Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Cara Berkesan untuk Hilangkan Eyebag Wanita Perlu Tahu

Rupanya eyebag setimbun ni dah jadi masalah global sebab itu saya nak kongsikan cara berkesan hilangkan eyebag terutama untuk mak-mak yang dah lama termenung sendiri. Sebelum ni saya pun tak tahu apa benda nya eyebag ni. Ingatkan ia perkara biasa saja sebab tak pernah hiraukan pun. Sampailah satu hari saya bangun pagi dan tengok cermin, rasa nak menjerit minta tolong biar satu taman perumahan dengar gara-gara insecure tengok eyebag sendiri.

Punyalah tebal sampaikan boleh cubit-cubit isi bawah mata tu, mungkin boleh sangkut bag susu anak juga. Haha

Tahun 2017 bukan setakat eyebag semua benda ada di muka

Tapi malangnya nasi dah jadi bubur. Eyebag pun dah ada di situ. Cuma berita baiknya saya tahu cara berkesan untuk hilangkan eyebag. Berita buruknya mestilah rajin dan buat dengan konsisten supaya dapat kesan yang memuaskan.

Eyebag memang akan kacau emosi kebanyakan wanita walaupun kulit bebas cela. Yang membuatkan lagi teruk ialah garis halus bawah mata. Rasa annoying sungguh sebab bagi saya garis halus ni akan buatkan kulit nampak lebih tua dari usia sebenar.

Faktor Yang Menyebabkan Eyebag

Salah satu punca terjadinya eyebag ialah kepenatan. Mata yang tidak cukup tidur atau terlampau banyak menghadap skrin telefon atau televisyen, akan menyebabkan tisu serta otot yang menyokong kelopak mata menjadi lemah.

Otot di sekitar mata akan geleber dan lemak-lemak akan terkumpul di situ. Itulah yang menyebabkan terjadinya eyebag.

Eyebag ni tak bahaya tapi menganggu emosi

Faktor lain seperti:

Kebiasaannya eyebag tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius namun ia sangat mengganggu keadaan kulit muka. Jika dilihat dari segi kesihatan kosmetik, ia adalah masalah yang besar. Jadi tak hairanlah ada yang sanggup buat apa saja cara demi hilangkan eyebag.

3 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Eyebag

Bila umur meningkat, anak pun lebih ramai maka rehat juga semakin berkurang. Itu boleh jadi salah satu sebab timbulnya eyebag.

Jadi saya nak kongsikan cara berkesan untuk hilangkan eyebag yang saya dah amalkan. Caranya mudah namun perlukan kerajinan dan konsistensi.

Mungkin cara ini boleh membantu kawan-kawan yang ada masalah sama.

Siapa buat macam ni baik mengaku. Aduhhh, terbayang bau timun batang tu, saya tak sanggup.

1.Tidur Yang Cukup

Cara ni nampak mudah untuk hilangkan eyebag tetapi ramai juga terbabas termasuklah saya sendiri. Kadang-kadang bukan sebab buat kerja rumah pun. Bila atas katil dan dah sedia nak tidur, sempat tengok handphone dulu. Masa tu lah terasa nak cari movie yang tengah trending di Netflix pulak dah.

Bayangkan kalau masuk bilik pun dah pukul 12 malam, movie pula akan habis dalam masa 2 jam 30 minit. Jadi berapa jam sahaja waktu yang tinggal untuk tidur yang cukup.

Keesokan harinya jam 5 dah kena bangun dan bersedia untuk siapkan sarapan buat anak-anak sebelum ke sekolah. Daripada 5 jam, waktu untuk tidur berkurang menjadi 2 jam 30 minit. Silap-silap terlajak tidur dan anak-anak pun terponteng sekolah. Haru sungguh.

Eyebag menimbun

Jadi pastikan untuk dapat tidur yang cukup bagi merehatkan minda dan otot di bawah mata. Tapi hati-hati jangan sampai terlebih tidur. Ia juga akan menimbulkan eyebag. Eh ghisau kan.

2.Pembedahan untuk hilangkan eyebag

Cara nak hilangkan eyebag melalui pembedahan ni nampak macam agresif tapi ramai yang buat. Perkhidmatan ni biasanya ditawarkan oleh doktor yang pakar dalam bidang kosmetik.

Tengok macam ni pun dah seriau

Pembedahan eyebag ni akan membuang lemak-lemak di bawah mata. Jadi eyebag akan hilang secara keseluruhannya.

Inilah yang akan terjadi selepas pembuangan eyebag (gambar Mayo Clinic)

Prosedur untuk hilangkan eyebag melalui pembedahan ini perlu dibuat dengan teliti. Jangan ada yang jadi doktor jadian dan jangan mudah tertipu dengan orang yang mengambil kesempatan.

Kalau kita ada doktor gigi palsu, tak mustahil akan ada doktor aesthetic palsu. huhu

3. Amalkan supplement kolagen

Badan kita tak mampu untuk hasilkan kolagen sendiri. Semakin meningkat usia, kolagen akan semakin berkurang. Otot akan menggeleber dan kedutan pula akan nampak semakin ketara. Salah satunya di bahagian bawah mata akan nampak garis halus dan eyebag.

Dengan mengamalkan supplement kolagen setiap hari, ia akan menampung kekurangan kolagen dalam badan dan menganjalkan kulit. Secara tak langsung akan menghilangkan eyebag.

Pemilihan Kolagen yang Betul

Saya mula amalkan suplimen kolagen sejak tahun 2016. Terlampau banyak kolagen yang ada di pasaran. Jadi perlu buat kajian dan pembacaan sebelum memilih untuk amalkan kolagen untuk kesihatan. Biasanya kalau kolagen yang ditulis dari buah-buahan, itu bukanlah kolagen yang sebenar tetapi berfungsi sebagai penggalak kolagen sahaja.

Selain dapat hilangkan eyebag, amalkan kolagen juga akan membantu melambatkan penuaan. Kulit lebih tegang, garis halus hilang dan berkesan untuk dalaman wanita. Mak-mak yang bersalin banyak kali jadikan kolagen sebagai amalan harian.

Kedut di wajah orang tua sebab kekurangan collagen
Kolagen sisik ikan merah pilihan saya

Saya minum awal pagi setiap hari untuk dapat kesan yang maksimum. Selain dari eyebag, kolagen ni sangat membantu untuk hilangkan kedutan dan garis halus.

4. Guna krim mata

Krim mata memang berkesan untuk hilangkan eyebag. Tapi pastikan pilih krim mata yang ada bahan peptide blend untuk meransang penghasilan kolagen dan elastin. Bagi saya ini cara paling mudah,

“Calit-calit, siap!”

Cara ni juga ramai yang buat

Saya guna krim mata yang ini. Ada peptide blend, dan bahan-bahan pun 100% semulajadi. Saya yakin dengan jenama skincare dari Shaklee atas sebab kajian klinikal yang mereka buat serta semua bahan-bahan ialah selamat untuk tubuh badan.

Ada tip sejuk untuk senang sapu bawah mata

Sekiranya pilih untuk gunakan krim mata, bagi dapat kesan hilangkan eyebag pastikan penggunaan adalah betul mengikut cadangan. Penggunaan krim mata juga perlu buat dengan konsisten. Kalau pilih Youth Eye Treatment, dalam seminggu pun akan nampak kesan.

Youth eye treatment dengan cooling tip untuk pemakaian yang mudah

Ramai juga yang dah guna krim mata ni dan dapat kesan yang sangat menakjubkan. Memang seronok bila sapu je terus dapat kesan.

Nampak perbezaan ketara

Antara sebab jenama Shaklee jadi pilihan saya ialah produk yang disediakan menepati citarasa serta berkesan untuk diri sendiri. Barulah saya pilih untuk berkongsi pula.

Kesan Youth eye treatment

Sejak guna krim untuk bawah mata ni saya rasa macam dah jadi orang yang baru. Saya ada review dan tunjukkan cara guna krim mata Youth untuk hilangkan eyebag di sini.

Itulah antara 4 cara untuk hilangkan eyebag. Pilihlah mana-mana cara yang kita selesa untuk hilangkan eyebag. Bagi saya, guna krim mata sangat mudah dan tak ada masalah untuk konsisten.

Krim berkesan untuk Hilangkan Eyebag

Paling susah dan agak mustahil untuk buat cara yang pertama. Mana nak dapat rehat yang cukup sebab waktu sekarang ialah fasa anak-anak membesar dan perlukan perhatian yang berganda. Maka terpaksa juga korbankan rehat dan tidur. Sekejap sahaja nanti mereka akan dewasa kita pula akan rindu kan.

Buat masa sekarang amalkan lah kolagen dan guna krim mata Youth eye treatment untuk hilangkan eyebag dengan berkesan.

Tekan gambar untuk order Youth Restoring Eye Treatment order di sini

Walaupun duduk dan berehat di rumah, penampilan untuk suami tetap perlu jadi keutamaan. Siapa lagi nak sayang diri kita kalau kita pun taknak ambil kisah kan.

Nina Salleh | Empowering moms