
Tetiba teringat Cikgu Biologi tingkatan 4, semoga Cikgu Nasir dan keluarga sihat sahaja

Kalau ada mentaliti macam gini juga, ha sila gemuk di situ jangan berangan nak kurus😅 Sebab paling mudah nak kurus pun dengan cara kawal badan dari alami insulin resistance. Betapa pentingnya nak faham pasal ni sebab melibatkan tubuh badan dan risiko penyakit. Kalau faham pasal insulin resistance, bukan je senang nak kurus. InsyaAllah boleh kawal risiko penyakit kencing manis tau.

Jangan terkejut sebab bila faham tentang insulin resistance, kita akan faham juga sebenarnya yang jadi penyebab banyak penyakit ialah gula.

Maksud Sebenar Insulin Resistance

Secara ringkasnya insulin resistance ni bila sistem badan dah perlahan-lahan “malas” nak layan kemasukan gula dalam darah.

insulin resistance
Sepatutnya insulin akan buka kunci untuk glukos masuk ke dalam sel

Dalam badan manusia ni ada hormon insulin yang bertanggungjawab untuk mengangkut gula ke dalam sel.

Asalnya gula ni penting tau sebab nak janakuasa sel tu. Kalau kurang gula pun akan jadi masalah. Paling teruk otak manusia akan lemah dan tak dapat berfungsi sebab tak ada gula. Gula dalam bentuk glukos ialah sumber tenaga utama untuk sel otak.

Zaman saya kerja di jabatan kecemasan dulu, ramai juga yang datang lemah tak berdaya, rupanya disebabkan oleh gula yang sangat rendah dalam darah. Mereka jadi lemah, longlai dan bercakap merapu sebab otak dalam keadaan “kebuluran”. Biasanya keadaan begini dapat dilihan daripada pesakit kencing manis. Yang juga berpunca dari insulin resistance.

Gula rendah dalam darah
Kitaran insulin resistance yang menyebabkan gula rendah dalam darah (hypoglycemia)

Bayangkan banyak masalah akan selesai sekiranya punca iaitu insulin resistance dapat dikawal dan dielakkan.

Gula Terlebih akan Ganggu Sistem Badan

Asalnya gula memang penting untuk jana tenaga dalam sel badan manusia, tetapi bila berlebihan, akan ada lambakan gula. Berbeza keadaan kalau,

Lambakan stok baju, JAKEL boleh buat jualan murah.

Bila makanan berbuka berlebihan, boleh sedekah pada orang lain.

Tetapi bila lambakan gula dalam darah, insulin akan penat nak layan. Senang cerita insulin akan buat “dono”.

lambakan gula dalam darah
Insulin tak buka kunci kepada glukos

“Kau masuk ler, aku malas sebab dah penat nak layan”, hasilnya gula akan terbiar. Sepatutnya kalau paras gula “berpatutan” ia akan digunakan oleh sel secara berhemah.

cara ubah insulin resistance
Sepatutnya gula akan memasuki sel bila kunci dibuka oleh insulin

Tetapi bila berlebihan, gula akan disimpan di hati, tisu adipos dan juga otot sebagai lemak. pada mulanya gula akan disimpan di hati. Lama kelamaan sel lemak akan bertambah dan bertambah membiak dengan meriah. Yang paling akhir ialah gula akan disimpan menyaluti organ sebagai visceral fat.

visceral fat buncit
Visceral fat ialah lemak yang menyaluti organ

Masa tu kita perasan perut dan buncit ada spare tyre, pipi kembung, baju tak muat, peha berselisih dan lengan selambak sebabkan pengumpulan lemak pada otot.

Cara untuk Elakkan Gula ditukar kepada Sel Lemak

Bila dah boleh cubit isi pada perut, atau perut pun boroi, itu maknanya kita dah hampir ke red flag. Bahawasanya pengambilan gula berlebihan dengan berterusan akan memberikan bahaya pada kesihatan.

insulin resistance
Lemak akan bertambah dengan cepat

Cara terbaik untuk atasi masalah gula berlebihan ialah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman.

Sebalik kalau kita seorang yang suka masuk gym, memang kita akan perlukan gula lebih dari orang biasa. Dan tak akan timbul masalah gula berlebihan.

elak insulin resistance
Kalau masuk gym pun muka sugul je, tak perlu la ambil gula berlebihan

Untuk orang biasa yang gaya hidup pun biasa-biasa saja, kurangkanlah makanan yang tinggi dengan sumber gula. Bayangakn kalau makan secara berterusan tetapi tenaga tidak dijana, dan gula terkumpul akan berterusan menjadi lemak. Semakin hari akan terus bertambah.

Tanda-tanda badan alami Insulin Resistance

Selain daripada perubahan fizikal seperti berat badan berlebihan dan perut buncit, ini adalah tanda-tanda risiko badan sedang alami insulin resistance:

1)Lapar dan haus yang teruk

2)Masih lapar walaupun baru menikmati juadah

3)Kebas-kebas pada kaki dan tangan

4)Rasa lemah dan lesu

5)Acanthosis nigricans atau tompok hitam belakang leher

6)Selalu rasa nak makan manis

7)Jerawat

8)Jangkitan kuman yang kerap

9)Bacaan gula hbA1C yang tidak normal

Sekiranya tidak diberi perhatian untuk ubah kepada insulin sensivity, ia akan meningkatkan risiko penykit kencing manis.

Cara Untuk Baikpulih Insulin Resistance

Ada cara yang terbukti berkesan untuk baikpulih insulin resistance. Kalau ikutkan cara ni dah ramai yang buat. Ada 4 step semuanya.

1.Kurangkan Gula dalam Diet seharian

nasi insulin resistance
Nasi juga naikkan gula dalam darah

Kurangkan gula dalam diet bukan sekadar “teh tarik kurang manis” di kedai mamak. Kita juga perlu tahu yang karbohidrat seperti nasi tak perlu dimakan dengan begitu banyak.

Sebelum ni saya pun seorang penggemar nasi. Kesemua gejala insulin resistance tu ada pada saya. Syukur Alhamdulillah dengan formula Fat Burning Machine, saya dapat ubah. Mujurlah belum terlambat.

gula dalam nasi
Menakutkan

Walaupun waktu bulan puasa, menu sahur dan berbuka saya sangat ringkas namun tetap beri rasa kenyang berpanjangan. Itulah penting pilih makanan yang betul. Yang lebih penting perlu ada kesedaran untuk lebih sihat.

Perkara yang pelik juga bila lauk sedap, saya pergi tambah nasi. Sepatutnya tambah lauk saja.

2.Buat Intermittent Fasting

ketagihan gula
Intermittent fasting dapat kawal ketagihan gula

Sebenarnya buat intermittent fasting (IF) dapat bantu proses badan untuk hasilkan sel yang lebih sihat melalui autophagy. Dengan IF juga perlahan-lahan saya kawal dan kurangkan gejala insulin resistance.

Dengan cara yang betul, insyaAllah kesihatan akan bertambah baik.

3.Senaman

Senaman ni bukan untuk jadi atlet atau pakar bina badan pun. Memadai kalau boleh buat senaman 20 minit setiap hari. Buat je di rumah sambil tengok Youtube channel dan pilih yang sesuai.

Tak mustahil nak buat senaman tetapi yang agak susah ialah kehendak diri sendiri. Ingat ya jangan manjakan diri untuk dapat kesihatan yang lebih baik.

Dengan senaman:

1)Badan akan hantarkan glukos ke dalam sel untuk digunakan sebagai janakuasa tenaga dengan lebih banyak.

2)Meningkatkan penggunaan glukos yang disimpan sebagai tenaga dalam badan

Senaman yang sesuai seperti high intensity interval training (HIIT), angkat berat dan bodyweight workout .

4.Kawal Stres

Walaupun nampak mudah, nak kawal stres perlukan latihan dan bimbingan. Ketahuilah buatlah apa-apa sekali pun kalau stres, tetap tak akan berikan hasil yang setimpal.

Bila stres, hormon kortisol akan dirembeskan. Hormon kortisol akan menecetuskan penghasilan gula sebagai tenaga segera sewaktu stres.

bahaya hormon kortisol
Bahaya bila stres sebab hormon kortisol akan dirembeskan

Bila gula tinggi, hormon insulin juga akan dirembeskan dengan lebih banyak. Keadaan ini akan menyebabkan keadaan insulin resistance.

Disebabkan insulin resistance ini, gunalah apa produk sekalipun proses untuk turunkan berat badan akan jadi sukar.

Sekiranya ada gejala insulin resistance serta berminat untuk turunkan berat badan dengan cara baikpulih insulin resistance , hubungi Nina Salleh untuk langkah seterusnya.

Nina Salleh | Empowering moms

 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

4 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: